Bab 1: Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal
Nyatakan 4 arah organisma yang terdapat pada manusia dan ikan dan fungsinya?
1. Anterior / Ventral - Menuju ke arah hadapan badan 2. Posterior/ Dorsal - Menuju ke arah belakang badan
Maksud Keratan Rentas dan Keratan membujur?
1. Keratan rentas : Potongan yang membahagikan sesuatu struktur kepada bahagian atas dan bawah 2. Keratan membujur : Potongan yang membahagikan sesuatu struktur secara memanjang kepada bahagian kiri dan kanan
Nyatakan tiga jenis satah dan fungsinya?
1. Satah sagital : Membahagikan tubuh badan kepada kiri dan kanan 2. Satah frontal : Membahagikan tubuh badan kepada depan dan belakang 3. Satah melintang : Membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah
Nyatakan 5 arah organisma dan fungsinya?
3. Proksimal - Berhampiran dengan hujung pangkal sesuatu struktur yang bersambung dengan badan 4. Distal - Berjauhan dengan hujung pangkal sesuatu struktur yang bersambung dengan badan 5. Lateral - Bahagian jauh dari garisan tengah badan atau bahagian sisi badan 6. Interior - Menghala ke arah kaki 7. Superior - Menghala ke arah kepala
Nyatakan bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki dan contohnya?
Bahan yang mempunyai nilai ph 5-9 Contoh: larutan kanji, larutan glukosa, larutan iodin dan air suling
Nyatakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki dan contohnya?
Bahan yang mempunyai nilai ph kurang daripada 5 dan mempunyai nilai ph tinggi daripada 9 Contoh: kaca, getah dan bahan kimia
Apa itu "bios" dan "logos"
Bios : kehidupan Logos : Kajian
Maksud biologi
Kajian tentang segala proses yang berkaitan dengan kehidupan dan hidupan.
Apa itu Kabinet Keselamatan Biologi?
Melindungi persekitaran daripada patogen
Apa itu kebuk wasap?
Memberi perlindungan daripada asap toksik, wap dan debu
Apa itu Kabinet Aliran Lamina?
Menyediakan kawasan kerja yang steril
Maksud satah
Satah ialah permukaan rata bayangan yang melintasi badan.
Apa itu Stesen Pancuran Keselamatan?
Tempat untuk membersih dan membilas pakaian dan badan
Apa itu Stesen Pencuci Mata?
Tempat untuk mencuci mata apabila terkena percikan bahan kimia seperti asid dan alkali