Esei PA online
Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut. Jelaskan.
1 Melalui pendidikan 2 Mengukuhkan institusi keluarga 3 Merancakkan aktiviti kemasyarakatan 4 Penglibatan pihak swasta 5 Pelaksanaan kempen kesedaran 6 Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang
Sejauh mana program realiti tv mampu membina jati diri remaja
1. Menonjolkan potensi diri. Misalnya pertandingan Malaysia Idol, mengembangkan bakat masing-masing. 2. Remaja membuat persiapan awal, perlukan kemahiran dan ilmu sebelum mengambil bahagian, perlu rajin berlatih, membaiki kelemahan. 3. Melatih remaja menghadapi realiti, berani terima kritikan dan bilasan hakim yan tajam. 4. Memupuk keyakinan diri, berani menamplkan diri dengan penuh yakin di khalayak ramai
Punca berlakunya kenaikan harga barangan keperluan pada musim perayaan
1. Peniaga mengaut keuntungan 2. Permintaan naik 3. Tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan 4. Pengeluaran yang merosot: seperti ikan, sayur dan ternakan kerana cuaca
Mudarat gajet
1. Penyebaran fitnah 2. Mudahnya berlaku penipuan 3. Kurangnya interaksi sosial 4. Gangguan kesihatan
Bencana alam sekitar ialah kejadian semula jadi. Adakah ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya?
1. Penyeliaan dan sistem amaran awal tentang gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi. Fenomena El-Nino, La-Nina 2. Kerjasama antarabangsa: Protokol Kyoto dan Protokol Montreal untuk mengatasi masalah pemanasan global. 3. Guna tenaga alternatif yang mesra alam. 4. Selamatkan hutan, hijaukan alam. 5. Guna teknologi hijau
Huraikan kebaikan melabur dalam amanah saham kepada pelajar-pelajar.
1. Perancangan masa depan: guna wang lanjut pelajaran/berniaga 2. Jimat cermat: tak habis dibelanjakan 3. majukan ekonomi negara. Dana digunakan untuk projek pembangunan negara. 4. Kawal inflasi: permintaan barangan dikawal, harga tak naik
Pengamalan ajaran sesat banyak membawa kecelaruan dalam masyarakat.Huraikan.
1. Terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam 2. Memberi kesan terhadap diri dan masyarakat 3. Lupa tanggungjawab terhadap keluarga 4. Perpaduan tergugat 5. Keamanan negara tergugat
Pengurusan sisa buangan terancang memberi manfaat
1. Tiada pencemaran 2. Jamin kesihatan, penyakit tak rebak 3. Ada nilai tambah, sisa buangan pertanian menjadi makanan haiwan. 4. Giatkan recycle, tak perlu meneroka sumber alam. Contoh besi ditebus guna, kertas ditebus guna.
Langkah-langkah mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air
1. atasi pencemaran alam sekitar 2. hapus vektor penyakit seperti nyamuk dan tikus 3. pastikan sumber air bersih 4. R&D hasilkan ubat, rawatan, imunisasi
Masalah yang dihadapi oleh oku
1. disisih oleh masyarakat: kurang kawan, menyendiri 2. dihina masyarakat; dianggap tak berguna 3. kurang peluang pendidikan/pendidikan khas 4. peluang pekerjaan yang nipis 5. kurang kemudahan khas untuk OKU: tempat letak kereta, tandas dan tangga khas
Pada masa ini ramai peniaga membuka gerai jualan makanan di tempat2 lapang berhampiran rizab jalan.Huraikan kesan2 jika masalah ini tak ditangani.
1. kebersihan makanan 2. kemudahan air 3. Keselamtan pembeli 4. mencacatkan pemandangan dan imej 5. galakkan penjaja haram
langkah untuk melindungi produk asli
1. kempen kesedaran beli barangan asli 2. penguatkuasaan undang-undang 3. Ciri-ciri keselamatan agar barangan asli tidak dapat ditiru 4.giatkan usaha membanteras jualan barangan tiruan
Peranan guru dalam pembangunan negara bangsa
1. lahirkan pelajar yang berilmu 2. lahirkan modal insan yang bersahsiah positif 3. lahirkan generasi berfikiran matang dan rasional. tak mudah ditipu oleh pihak-pihal tertentu. 4. memupuk generasi kreatif dan inovatif 5. memupuk perpaduan negara, mengasuh pelajar mengikis sikap perkauman.
Usaha menggalakkan industri buah-buahan tempatan
1. latihan kemahiran; ilmu mengenal pasti kesesuaian tanah, jarak pokok, baja dan sebagainya. 2. Kemudahan kredit untuk memulakan projek. 3. FAMA bantu dalam pembungkusan, penyimpanan dan pemasaran. 4. Majukan R&D: hasilkan baka yang lebih baik. 5. Teknologi pemprosesan buah-buahan: jeruk, jus, jem dan sebagainya. Ada nilai tambah, naikkan pendapatan.
Punca barangan tiruan mendapat sambutan orang ramai
1. pengguna sukar bezakan yang asli dan tiruan. hampir sama. 2. Egoistik manusia: tak mampu beli yang asli, belilah barangan tiruan.
Kesan penjualan ubat secara meluas
1. salah guna ubat 2. Terbeli ubat palsu/tiruan 3. pengambilan tidak ikut dos/berlebihan 4. kesan sampingan kerana tidak sesuai 5. kerosakan organ/penyakit dan mental
Kesan2 positif tentang kesan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan
1. wujud persaingan positif. pendidikan lebih tinggi, hidup lebih selesa. 2. wujud pasaran tempatan. jual apapun ada pasaran. 3. peluang pekerjaan lebih banyak 4. kemudahan infrastruktur lebih lengkap. 5. pembangunan lebih pesat
Faktor-faktor berlakunya kemiskinan luar bandar
1..kekurangan peluang pekerjaan 2.Taraf pendidikan yang rendah 3.Produktiviti yag rendah 4.Faktor kekurangan tanah dan modal
Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan
1.Alat bantu mengajar berkesan 2.Memudahkan kerja rutin/meninggikan produktiviti guru 3.Pendidikan jarak jauh 4.Mempertingkatkan kecekapan pengurusan 5.Perpustakaan berkomputer
Faktor2 penyakit kronik
1.Amalan pemakanan 2.Tekanan 3.Mengamalkan gaya hidup tidak sihat 4.Kurang melakukan senaman 5.Faktor genetik
Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak besar terhadap usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan sejahtera. Bincangkan.
1.Ekonomi negara terjejas 2.Ancaman terhadap kesihatan masyarakat 3.Meningkatkan kadar pengangguran 4.Gangguan terhadap kehidupan harian 5.Kepanikan dan tekanan sosial 6.Hilang kebebasan diri dan bergerak 7.Perkhidmatan kesihatan awam terjejas 8.Keganasan domestik dan keretakan rumah tangga
Bincangkan kesan-kesan globalisasi terhadap pembangunan sesebuah negara sedang membangun
1.Globalisasi akan memajukan ekonomi negara 2.Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat 3.Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi 4.Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju 5.Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku
Bincangkan kepentingan Institusi Pendidikan Swasta(IPTS).
1.IPTS dapat menawarkan lebih banyak peluang pendidikan tinggi 2.IPTS menjimat kos perbelanjaan keluarga dan pendapatan negara 3.IPTS juga dapat menghasilkan tenaga profesional yang diperlukan/Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi 4.Ijazah IPTS dapat pengiktirafan seluruh dunia 5.IPTS menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan rantau Asia/Menyediakan pendidikan yang bermutu 6.Pertukaran wang asing dapat dijimatkan
Kebaikan kad kredit
1.Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding wang tunai 2.Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding wang tunai. 3. Pemegang kad juga menikmati pelbagai kemudahan yang istimewa.
Manfaat teknologi pengkomputeran
1.Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran 2.Kemajuan sektor perindustrian 3.Kemajuan kesihatan 4.Kemajuan sains dan teknologi 5.Kemajuan pendidikan
Ekonomi digital membawa kebaikan kepada sesebuah perniagaan
1.Kos rendah 2.Hubungan terus dengan pengguna semakin luas 3.Meningkatkan prospek dan pasaran luas 4.Memudahkan/mempercepat urusan
12.Melahirkan tenaga sumber manusia berdaya saing dan kompeten adalah usaha yang perlu diberi perhatian di abad ini. Jelaskan.
1.Memperkasa modal insan berteraskan ilmu pengetahuan 2.Melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dan berketerampilan 3.Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik 4.Memantapkan program kokurikulum dan sukan 5.Melahirkan modal insan yang berdisiplin bernilai murni 6.Mendedahkan graduan kepada dunia pekerjaan
Langkah2 pencegahan penyakit kronik
1.Mengamalkan diet yg seimbang 2.Pengurusan stres yg baik 3.Mengamalkan gaya hidup sihat 4.Pemeriksaan kesihatan berkala 5.Melakukan aktiviti kecergasan
Cabaran Dalam Perniagaan Berasaskan Ekonomi Digital
1.Mengekalkan keselamatan 2.Daya saing 3.Kualiti/mutu produk 4.Modal permulaan 5.Perkembangan teknologi moden
Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit
1.Mengutamakan perisa tanpa menghiraukan khasiat makanan 2.Makan mengikut nafsu sehingga berlebihan 3.Makan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh membawa penyakit. 4.Kegemaran makan makanan yang diproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan
Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi
1.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka 2.mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan 3.Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat 4.Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara 5.Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan infrastruktur 6.membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya 7.Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara 8.Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian
Impak pencemaran sungai kepada pembangunan ekonomi negara
1.Menjejaskan industri ekopelancongan 2.menggugat bekalan air bersih 3.mengancam industri akuakultur 4.meningkatkan perbelanjaan negara
Kejadian banjir yang sering berlaku di negara kita memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.
1.Menjejaskan kesihatan manusia 2.Menjejaskan aktiviti harian 3.Merosakkan harta benda 4.Mencemarkan alam sekitar 5.Menyebabkan kepupusan flora dan fauna 6.Menjejaskan aktiviti pertanian
Kesan-kesan negatif penggunaan komputer
1.Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan 2.Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi. 3.Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor. 4.Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang besar 5.meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat 6.Komputer mengambilalih kerja orang ramai - pengangguran 7.Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda
Kerajaan telah memberi beberapa fokus utama dalam usaha membela rakyat dan menyejahterakan negara. Huraikan.
1.Merancakkan pelaburan 2.Memperkasa modal insan 3.Melakukan transformasi luar bandar 4.Memantapkan perkhidmatan awam 5.Meredakan inflasi dan menyejahterakan hidupan rakyat
Kepentingan IPT
1.Pembangunan tenaga manusia 2.Kepesatan pertumbuhan ekonomi 3.Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial. 4.Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat. 5.Kecemerlang budaya fikir dan intelektual. 6.Kemajuan sains dan teknologi. 7.Meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam masyarakat.
Persediaan menghadapi cabaran e-dagang yang kompetitif
1.Pengurusan dan pemasaran yang sistematik 2.Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan 3.Penerokaan peluang pasaran dan pelaburan di luar negara 4.Bantuan kewangan 5.Pembangunan rangkaian telekomunikasi
Bincangkan manfaat aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia
1.Perubatan 2.Farmasi 3.Penting dalam teknologi maklumat. 4.Penyelidikan saintifik 5.Pertanian
Sebab penyalahgunaan dadah semakin meningkat
1.Rasa ingin tahu 2 Naif 3 Sejarah keluarga 4 Pengaruh rakan sebaya 5 Tekanan Hidup 6 Bekalan mudah diperoleh 7 Meningkatkan prestasi diri 8 Ketagihannya 9. Pengaruh persekitaran
Masalah-masalah yang mungkin timbul drpd IPTS
1.kedudukan bahasa Melayu akan menghadapi ancaman bahasa Inggeris 2.masalah kursus dan kualiti institut berkenaan 3.Polarisasi sosial akan muncul 4.Permit pelajar disalahguna oleh para penjenayah
Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara
1.memajukan sektor perindustrian 2.S&T penting dalam bidang telekomunikasi 3.S&T memajukan R&D(pertanian) 4.S&T memajukan sistem pendidikan
Faedah e-dagang
1.mempercepat dan memudahkan urus niaga 2.Memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat 3.Pasaran yang lebih luas 4.Menjimatkan kos pengurusan 5.Peluang perniagaan lebih luas kepada rakyat tempatan
Usaha-usaha yg dpt dilaksanakan oleh para pemimpin dunia untuk membantu golongan miskin di kebanyakan dunia
1.pembangunan ekonomi 2. Kestabilan politik 3. Pelaburan di negara miskin 4. bantuan kemanusiaan 5. maju pendidikan
Masalah sektor perikanan
1.pendapatan nelayan yang tidak tetap dan rendah sepanjang tahun/kemiskinan 2.masih menangkap ikan secara kecil-kecil atau di kawasan tepi pantai sahaja/kurang penggunaan teknologi moden 3.kerakusan sikap peraih ikan atau lebih dikenali sebagai orang tengah 4.masalah kekurangan tenaga buruh terutama golongan muda yang sudah tidak berminat untuk meneruskan kerja ini. 5.kekurangan bekalan ikan terutama pada masa hadapan/ketandusan bekalan
Keburukan kad kredit
1.penggunaan kad kredit boleh mendatangkan masalah kewangan 2. Jenayah kad kredit juga muncul. 3. Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal.
Proses urbanisasi bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan banyak warisan negara terjejas.Bincangkan.
1.proses urbanisasi. 2. Proses globalisasi. budaya asing menhakis warisan kita 3. Perubahan gaya hidup 4 tiada langkah/usaha mengekal dan memajukan warisan negara
Kemajuan dalam bidang ekonomi telah menyebabkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia telah meningkat. Peningkatan pendapatan tersebut telah mendorong mereka untuk mereka memiliki rumah sendiri. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan terhadap rumah. Jelaskan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah dan cara mengatasinya
Cabaran memiliki rumah sendiri 1. Harga rumah yang mahal 2. Hasil binaan yang tak berkualiti 3. Lokasi rumah yang tidak sesuai 4. Kekurangan rumah kos rendah 5. Projek rumah terbengkalai Langkah mengatasi Cabaran perumahan 1. Menubuhkan Suruhanjaya Perumahan Negara 2. Mengawal,menyelia dan menetapkan syarat projek perumahan 3. Mengenakan hukuman 4. Kerajaan memperkenalkan PR1MA
Pembangunan yang mampan memerlukan keseimbangan daripada segi ekonomi,alam sekitar, sosial dan budaya masyarakat. Huraikan bagaimana pembangunan yang mampan boleh dilaksanakan. (5+0)
Cara mewujudkan pembangunan yang mampan: 1. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi 2. Peluang pekerjaan yang boleh disediakan 3 . Pembangunan modal insan 4. Pemuliharaan alam sekitar 5. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat 6. Penyelesaian masalah sosial/jenayah
Sistem pengangkutan awam yang cekap dapat memberi faedah kepada masyarakat. Namun begitu, sistem tersebut masih kurang mendapat sambutan masyarakat. Bincangkan.
Faedah: 1.Dapat menjimatkan kos perjalanan 2. Dapat mengurangkan kesesakan jalan raya 3. Dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya Faktor pengguna kurang berminat : 1.Tidak berkualiti 2. Keselamatan yang tidak terjamin 3. Sistem pengangkutan awam yang tidak bersepadu
Pelbagai faktor dikaitkan dengan kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini. Oleh itu, konsep Bandar Selamat wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan awam. Bincangkan.
Faktor 1.tekanan hidup 2.Peningkatan pendatang asing (PATI) 3.Kelemahan penguatkuasaan undang-undang 4.Sikap masyarakat bandar 5.Perekitaran yang tidak selamat Cara mengatasi (fokus kpd Bandar Selamat) 1.reka bentuk persekitaran bandar selamat 2.Peningkatan kesedaran 3.pemantauan berkesan dan berterusan
Pembinaan empangan di negara ini telah membawa pelbagai kebaikan, namun terdapat keburukan yang wujud akibat pembinaannya. Bincangkan.
Kebaikan 1 Membekalkan air 2 Mewujudkan peluang pekerjaan 3 Membekalkan tenaga elektrik 4 Mengawal banjir 5 Mewujudkan kawasan pelancongan 6 Meningkatkan prasarana/infrastruktur asas 7.pengairan kawasan pertanian Keburukan 1 Kemusnahan sistem ekologi 2 Kemusnahan habitat 3 Kemusnahan kawasan petempatan/kampung 4 Meningkatkan perbelanjaaan kerajaan 5 Ancaman keselamatan
Perpaduan dan integrasi nasioanl memainkan peranan penting untuk menjamin pembangunan negara yang berterusan dapat dijalankan dengan lancar.Nyatakan halangan-halangan untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional serta cara-cara mengatasinya
Halangan 1)Dalam aspek sosial 2)Dalam aspek kebudayaan 3)Dalam aspek ekonomi 4)Dalam aspek politik 5)Pemisahan fizikal Langkah mengatasi 1)Melalui strategi pembangunan diri 2)Pengurangan identifikasi kelompok 3)Strategi Pembangunan Fizikal dan Sosial 4)Menukarkan konsep-konsep yang bersifat memecah belah 5)Menukarkan pegawai-pegawai antara wilayah 6)Semangat bermasyarakat
Kebaikan, keburukan industri motor kepada masyarakat,individu dan negara.
Kebaikan; 1.maju dalam teknologi ini, 2.majukan industri sokongan, 3.peluang pekerjaan, 4.maju dalam R&D 5..majukan ekonomi, tak perlu immport kereta, boleh eksport Keburukan; 1.pencemaran, 2.kesesakan lalu lintas
Laut yg terpelihara sangat penting kpd hidupan dan kemusnahannya akan membawa kesan yg serius. Jelaskan pernyataan di atas.
Kepentingan 1.Membekalkan sumber protein 2.menyediakan sumber air bersih 3.kajian dan penyelidikan marin 4.hidupan akuatik terpelihara 5.tumbuhan pinggir pantai terpelihara Kesan kemusnahan 1.pengurangan sumber protein 2.krisis bekalan air bersih 3.hakisan pinggir pantai
Jalan raya di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan memainkan peranan penting kepada kemajuan negara. Setiap hari kita mendengar berita sedih yang berlaku di jalan raya dan juga wujud beberapa masalah yang menyulitkan pengguna jalan raya. Bincangkan
Kepentingan 1. Pengangkutan utama 2. Sumber pendapatan organisasi dan negara Masalah yang dihadapi 1. Kesesakan jalan raya 2. Kemalangan jalan raya 3. Bayaran di lebuh raya yang semakin meningkat 4. Kerosakan jalan raya dan kerja-kerja kontrak
Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Bincangkan kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran tersebut.
Kepentingan Cabaran kelima Wawasan 2020: 1.Menjamin keharmonian dan kemakmuran negara 2.Mengukuhkan kestabilan politik 3.Melahirkan anggota masyarakat yg dpt menerima pendapat orang lain/berfikiran terbuka Tindakan yg perlu dilakukan: 1.Memupuk nilai liberal dan toleransi 2.Meningkatkan pendidikan 3.Mengambil ikhtibar drp sejarah negara
13.Rukun Negara dijadikan ideologi Negara untuk melahirkan rakyat yang tahu tanggungjawabnya kepada negara. Namun kini, prinsip Rukun Negara semakin terpinggir dan seolah-olah dilupakan. Bincangkan.
Kepentingan: 1.Melahirkan rakyat yang taat kepada agama 2.Melahirkan rakyat yang patuh pada undang-undang dan peraturan negara 3.Melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi 4.Mewujudkan warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu Sebab terpinggir: 1.Kurang penghayatan 2.Kurang kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni 3.Kurangnya jati diri rakyat 4.Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara
11.Sumber tenaga elektrik amat penting dalam usaha negara mengekalkan perkembangan ekonomi, oleh itu beberapa langkah hendaklah diambil untuk mengelakkan kekurangan sumber ini. Bincangkan.
Kepentingan: 1.Penggunaan domestik 2. Penggunaan di sektor industri 3. Penggunaan kelancaran lalu lintas 4. Penggunaan dalam sektor perkhidmatan Langkah: 1.Memastikan penjimatan kegunaan tenaga elektrik 2. Mengadakan kempen kesedaran 3. Mencari sumber alternatif untuk penjanaan tenaga elektrik
Kepentingan tanah tinggi dan kesan penerokaan tanpa kawalan
Kepentingan: 1.kepelbagaian biodiversiti: hiduapan liar, keseimbangan ekologi 2. Kawasan tadahan air: bekalan air, penyimbang udara dan suhu Kesan/Risiko pembangunan: 1.Hakisan tanah, tanah runtuh 2. kepupusan hidupan liar, keseimbangan ekologi terjejas 3.hilang tadahan air 4. cuaca berubah
Kebebasan media massa di negara kita perlu kawalan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum terpelihara.Jelaskan.
Keperluan kawalan terhadap media massa 1)Penyebaran fitnah yang berleluasa 2)Perpaduan negara terjejas 3)Ancaman kepada kerajaan 4)Berleluasanya pencemaran budaya dan seks 5)Keselamatan negara terjejas 6)Berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam internet
Belakangan ini masalah keganasan rumah tangga banyak didedahkan di media massa. Masalah ini menimbulkan pelbagai kesan dan perlu ditangani dengan segera. Huraikan.
Kesan keganasan rumah tangga 1.Perpecahan institusi keluarga 2.Timbulnya jenayah lain 3.Gangguan psikologi/mental 4.Menjejaskan kehidupan anak-anak 5.Kecederaan fizikal Langkah-langkah menangani kes keganasan rumah tangga 1.Kursus perkahwinan 2.Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang 3.Meningkatkan penglibatan masyarakat 4.Kaunseling 5.Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keganasan rumah tangga
Perniagaan pasar malam merupakan satu keunikan dalam arena perniagaan di Malaysia. Jelaskan implikasi perniagaan ini kepada masyarakat dan negara.
Kesan positif 1.Menyediakan peluang pekerjaan 2 Meningkatkan pendapatan penduduk 3 Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan 4 Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan sendiri/jualan 5 Menyediakan barangan segar 6 Punca pendapatan PBT - Permohonan lesen - -Kutipan sewa tapak 7 Medium perpaduan KESAN NEGATIF 1.Pencemaran 2.Masalah sosial 3.Kesesakan lalu lintas 4.Kes jenayah
Peningkatan harga barangan asasi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan kerajaan perlu mengambil langkah tertentu untuk mengatasinya.Bincangkan
Kesan: 1. Peningkatan perbelanjaan isi rumah 2. Peningkatan kadar jenayah 3. Peningkatan hutang isi rumah 4. Peningkatan aktiviti menyorokkan barang Langkah: 1. Penguatkuasaan undang-undang 2. Penambahan subsidi ke atas barangan asasi
Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara kerana kegagalan mengatasi masalah ini akan memberi kesan kepada penduduk dan negara. Bincangkan.
Langkah: 1. Ketatkan peraturan dan undang-undang 2. Pendidikan pengguna 3. Pemantauan oleh pihak Berkuasa 4.Perancangan yang lebih tersusun Kesan negatif: 1.Imej negara terjejas 2. Tempat kegiatan tidak bermoral 3. Membebankan pembeli 4. Pembaziran sumber
Ada pendapat menyatakan bahawa kejuruteraan genetik lebih banyak mendatangkan mudarat kepada kualiti hidup manusia. Bincangkan.
Mudarat: 1.Alahan 2. Penyakit 3. Nilai khasiat tanaman berkurangan 4. Mengandungi bahan kimia berbahaya Manfaat: 1.Tempoh masak buah-buahan lebih Panjang(Kualiti tanaman naik) 2.Meningkatkan kajian dan penyelidikan(R&D) 3.Memelihara alam sekitar daripada pencemaran
Kenapa ramai golongan warga emas bekerja untuk menanggung keluarga dan menyara kehidupan mereka dan apa kesannya?
Punca: 1. Kos hidup semakin tinggi. terpaksa bekerja untuk menyara hidup. 2. Kahwin lewat, anak masih kecil, masih bersekolah, perlu banyak wang. 3. Taraf kesihatan naik, masih kuat, boleh bekerja. Kesan; 1. peluang pekerjaan untuk golongan muda tersekat. 2. masalah ambil MC yang kerap, produktiviti jatuh 3. pengalaman mereka lebih baik, terutamanya dalam bidang perniagaan dan pentadbiran
Adakah kekurangan barangan kawalan merupakan isu yang harus diberi perhatian
Punca: 1. perubahan iklim dunia 2. bencana alam seperti gempa bumi, banjir dsn 3. Peperangan 4.belian panik dan kurangnya sikap tanggungjawab sosial Kesan: 1.harga naik 2. rusuhan 3. peperangan
Perkembangan pesat dalam ICT telah membawa banyak kemajuan dalam bidang pertanian. Walaubagaimanapun, masih ada golongan petani yang tidak menggunakan kemajuan aplikasi ini.
Sains dan Teknologi (S&T)membawa Kemajuan dalam Bidang Pertanian: 1.Penggunaan peralatan pertanian moden 2.Penghasilan baja 3.Sistem pengairan dan penyiraman yang sistematik 4.Kawalan biologi serangga perosak 5.Penggunaan bahan kimia 6.Teknik moden tanaman Kesukaran golongan petani: 1.Kekurangan modal 2.Kekurangan tenaga kerja mahir 3.Lebih selesa menggunakan alat tradisional
Penurunan konsentrasi gas ozon di lapisan stratosfera boleh mengakibatkan fenomena penipisan lapisan ozon yang akan menjejaskan organisma dan alam sekitar.Bincangkan pernyataan ini.
kesan penipisan lapisan ozon: 1. suhu naik/pemanasan global 2, penyakit kanser. 3. Cuaca dunia berubah 4. hasil pertanian merosot 5. krisis air
Langkah mengawal kes penyakit berjangkit
langkah kerajaan: 1.memperbanyak mesin pengimbas haba di pintu masuk negara 2.mengasingkan pesakit/kuarantin 3.menyekat kemasukan rakyat dr negara yg berisiko 4.meningkatkan kesedaran masyarakat Langkah masyarakat: 1.mengutamakan kebersihan 2.mengelakkan tempat berisiko tinggi 3.melindungi diri jika berada di tempat berisiko 4.mengesahkan status kesihatan 5.pengambilan vaksin pencegahan