Peribahasa Y1 - Y4
kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang
kalau mempunyai kemahiran akan berjaya
malu berkayuh, perahu hanyut
kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
Tiada rotan akar pun berguna
kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
malu berkayuh, perahu hanyut
kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan
air pun ada pasang surutnya
keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya susah
bagaimana acuan begitulah kuihnya
keadaan sesuatu mengikuti asalnya
bagai hujan jatuh ke pasir
kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas
harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
tangan mencencang bahu memikul
kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang
kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
kuat kerana saling membantu
seperti anak ayam kehilangan ibu
sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat, semakin merendahkan diri (tidak sombong)
berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan/perkara-perkara yang berfaedah
belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam
seorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan atau kesilapan
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji
break time
:)
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
apabila kita menetap di sesebuah negeri kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut
kusut di hujung bawa ke pangkal
apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah
hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
dalam percakapan dan tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
ambil patinya, buangkan hampasnya
daripada tiap-tiap cerita atau perkara janganlah hiraukan yang salah atau yang buruk, ambil sahaja yang baik atau betul
sebab buah dikenal pohonnya
daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang
ada gula, adalah semut
di mana ada rezeki di situlah ramai orang
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
diam seorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
dalam menyelam cetek bertimba
hasil yang sedikit itu digunakan dengan berpadu-padu
takut titik lalu tumpah
hendaklah mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta
seperti limau masak sebelah, perahu karam sekerat
hukuman atau peraturan yang tidak adil kerana orang yang ada kedudukan atau kekayaan dikecualikan
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar
ringan tulang berat perut
jika tekun dan rajin berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
jika tidak boleh dicapai persetujuan di dalam sesuatu mesyarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya
kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut
melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan
belayar sampai ke pulau
membuat pekerjaan sehingga sempurna
genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
membuang garam ke laut
membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah
biar putih tulang, jangan putih mata
mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
menepuk air di dulang, terpercik di muka sendiri
menceritakan cacat cela kaum keluarga maka diri sendiri juga yang mendapat malu
bagai menelan mestika embun
mendengar nasihat yang baik
melentur buluh biarlah dari rebung
mengajar atau mendidik anak biarlah dari kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya sudah dibentuk
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak (b)
menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas
ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika merendahkan dirinya sekalipun
sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang
orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang
besar periuk besar keraknya
orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya
jauhari juga mengenal manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
seperti harimau menyembunyikan kukunya
orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan & kebolehannya
tukang tidak membuang kayu
orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya
nasi tak dingin pinggan tak retak
orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
seperti tikus jatuh ke beras
orang yang dapat kedudukan yang mewah
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang mulia tetap mulia di mana jua di berada
kurang taksir hilang laba
pekerjaan yang dibuat dengan tidak hati-hati akan mendatangkan kerugian
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
pembahagian yang sama rata dan adil
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
ditatang bagai minyak yang penuh
sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
meski tertimbun di tanah, namun teras timbul juga (b)
seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi & berhati mulia
seperti tikus jatuh ke beras
seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
garam jatuh ke air
seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya
seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi
seseorang yang tidak dianggap penting oleh orang lain dan tidak dianggap berguna kepada masyarakat. Adanya dia tidak mempunyai apa-apa erti
belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai
sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukan eloklah diketahui pelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya selamat
kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
sesuatu yang baik dan mulia atau kekal sepanjang masa
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tidak sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu
ada kerak, adalah nasi
tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya
umpama sirih; menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung
tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak yang kecil
ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
waktu hidup mestilah mengikut peraturan, adat dan undang-undang termasuk hukum Tuhan, setelah mati terserahlah kepada Tuhan
walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
walau ke mana kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
walaubagaimanapun mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
yang nampaknya baik itu jangan lekas diterima, dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara itu diterima atau ditolak)
hilang adat tegal muafakat
adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai
seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak (a)
bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
berani kerana benar, takut kerana salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar atau mengakkan kebenaran
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak-saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
biar putih tulang, jangan putih mata
lebih baik mati daripada menanggung malu
besar kapal, besar gelombang
makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
pisang tidak berbuah dua kali
manusia harus beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik yang dialaminya tidak berulang lagi
burung terbang dipipiskan lada
merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
meski tertimbun di tanah, namun teras timbul juga (a)
meskipun kebenaran itu belum terang, lambat-laun akan menjadi kenyataan juga
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
pendiam tetapi cekap dan pintar
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
perihal kasih sayang yang mendalam sekali & sukar diceraikan
alah bisa tegal biasa
perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa kesukarannya
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akan berbaik-baik semula
duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang
perundingan menghasilkan fikiran yang lebih bernas daripada fikiran kita seorang