RESEARCH SOCIAL SCIENCE C1
Analisis data peringkat inferensial
(Pengujian hipotesis) Secara manual Menggunakan komputer
Ciri-ciri penyelidikan saintifik
-Bertujuan -Mendalam (rigorous) -Boleh diuji -Boleh diulang (replicability) -Kejituan (precision) -Keyakinan (confidence) -Generalisasi (generalization) -Parsimoni (parsimonious
Mohd. Shaffie (1991)
-Bertujuan untuk dapatkan kebenaran, logik mengenai sesuatu fenomena tetapi bukan kebenaran yang muktamad. Timbul fakta baru dan mengubah keputusan penyelidikan. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perkara akan sentiasa berubah-berubah
Jenis penyelidikan
-Penyelidikan Kuantitatif -Penyelidikan Kualitatif -Penyelidikan Mixed Method
Leedy (1993)
-Penyelidikan bermula dengan persoalan atau permasalahan; -Ada matalamat yang jelas; -Plan atau prosedur yang spesifik; -Bahagikan masalah kepada sub-masalah untuk tindakan; -Dipandu oleh permasalahan kajian, persoalan kajian dan hipotesis yang spesifik
Duane, Thomas & Cornel (2002)
-Penyelidikan sosial adalah proses yang dirancang awal, teliti dan mengikuti prosedur yang sistematik; -Pengumpulan data yang empirik berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari deria, tidak berdasarkan spekulasi (spekulasi = tidak berasaskan penyelidikan)
Soal selidik
-Terpiawai -Buatan sendiri
Persempelan berkelompok
.1.Pemilihan sampel berdasarkan kelompok-kelompok. 2.Kelompok berdasarkan kategori yang dibina oleh penyelidik seperti ciri demografi (bandar atau luar bandar; eksekutif atau bukan eksekutif; dan penghuni rumah pangsa atau kondominium)
Pembolehubah pengubah
1. Apabila dimanupulasi secara sistematik, akan menyebabkan perkaitan antara dua pembolehubah yang lain turut berubah 2. Proses dapat dikenalpasti (dilihat) Boleh memberi kesan secara langsung ke atas perkaitan antara pembolehubah yang dikaji
Elemen penting dalam etika
1. Bahasa yang baik dan tidak prejudis 2. Perasaan responden 3. Etika dalam semua peringkat kajian 4. Tahap pendidikan responden 5. Berterus terang dengan responden 6. Mengutarakan data yang tepat 7. Menjaga kerahsiaan responden 8. Menjaga keselamatan responden dan pihak ketiga
Penyelidikan yang patut dielakkan
1. Bila maklumat tidak boleh digunakan dalam membuat keputusan 2. Bila keputusan melibatkan risiko yang rendah /sedikit 3. Bila sumber yang tidak mencukupi untuk menjalankan penyelidikan 4. Bila kos penyelidikan lebih tinggi daripada tahap risiko dalam keputusan
Pembolehubah definisi
1. Dalam Bhs Inggeris disebut variable. Dalam Bhs Melayu disebut juga variabel 2. Variabel ialah satu konsep yang mempunyai nilai yang berubah-ubah 3. Variabel juga merupakan satu konsep yang dibentuk oleh dua ataupun lebih sub-variabel Sub-variabel ini disebut indikator
Memastikan piawai etika yang tinggi
1. Jika boleh, laksanakan simulasi komputer. 2. Jika rawatan mungkin berbahaya, cuba dapatkan populasi yang sudah dirawat secara "semulajadi". 3. Jika boleh, sentiasa lapor data rumusan bukannya keputusan individu. 4. Jika rawatan akan mendatangkan kesan sampingan, mulakan dengan sampel yang kecil. 5. Minta rakan-rakan untuk menyemak kertas cadangan anda. 6. Pastikan anda mematuhi garis panduan etika
Kod Etika menurut American Psychological Association (APA) (Leedy, 1993)
1. Mengekalkan objektif dalam penyelidikan 2. Sedar batasan keupayaan dan kemahiran 3. Individu atau responden yang dikaji berhak ke atas diri dan maruah agar terpelihara 4.Mengelak membawa bahaya kepada subjek yang digunakan dalam kajian 5. Maklumat sulit perlu dijaga kerahsiaannya 6. Dapatan kajian dipersembahkan dengan jujur tanpa manipulasi
Pemboleh ubah tidak bersandar
1. Pembolehubah yang diandaikan boleh membawa perubahan pada p/ubah bersandar 2. Memberi kesan, gerak balas (response) yang diramal, konsekuens, hasil ke atas pembolehubah bersandar 3. Contoh: Jantina ke atas tingkah laku seksual; umur, pendidikan, kemahiran ke atas pengangguran
Pembolehubah bersandar
1. Pembolehubah yang hendak dijelaskan atau diramalkan oleh pengkaji 2. Dipengaruhi oleh pe/ubah tidak bersandar Perupakan perkara atau rangsangan untuk dikaji, diramalkan penyebabnya 3. Contoh: tingkah laku seksual; pengangguran
Teori
1. Satu set pernyataan yang abstrak dan umum yang disokong oleh hipotesis yang dibuktikan 2. Menyatakan perkaitan atau keadaan yang spesifik 3. Ia mengutarakan apakah agaknya yang benar mengenai sesuatu gelagat manusia Yang sudah diuji kebenarannya
Etika penyelidikan online
1. Secara umum, anda boleh memetik jika laman berkenaan tidak mencegah pengunaan maklumatnya. 2. Anda hendaklah tidak mengganggu aktiviti-aktiviti semasa di laman masa-sebenar 3. Berhemah dalam mendapatkan kebenaran. 4.Melindungi kerahsian dan identiti peserta dalam forum-forum umum
Kaedah pengumpulan data
1. Soal selidik 2. Pemerhatian 3. Temubual
Etika penyelidikan sains sosial
1. Tidak boleh menyalahgunakan peluang sebagai penyelidik untuk mendapat maklumat selain daripada tujuan profesional/penyelidikan 2. Beri penghargaan kepada semua bahan, kerjasama atau sumber maklumat 3. Beri penghargaan kepada semua yang membantu untuk menghasilkan kajian 4. Tidak boleh menerima pertolongan, tajaan atau lain-lain bentuk bantuan yang mempunyai kepentingan peribadi
Pembolehubah pencelah
1. Wujud antara dua pembolehubah yang diukur 2. Dipengaruhi oleh salah satu pembolehubah dan memberi kesan kepada satu pembolehubah yang lain 3. Proses atau keadaan yang tidak dapat dilihat. 4.Ia diwujudkan oleh pembolehubah tidak bersandar dan mempunyai kesan terhadap pembolehubah bersandar
Etika penyelidikan
1.Anda hendaklah memelihara peserta anda daripada kecederaan fizikal dan psikologikal 2. Anda hendaklah memastikan bahawa maklumat tentang setiap peserta anda tidak terdedah kepada umum. 3. Anda jangan memaksa orang untuk menjadi peserta. 4. Anda hendaklah memastikan bahawa peserta mengetahui dan faham tentang apa yang dia terlibat. 5. Apabila menggunakan kanak-kanak, anda hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu-bapa mereka, dan anda hendaklah meningkatkan tahap waspada. 6.Maklumat tentang peserta hendaklah dirahsiakan
Kajian kumpulan fokus
1.Bentuk temubual secara berkumpulan 2.Sering digunakan oleh penyelidik untuk mendapat pendapat mengenai produk, perkhidmatan, calon parti politik, parti politik,dll 3.Mengikut format tradisional 4.Bincang topik releven dengan mendalam 5.Ahli berpengetahuan dan berpengalaman 6.Antara 8 -10 orang , 2 jam sekali pertemuan 7.Panel dinamik (ahli berubah) dan panel statik (ahli tetap)
Penyelidkan kuantitatif
1.Bermula daripada adanya persoalan kajian 2.Persoalan kajian memerlukan penjelasan berbentuk numerik 3.P/ubah penyelidikan ditentukan sejak awal 4.Menggunakan formula atau skala tertentu 5.Output dalam bentuk perkiraan statistik, jadual dan rajah 6.Selalunya dilakukan untuk menguji hipotesis Menggunakan sampel yang besar
Ciri-ciri kajian arkib
1.Data dikumpul berasarkan rekod sedia ada 2.Data retap dan tidak berubah 3.Kesahan luaran yang tinggi 4.Kos lebih murah 5.Data sekunder dan boleh digabungkan dengan data primer
Jenis eksperimen
1.Eksperimen Tulin 2.Eksperimen Kuasi
Tujuan kajian etnografi
1.Faham isu budaya atau kumpulan 2.Menambah pengetahuan sesuatu budaya atau interaksi sosial 3.Membangun satu tafsiran tentang masyarakat atau institusi sosial Contoh: kajian gaya hidup Penan
Penyelidikan kualitatif
1.Fokus kepada konteks sesuatu berlaku 2.Menekankan kepada proses dan hasil Persembahan dalam bahasa harian 3.Tidak bergantung kepada nombor / statistik 4.Digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang sukar diukur dengan nombor seperti imej diri, adat resam 5.Pendekatan induktif
Model kajian
1.Gambaran simbolik mengenai satu fenomena 2.Gambaran simbolik mengenai hubungan di antara p/u bebas dengan p/u terikat 3.Rajah mengenai teori atau kerangka konsep 4.Tumpuan kepada struktur atau kandungan 5.Dipersembahkan dalam bentuk rajah
Bentuk kajian eksperimen tulin
1.Hanya satu pembolehubah bersandar yang dimanipulasi pada satu masa tertentu 2.Perlu ada kumpulan kawalan 3.Responden dalam kajian dipilih secara rawak sama ada dalam kumpulan atau eksperimen 4.Kesemua pembolehubah haruslah dikawal secara fizikal, statistik atau secara rawak
Contoh persempelan bukan kebarangkalian
1.Incidental / Convinience / mudah 2.Snow Ball /Chain Referral 3.Purposive 4.Quota Sampling
Ciri-ciri kajian etnografi
1.Intentif 2.Jangka masa panjang 3.Keadaan semula jadi, babas dan fleksibel 4.Persekitaran tidak dikawal oleh penyelidik 5.Pelbagai pembolehubah 6.Bersifat kualitatif 7.Tidak terpiawai 8.Kaedah pemerhatian (ikut serta)
Jenis-jenis penyelidikan
1.Kajian Tinjauan - survey 2.Kajian eksperimen 3.Kajian Etnografi 4.Kajian Arkib 5.Kajian Kes 6.Analisis Kandungan 7.Kajian Kumpulan Fokus 8.Kajian lapangan 9.Kajian Perpustakaan 10.Keratan Rentas (cross sectional) 11.Memanjang (longitudinal) 12.Kajian Deskriptif 13.Kajian Korelasional
Kajian kes
1.Kajian ke atas satu kelompok kecil secara mendalam 2.Melibatkan pengumpulan maklumat secara ekstensif dan intensif 3.Melibatkan penjelasan mengenai individu, organisasi, atau situasi
Jenis-jenis kajian kes
1.Kajian kes Intrinsik 2.Kajian kes Kolektif
Kajian etnografi
1.Kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian ikut serta yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi 2.Kajian dalam situasi semula jadi secara deskriptif 3.Paling asas - penjelasan bertulis bagi satu adat, budaya, tingkahlaku berasarkan maklumat yang dikumpul
Kajian arkib
1.Maklumat (data) sedia ada 2.Data yang diperolehi daripada maklumat yang telah dikumpulkan oleh orang lain 3.Data tetap dan tidak berubah (sejarah) 4.Contoh: statistik bancian, rekod mahkamah, dokumen kerajaan, diari, ucapan, surat khabar, analisis kandungan dokumen
Kajian tinjauan
1.Maklumat dikumpul dengan menggunakan set soalan yang dituju kepada satu sampel yang dipilih dari populasi yang hendak dikaji 2.Pengumpulan maklumat dari responden yang ramai 3.Mengguna soalselidik secara langsung, pos, emel, telefon, dll. 4.Untuk mendapat penjelasan tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan
Penyelidikan perpustakaan
1.Melakukan penyelidikan berasaskan data/maklumat sekunder sahaja. 2.Maklumat dikumpulkan melalui perpustakaan, arkib, buku-buku, jurnal, dll 3.Banyak digunakan dalam bidang sejarah, kesusateraan dan pengajian Islam 4.Tidak memerlukan pengumpulan data di lapangan
Ciri penyelidikan asas
1.Memahami fenomena, masalah, konsep, kejadian atau kes 2.Menambah maklumat mengenai masalah 3.Maklumat dari kajian asas dijadikan asas dalam kajian gunaan 4.Skop kajian tidak begitu luas 5.Menolak atau menerima teori atau data berdasarkan kajian empiris yang lepas
Ciri-ciri kerangka teori
1.Memberikan penjelasan tentang bagaimana kita menjangkakan hubungan ini berlaku 2.Memberikan penjelasan tentang bagaimana suatu fenomena sosial berlaku 3.Mengemukakan rajah yang sistematik supaya pembaca boleh mendapat gambaran tentang hubungan antara pembolehubah
Klasifikasi penyelidikan
1.Mengikut jenis data - Kuantitatif & Kualititatif 2.Mengikut tempat - Lapangan & Kepustakaan; Arkib; Analisis Kandungan 3.Mengikut teknik analisis - Kuantitatif & Kualititatif; Eksperimen; Survey 4.Mengikut masa - Memanjang & Keratan Rentas 5.Mengikut kegunaan - Asas & Gunaan
Penyelidikan lapangan
1.Mengkaji individu dalam sesuatu lokasi atau keadaan (di lapangan). 2.Kadang-kadang dirujuk sebagai kajian etnografi atau kajian kualitatif 3.Digunakan bila kaedah pengumpulan data melalui tunjauan dan eksperimen tidak dapat kurang berkesan 4.Banyak digunakan oleh ahli antropologi
Peranan teori
1.Mengorganisasi /menyusun pengetahuan dan menjelaskan hukum 2. Boleh meramalkan hukum yang baru 3. Panduan untuk penyelidikan 4. Sebagai satu alat untuk membolehkan kita menghuraikan sesuatu fenomena sosial dengan lebih berkesan
Persempelan rantaian
1.Mengumpul data dari beberapa sampel dalam populasi yang telah dikenalpasti dan meminta mereka menamakan lain-lain ahli yang difikirkan boleh menyumbang maklumat kepada kajian tersebut
Penyelidikan tanpa gangguan
1.Metod yang tidak menggangu keadaan asal / situasi sosial yang dikaji 2.Analisis kandungan - buku, lagu, gambar, dll 3.Analisis statistik - statistik bancian, mahkamah, polis, dll 4.Analisis bahan sejarah - dokumen akib e.g. kaji penglibatan manusia / tidak libatan
Eksperimen
1.Nama - Ujikaji 2.Jumlah responden kecil 3.Mesti ada dua kumpulan 4.Mengukur hanya satu pembolehubah
Cara pelaksana kajian kes
1.Pemerhatian 2.Kajian arkib & rekod bertulis 3.Penyelidikan perpustakaan 4.Temubual individu 5.Soal selidik
Penyelidkan penerokaan
1.Penyelidikan yang dilakukan untuk mendapat maklumat awalan tentang sesuatu isu. 2.Penyelidik masih belum mempunyai maklmat yang lengkap tentang sesuatu isu. 3.Dilakukan apabila kajian lain mengenai masalah berbangkit belum lagi dilakukan 4.Biasanya penyelidik menggunakan persoalan kajian untuk memandu penyelidikan, bukannya hipotesis
Langkah eksperimen
1.Perancangan 2.Menelaah kepustakaan 3.Jumlah sampel 4.Jumlah responden 5.Jangkamasa
Cara pelaksanaan kajian tinjauan
1.Perancangan 2.Persampelan 3.Membentuk alat ukur kajian 4.Menjalankan tinjauan (kumpul data) 5.Menganalisis data 6.Melaporkan dapatan kajian
Proses penyelidikan
1.Permasalahan kajian, masalah, teori, tajuk 2.Objektif kajian dan hipotesis 3.Ulasan /Sorotan Karya 4.Rekabentuk Kajian (menentukan metod kajian) 5.Pensampelan (pemilihan responden) 6.Pembuatan Alat Kajian (Pembinaan Instrumen) 7.Pengumpulan Data 8.Analisis Data 9.Penulisan Laporan 10.Penyebaran Dapatan
Persempelan bertujuan
1.Persampelan secara tidak rawak kerana memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan. Contoh: kajian tentang ketahanan fizikal dalam kalangan perokok. Oleh itu, pemilihan sampel hanya diambil dalam kalangan perokok sahaja. 2.Memilih sesuatu sampel dari satu populasi mengikut tujuan kajian 3.Berdasarkan kepada pertimbangan penyelidik sendiri 4.Sampel meningkatkan nilai maklumat kepada pengkaji 5.Responden mempunyai maklumat, perseptif, kontak, atau apa-apa yang diperlui oleh pengkaji
Persempelan kuota
1.Perserta dengan ciri-ciri yang berkaitan kajian dipilih secara mudah sehingga kuota mencukupi 2.Gabungan persampelan mudah dan berstrata Ahli dalam sub kelompok yang telah dikenalpasti secara mudah dipilih menjadi responden
kajian analisis kandungan
1.Satu penghuraian yang objektif, sistematik dan kuantitatif bagi satu kandungan tersurat yang terdapat dalam bentuk komunikasi yang merupakan mesej yang dicetak, disiarkan atau digambarkan 2,Contoh: analisis kandungan teks seperti perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema atau sebarang mesej yang telah dikomunikasikan
Kerangka konsep
1.Satu set konsep yang berkaitan antara satu sama lain dalam cara yang logikal yang berhubung dengan fenomena yang dikaji 2.Boleh dihasilkan berdasarkan pengalaman lepas penyelidik melalui hujah yang logik Bersifat tentatif dan belum dibangunkan sepenuhnya berbanding kerangka teori
persempelan rawak mudah
1.Setiap ahli dalam populasi memiliki peluang dan kebebasan yang sama untuk dipilih 2.Sample hendaklah sangat mewakili populasi
Contoh persempelan kebarangkalian
1.Simple Random Sampling 2.Sistematic Sampling 3.Stratified Sampling 4.Cluster Sampling
Cara kajian etnografi dijalankan
1.Temubual mendalam 2.Penglibatan secara langsung 3.Cata nota/analisis 4.Kekuatan: tidak dipengaruhi oleh dapat lepas 5.Kelemahan: bais penyelidik
Ciri-ciri kajian eksperimen
1.Terdapat kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen 2.Boleh manipulasi pembolehubah 3.Boleh melihat perubahan pada pembolehubah pada situasi yang berbeza-beza 4.Bilangan responden yang tidak ramai
Ujian Kebolehpercayaan
1.Test-retest (Uji-uji Semula), 2.Split-Half Test (Ujian Pemisahan Spara) 3.Internal Consistency Method (Teknik Ketekalan Dalaman)
Ciri-ciri penyelidikan kualitatif
1.Tidak ada intervensi 2.Cara semula jadi 3.Pemerhatian turut serta 4.Saiz sampel yang kecil 5.Tidak banyak menggunakan alat ukur 6.Analisis gaya naratif 7.Rekabentuk penerokaan
Ciri-ciri pengumpulan data kajian tinjauan
1.Tujuan untuk generalisasi 2.Tiada kumpulan kawalan 3.Temubual bersemuka, pos atau telefon 4.Soalan dalam soal selidik berbentuk terbuka dan tertutup 5.Soalan berbentuk berstruktur atau tidak berstruktur 6.Boleh dilaksanakan secara lisan, langsung, telefon, atau bersemuka secara mendalam
Tujuan penyelidikan asas
1.Uji teori tingkahlaku sosial yang sedia ada 2.Menjelas corak tingkahlaku yang diperhatikan 3.Dilakukan untuk mendapatkan penjelasan isu 4.Berguna untuk menambahkan pengetahuan
Kerangka teori
1.satu jaringan hubungan di antara pembolehubah yang bersesuian dengan permasalahan kajian yang dihasilkan secara logikal, diberi penjelasan dan huraian yang menyeluruh. 2.Harus dinyatakan bagaimana kedua-dua pembolehubah berhubungan (sama ada positif atau negatif
Skala
Alat ukur atau alat kajian yang mengandungi satu atau lebih pernyataan digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul maklumat/data yang bersifat subjektif/kualitatif Nama Lain: 1.Inventori 2.Indeks 3.Questionnaire
Panduan soalan dalam temubual
Berkaitan dengan pengalaman atau tingkahlaku Pandangan atau nilai responden Perasaan Fakta Pengalaman deria Latarbelakang
Pembolehubah
Boleh diperhati dan diukur eg. umur, berat, jantina, dll
Definisi penyelidikan
Dari segi istilah dlm bahasa Perancis bermaksud peyiasatan secara mendalam -Satu penelitian sistematik yang bertujuan untuk memberikan maklumat atau untuk meyelesaikan masalah / isu. -Satu bentuk kajian sistematik dan saintifik yang berkaitan dengan gelagat manusia dalam konteks sosial
Persempelan rawak berstrata
Dilakukan apabila responden yang hendak dikaji bersifat seragam. 1. Sampel dipilih secara rawak mudah daripada setiap kumpulan atau strata yang telah dikenal pasti. Contoh: pemilihan sampel satu kolej kediaman yang menempatkan para pelajar daripada beberapa tahun pengajian. 2.Stratanya ialah tahun pengajian dan sampel rawak akan lebih mudah dilakukan jika penyelidik telah mengenal pasti jumlah pelajar dalam setiap strata yang akan dipilih sebagai sampel.
Atribut
Ialah konsep yang membangunkan pembolehubah @ konsep yang membentuk pembolehubah
Reka bentuk kajian
Jenis -Penerokaan -Deskriptif -Penjelasan Pemilihan -Data -Masa -Sumber tenaga & kewangan
Persempelan bukan kebarangkalian
Jenis persampelan yang tidak memberikan peluang yang sama rata kepada semua anggota populasi untuk terpilih sebagai responden kajian
Jenis-jenis kajian
Kajian kohot - menggunakan responden yang berbeza pada masa yang berlainan Kajian panel - menggunakan responden yang sama pada masa yang berlainan
Bentuk kajian eksperimen kuasi
Keadaan di mana penyelidik tidak dapat mencukupkan mana-mana syarat dalam kajian eksperimen tulin seperti tiada kumpulan kawalan, tidak memilih responden secara rawak, dll.
Analisis data peringkat diskriptif
Kekerapan Peratusan Min Mod Median Rajah (di mana perlu)
Kelemahan eksperimen
Kelebihan: faktor kawalan, dapat melihat perubahan, kos kajian rendah Kelemahan: tidak dapat mewakili populasi yang besar, kesan Hawthorne (reponden ubah tingkahlaku sebenar)
Jenis-jenis analisis kandungan
Ketara - membuat penjelasan secara objektif, sistematik terhadap bentuk-bentuk komunikasi yang ketara Tidak Ketara - penyelidik meneliti teks atau gambar dan mentafsir mengikut tema kajian
Jenis statistik
Khi Kuasa Dua Korelasi Analisis Varians Regresi
Penyelidikan yang baik
Mamatuhi piawai-piawai dalam kaedah saintifik 1. Sasaran kajian diterangkan dengan jelas (Purpose clearly defined) 2. Proses penyelidikan diperincikan (Research process detailed) 3. Reka bentuk kajian dirancang dengan teliti (Research design thoroughly planned) 4. Kekangan dinyatakan tanpa selindung (Limitations frankly revealed) 5. Mengamalkan piawai etika yang tinggi (High ethical standards applied)
Persempelan mudah
Merupakan bentuk persampelan yang termasuk dalam persampelan bukan kebarangkalian. 1.Persampelan paling mudah dan senang untuk memilih responden kajian dan tidak memerlukan kos yang mahal. 2.Persampelan jenis ini dilaksanakan apabila penyelidik ingin mendapatkan sesuatu keputusan dengan segera serta tidak mementingkan ketepatan. 3.Persampelan melalui kaedah ini tidak ditentukan oleh prosedur persampelan. Sesiapa sahaja boleh dijadikan sampel kajian. Contoh: kajian mengenai persepsi pengunjung terhadap Pameran Kerjaya IPT. Sesiapa sahaja yang keluar dari dewan pameran yang sedang berlangsung boleh ditemu bual.
Rujukan artikel
Nama Pengarang (noktah) Tahun terbitan (noktah) Tajuk artikel (online)(noktah) Pada (:) Laman web (Tarikh capaian) (noktah)
Rujukan buku
Nama Pengarang (noktah) Tahun terbitan (noktah) Tajuk bab (noktah)/(koma) Dlm. (nama editor buku) (pnyt.) (,) Nama buku (italik) Nama bandar (:) Penerbit (noktah
Panduan pembinaan soal selidik
Penyelidik harus peka kepada: -Apa yang hendak diselidik, iaitu berasaskan kepada: Objektif kajian dan Hipotesis kajian -Untuk mempastikan semua maklumat yang diperlukan dipungut semasa pengumpulan data. penyelidik perlu menyiapkan terlebih dahulu table of contents penulisan laporannya sebagai panduan kepada pembinaan SS
Persempelan rawak bersistematik
Penyelidik perlu ada senarai lengkap ahli (responden). 1.Pemilihan terhadap ahli akan dibuat secara sistematik seperti memilih individu yang terdapat dalam senarai berdaftar ahli berangka ganjil atau melalui keduduka individu yang ditentukan. Contoh: Jika populasi kajian 2,000 orang pelajar, maka sampelnya ialah 100 orang. Ini dapat ditunjukkan dengan formula seperti yang berikut: (2,000 ÷ 100 x 20). 2. Sampel akan dipilih bagi setiap ke-20 hingga 100 pelajar telah dipilih.
Apa yang direkodkan dalam kaeadah pemerhatian?
Pergerakan Tabiat kerja Pernyataan yang diungkapkan Cara mesyuarat /perbincangan dijalankan / interaksi pergaulan Mimik muka Isyarat badan Corak kumpulan Kelebihan dan kelemahan
Panduan permasalahan kajian
Pilih topik Memikirkan berbagai persoalan yang berkaitan Fokus dan objektif - persoalan yang spesifik Perkaitan masalah dengan pengetahuan sedia ada Nyatakan konsep dan pembolehubah yang akan digunakan Merangkumi: Apa? Mengapa? Bagaimana?
Kaedah pemerhatian
Satu cara mengumpul data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung dgn responden Jenis-Jenis Pemerhatian turut serta Pemerhatian tidak turut serta
Kaedah soal selidik
Satu kaedah yang menggunakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan untuk mengumpulkan maklumat bagi tujuan analisis untuk menjawab persoalan kajian Responden adalah individu yang menjawab soalan dalam soal selidik
Kaedah temubual
Satu situasi di mana penemubual bertanya soalan kepada responden secara bersemuka -Jenis-jenis temubual -Temubual bersemuka -Temubual telefon -Temubual bantuan komputer
Konsep
Suatu idea yang dilafazkan sebagai satu simbol atau perkataan eg. cantik, lapar, dahaga, dll
Split half test mode
Tahap-tahapnya adalah seperti berikut: (1) Anda perlu membuat skala berkaitan (2) Asingkan item dalam skala kepada 2 bahagian (rawak) (3) Tentukan 30 orang sampel (4) Lakukan ujian rintis ke atas 30 sampel (perlu ada 2 ujian rintis ke atas 2 sampel berlainan menggunakan 2 sub skala) (5) Korelasikan semua item dalam sampel 1 dgn sampel 2. Jika nilai korelasi (r) sama atau melebihi 0.7, item atau skala itu boleh digunapakai. Jika tidak, ia perlu digugurkan.
internal consistency method
Tahap-tahapnya adalah seperti berikut: (1) Anda perlu membuat skala berkaitan (2) Tentukan 30 orang sampel (3) Lakukan ujian rintis ke atas 30 sampel (4) Korelasikan semua item dalam skala. Jika nilai korelasi (r) sama atau melebihi 0.7, item atau skala itu boleh digunapakai. Jika tidak, ia perlu digugurkan
test-retest method
Tahap-tahapnya adalah seperti berikut: (1) Anda perlu membuat skala berkaitan (2) Tentukan 30 orang sampel (3) Lakukan ujian rintis ke atas 30 sampel (yang sama 2 kali mengguna skala yang sama dalam masa berlainan) (4) Korelasikan semua item dalam test 1 dengan test 2. Jika nilai korelasi (r) sama atau melebihi 0.7, item itu boleh digunapakai. Jika tidak, ia perlu digugurkan.
Sutrino Hadi (1973)
Unsur yang mempunyai nilai yang bervariasi. Contoh: Jantina mempunyai nilai 1) lelaki, 2) perempuan
Persempelan bebola salji
dimulakan dengan memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan. 1.Sampel awal tersebut akan memperkenalkan pula sampel lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. 2.Proses ini akan diteruskan kepada sampel yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. 3.Contoh: Pengguna produk XYZ akan memperkenalkan pula pengguna produk yang sama yang dia kenal. Sampel kajian akan dipilih sehingga memenuhi saiz sampel yang dikehendaki oleh kajian tersebut.
kajian kes kolektif
kajian mendalam ke atas beberapa individu atau situasi. Memberi maklumat yang boleh digeneralisasikan kepada kes-kes lain. Terhad kepada beberapa kes sahaja, oleh itu dikhuatiri berlaku bias
kajian kes intrinsik
melibatkan penjelasan mendalam tentang individu, organisasi atau situasi. Bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap beberapa isu atau mengubah penjelasan terhadap beberapa isu atau teori yang sedia ada
Barbie (2008)
pembolehubah ialah a logical grouping of attributes. The variable sex is made of up of the attributes male and female
Persempelan
proses untuk mendapatkan sampel kajian