TBE Set 1
Berapakah had umur minimum sebagai pemilik sijil takaful
18 tahun
En Osman memiliki sijil takaful keluarga bertempoh yang telah berkuatkuasa selama 7 tahun. Tarikh jatuh bayaran sumbangan tahunan ialah pada 7 Februari 1987, tetapi En Osman hanya membayarnya pada 6 April 1987. Amaun sumbangan yang perlu dibayar ialah____________
Amaun sumbangan yang sepatutnya dibayar pada 7 Februari 1987
Bilakah proses tuntutan Takaful berakhir?
Apabila tuntutan telah diselesaikan
Semangat Takaful menekankan
Berkongsi tanggungjawab dan bantuan bersama di kalangan peserta
Tujuan Takaful hendaklah membayar ganti rugi peserta sekiranya berlaku kerugian akibat daripada peril yang dilindungi dan ia adalah kewajipan pengantara bagi memastikan bahawa janji ini ditepati. Tindakan segera oleh perantara sekiranya berlaku kerugian adalah seperti berikut, KECUALI:
Berunding dengan Pengendali Takaful untuk penyelesaian adil dan manusabah
Tempoh masa bersesuaian untuk memberi notis kerugian di dalam tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya
Dalam 30 hari
Bilakah Penyata perlu dihantar kepada peserta?
Dalam tempoh dua bulan dari tarikh setiap tahun kewangan pengendali Takaful
Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai Dana Pendapatan di bawah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan?
Dana Pendapatan adalah dana yang dirangka bagi untuk menyediakan pendapatan minimum
Sumbangan Takaful yang dibayar oleh peserta akan di kumpulkan di dalam:
Dana Takaful
Yang manakah di antara jenis dana berikut berkaitan dengan Amanah Pelaburan?
Dana Terbuka
Di bawah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan yang manakah di antara dana berikut memberikan pulangan yang paling rendah?
Dana Tunai
Yang manakah diantara kenyataan berikut mengenai "Faedah Takaful Dibenarkan" adalah SALAH?
Faedah Takaful Dibenarkan tidak wujud apabila individu mempunyai kepentingan ke atas harta sendiri mengalami kerugian hartanya rosak dan musnah
Sijil takaful keluarga biasanya menyediakan perlindungan dari risiko berikut, KECUALI:
Hilang upaya disebabkan provokasi sehingga mengakibatkan suatu serangan
Dibawah doktrin penuh percaya mutlak, pihak manakah yang perlu mendedahkan semua fakta - fakta penting I Pengendali Takaful II Peserta III Pengantara IV Waris
I dan II
Manakah antara berikut yang dilindungi di bawah Kod Etika dan Perilaku I Agen Takaful II Pekerja Operator Takaful III Broker Takaful IV Adjuster Takaful
I dan II
Susunkan jenis - jenis pelaburan berikut mengikut tahap risiko, iaitu dari tahap yang paling rendah kepada tahap risiko yang paling tinggi I Tunai dan deposit II Ekuiti III Sukuk IV Unit amanah
I, III, IV dan II
Yang manakah di antara contoh berikut adalah peril? I Kebakaran hutan II Gempa bumi III Perlanggaran kenderaan IV Lebih muatan
I,II dan III
Manakah antara yang berikut adalah matlamat Maqasid al - Shariah? I Pemeliharaan agama II Pemeliharaan nyawa III Pemeliharaan harta IV Pemeliharaan intelek
I,II, III dan IV
Operator Takaful perlu menguruskan tiga dana yang berbeza iaitu I Dana Perbelanjaan Pengurusan II Dana Takaful Keluarga III Dana Takaful Am IV Dana Pemegang Saham
II, III dan IV
Penambahan sumbangan merujuk kepada: I Pengendali Takaful menambah sumbangan asas Takaful untuk melindungi perbelanjaan operasi dan mengendali perniagaan II Sumbangan Takaful tambahan biasanya dikaitkan dengan sejarah perubatan yang kurang baik, tabiat atau hobi berbahaya III Pengalaman tuntutan tidak akan menjadi faktor untuk pengendali Takaful mengenakan sumbangan Takaful tambahan IV Sekiranya peserta menghidapi penyakit sedia ada tertentu, sumbangan Takaful tambahan akan dikenakan sekiranya risiko tersebut dianggap tinggi
II, III dan IV
Penyataan berikut berkenaan konsep Takaful adalah benar, KECUALI:
Ia adalah pelan perkongsian keuntungan pelaburan dengan peserta
Manakah antara istilah berikut, TIDAK berkaitan kepada Takaful?
Ijarah
Kesepakatan pendapat ulama selepas kewafatan Rasululah SAW dalam menyelesaikan masalah berkaitan kedudukan perundangan
Ijmak
Berikut adalah jenis pelan - pelan Takaful Keluarga, KECUALI
Indemniti Berganda
Yang manakah diantara situasi - situasi berikut BUKAN contoh risiko peribadi
Inflasi
Mana antara berikut adalah kelebihan saham pilihan
Keutamaan dalam pengagihan pendapatan
Yang manakah di antara dokumen berikut perlu disertakan ketika mengemukakan tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh?
Laporan pengesahan perubatan oleh doktor pakar yang merawat
Mengapa jantina adalah penting dalam pengunderaitan?
Lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemortalan dan kadar mobiditi berbeza
Sesuatu pelan Takaful Keluarga itu dikatakan mencapai tahap __________________apabila ia melengkapkan tempoh penyertaan
Matang
Pelan Takaful Gadaijanji akan menyediakan kemudahan:
Melindungi baki pinjaman perumahan
Berikut adalah kelebihan melabur dalam sukuk, KECUALI:
Memberi pulangan yang tinggi
Apakah langkah seterusnya selepas ejen menganalisa maklumat pelanggan dan mula merangka pelan/perancangan yang membolehkan pelanggan mencapai matlamatnya
Membincangkan cadangan - cadangan yang bersesuaian dengan pelanggan
Apabila pengantara menghubungi dan berjumpa dengan bakal pelanggan, ejen hendaklah:
Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebagai pengantara berdaftar
Pengantara takaful adalah seseorang yang:
Mempromosi produk Takaful kepada prospek
Apakah proses semasa penglibatan awal dengan prospek?
Mewujudkan dan menjelaskan hubungan pelanggan - ejen
Semua kenyataan yang dinyatakan dibawah adalah benar, KECUALI
Nilai modal atas wang tunai tidak akan meningkat dan tidak akan menjana pendapatan tambahan dengan sendirinya
Manakah antara pernyataan berikut mengenai notis pembaharuan adalah TIDAK BENAR?
Notis pembaharuan boleh digunakan sebagai bukti perlindungan sementara dan membuktikan wujudnya keboleh - insuranan
Siapakah yang bertanggungjawab untuk kos dokumen seperti laporan perubatan sokongan semasa penyerahan awal tuntutan?
Orang yang menuntut
Bilakah peserta dibenarkan membuat tambahan nilai pelaburannya di bawah pelan berkaitan pelaburan?
Pada bila - bila masa dalam tempoh kontrak
Dana Pertumbuhan adalah sesuai untuk pelabur - pelabur berikut, KECUALI:
Para pesara yang ingin mengekalkan seberapa banyak asset yang dia ada
Fasal Penyaksian menghendaki ______________ menurunkan tandatangan dengan niat yang baik
Pegawai Pengendali Takaful yang diberi kuasa
Yang manakah di antara penyataan berikut TIDAK BENAR mengenai sijil Takaful Keluarga?
Pelan pendidikan kanak - kanak menawarkan perlindungan asas sahaja
Manakah antara berikut BUKAN teknik mencegah dan mengurangkan kerugian dalam kejadian kebakaran?
Pemasangan pemercik air di taman
Aset yang dimiliki oleh Pengendali Takaful Keluarga meliputi aset berikut KECUALI:
Pembiayaan dari Perbankan Islam
Yang manakah di antara berikut merupakan ciri - ciri asas objektif pelaburan di bawah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan
Pendapatan
Untuk tuntutan kematian, penama atau waris perlu mengemukakan dokumen - dokumen berikut, KECUALI
Pengesahan dari ejen takaful mengenai hubungan antara si mati dengan penama
Proses penilaian dan penarafan risiko untuk pengeluaran sijil dipanggil sebagai
Pengunderaitan
Dana pertumbuhan di bawah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan ialah portfolio yang direka bentuk bagi menyediakan:
Peningkatan modal
Perbelanjaan yang ditanggung oleh pengendali takaful keluarga untuk setiap sijil yang dikeluarkan boleh dibahagikan kepada kategori - kategori berikut, KECUALI:
Perbelanjaan kawal selia
Siapakah pihak yang mempunyai kepentingan dan berhak untuk menerima manfaat Sijil Takaful
Peserta
Nilai asset dana berkaitan pelaburan adalah tertakluk kepada:
Prestasi dana pelaburan
Bakal pelanggan takaful yang berurusan dengan ejen takaful dikenali sebagai____________
Prospek
Berikut adalah kebaikan melabur dalam saham amanah, KECUALI:
Pulangan yang terjamin
Merujuk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia apakah manfaat kematian minimum sumbangan tunggal Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan:
RM5,000 atau 125% dari sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi
Berapakah manfaat kematian minimum pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan tetap?
RM5,000 atau gandaan amaun sumbangan tahunan, yang mana lebih tinggi
Encik Ali membeli sebuah rumah baru dua tingkat bernilai RM500,000 melalui pinjaman perumahan XYZ Bank dan menginsurankannya dengan nilai RM500,000 dengan Syarikat Takaful Apex untuk tempoh selamat satu tahun. XYZ Bank sebagai pemegang gadai janji juga telah menginsuranskannya dengan syarikat Takaful lain dengan nilai RM300,000. Selepas 6 bulan dan akibat kerosakan pendawaian, rumah Encik Ali terbakar dengan kos kerugian sebanyak RM80,000. Berapakah jumlah gantirugi yang perlu dibayar oleh Syarikat Takaful Apex?
RM50,000
Peraturan - peraturan cukai membenarkan pemastautin cukai individu potongan Malaysia atas pendapatan bercukai bagi Takaful Keluarga dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga maksimum:
RM6,000
En Ahmad bekerja di salah sebuah bank Islamik di Malaysia. Sumbangan beliau kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada tahun 2013 adalah RM10,000. Beliau juga telah menyertai Takaful Keluarga dengan sumbangan bulanan sebanyak RM500. Beliau juga telah mengambil bahagian dalam Takaful Pendidikan dengan sumbangan bulanan sebanyak RM300 sebagai persediaan untuk pendidikan anaknya. Kirakan amaun pelepasan cukai bagi Tahun 2013.
RM9,000
Bilangan unit di bawah kaedah penetapan harga tunggal untuk sijil takaful berkaitan pelaburan sumbangan tunggal adalah 3,800 dengan jumlah perlindungan sebanyak RM5,000. Harga tawaran ketika pemilik sijil membayar sumbangan ialah RM1.00. Harga unit semasa berlaku kematian terhadap pemilik sijil ialah RM1.22. Di bawah manfaat nilai unit dicampur dengan jumlah perlindungan manfaat kematian, ini akan menjadikan manfaat kematian sebanyak:
RM9,636
Riba yang muncul daripada jual beli barangan ribawi disebut sebagai
Riba buyu
Pengendali takaful menggunakan asas - asas berikut dalam menentukan umur pencadang
Salah satu dari yang di atas
Apakah yang dimaksudkan dengan Takaful dalam Bahasa Arab?
Saling menjamin
Berapa bilangan prinsipal yang boleh diwakili oleh seorang ejen Takaful?
Satu pengendali Takaful Keluarga dan tidak melebihi dua Takaful Am
Bagaimana risiko kadar keuntungan boleh timbul?
Semakan semula ke atas status aset mematuhi Syariah yang sedang dimiliki
Kenyataan berikut yang manakah menerangkan pengendali takaful berhak menolak tuntutan? I Kerugian yang dilaporkan tidak wujud II Kerugian atau kerosakan disebabkan peril yang tidak dilindungi didalam sijil takaful III Kerugian atau kerosakan adalah disebabkan peril yang dikecualikan IV Sijil takaful dalam keadaan batal disebabkan perlanggaran syarat
Semua
Yang manakah di antara berikut merupakan faktor - factor yang dipertimbangkan untuk membuat pelaburan? I Aspek - aspek percukaian II Prestasi pelaburan III Kepelbagaian IV Dana sedia ada
Semua di atas
Pengendali Takaful perlu melantik seorang ahli Jawatankuasa Syariah yang mesti memenuhi kriteria berikut:
Seseorang yang telah dilatih dalam Usul al-Fiqh atau Fiqh al- Mua'malat
Endorsemen boleh dibuat atas mana - mana sijil takaful atas sebab - sebab berikut, KECUALI:
Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan
Produk Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya dipasarkan sebagai
Sijil Individu atau Berkumpulan
Bahaya moral boleh disebut sebagai
Sikap individu yang menambah kebarangkalian kerugian
Yang manakah diantara berikut BUKAN objektif lazim pelaburan individu
Spekulasi
Apabila pengendali Takaful mengeluarkan surat bebanan, ia bermaksud:
Surat tawaran balas kepada pemohon
Yang manakah di antara skim takaful berikut menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta?
Takaful Keluarga
Manakah antara pelan berikut menyediakan perlindungan terhadap penyakit terminal yang ditetapkan
Takaful Penyakit Kritikal
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh bertenang dalam Pelan Takaful Keluarga?
Tempoh untuk peserta membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perlindungan Takaful yang disertainya
Apakah jenis tuntutan tidak boleh dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan
Tuntutan Pihak Ketiga melebihi RM5,000
Dana di bawah pelan Takaful berkaitan pelaburan boleh dibahagikan kepada:
Unit pengumpulan dan unit pengagihan
Apakah tujuan diadakan perbincangan mengenai cadangan yang berkemungkinan dengan pelanggan
Untuk memastikan pelanggan memahami sepenuhnya dan membuat keputusan yang wajar
Manakah antara berikut BUKAN tujuan tempoh menunggu?
Untuk memastikan peserta tidak jatuh sakit semasa tempoh awal perlindungan sijil
Elaun tunai hospital adalah ____________
Untuk menyediakan manfaat tunai harian sekiranya di masukkan ke hospital
Di bawah kontrak ____________peserta melantik Pengendali Takaful sebagai ejen untuk menguruskan dana Takaful
Wakalah
Dalam kemasukan Hospital Tanpa Tunai, peserta Takaful Perubatan dan Kesihatan akan menikmati faedah berikut apabila dia dimasukkan ke hospital: I Kemasukan ke hospital panel melalui pengeluaran surat jaminan dan deposit hospital boleh dihapuskan II Setelah keluar dari hospital, peserta tidak perlu menyelesaikan bil dengan hospital III Semua manfaat yang layak akan dikendalikan oleh pengendali Takaful IV Elaun hospital akan dibayar oleh pihak hospital bagi pihak pengendali Takaful
I, II dan III
Di bawah pelan perlindungan Takaful Keluarga, bayaran sumbangan boleh dibuat dalam bentuk? I Bayaran tunai atau cek II Debit langsung III Potongan gaji IV Surat jaminan
I, II dan III
Kontrak Takaful Keluarga direka bagi menyediakan perlindungan dari bentuk risiko berikut: I Pembiayaan pinjaman bank II Kematian pra matang III Sakit atau hilang upaya IV Aliran pendapatan yang berterusan sebelum bersara
I, II dan III
Manakah antara berikut adalah tanggungjawab agen berkenaan sijil Takaful? I Terangkan semua peruntukan penting dalam kontrak II Menarik perhatian kepada apa - apa sekatan termasuk pengecualian di bawah sijil III Menarik perhatian kepada sifat jangka panjang sijil dan kepada akibat daripada penamatan awal dan/atau serahan IV Menasihat peserta untuk menggantikan sijil yang sedia ada dengan yang baru
I, II dan III
Manakah antara faktor - faktor berikut perlu dipertimbangkan apabila memilih sesebuah pelan Takaful Keluarga I Tahap perlindungan dan keperluan peribadi II Skop perlindungan dan manfaat III Keupayaan kewangan IV Pengendali Takaful Semula berlesenh
I, II dan III
Manakah antara kenyataan berikut mengenai sumbangan tetap Pelan Berkait Pelaburan adalah BENAR: I Tertakluk kepada peraturan pentadbiran, pengendali takaful biasanya membenarkan pelabur membuat tambah nilai II Perlindungan adalah objektif utama pelan ini, sementara pelaburan adalah tujuan nominal III Pengeluaran dan serahan biasanya dibenarkan selepas pelabur membuat bayaran sumbangan selama beberapa tahun IV Sumbangan tunggal yang dibuat akan digunakan untuk membeli unit pelaburan, dibawah dana berkaitan pelaburan, dan menyediakan perlindungan takaful keluarga biasa pada tahap tertentu.
I, II dan III
Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai penamaan sijil takaful? I Orang yang dinamakan akan bertindak sebagai pemegang amanah untuk menerima prosid/manfaat sijil II Prosid/manfaat sijil akan membentuk sebahagian daripada harta pusaka si mati III Orang yang dinamakan adalah pemilik yang sah kepada prosid/manfaat sijil IV Penama akan mengagihkan prosid/manfaat sijil kepada waris yang berhak V Prosid/manfaat sijil tidak dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati
I, II dan III
Jika peserta masih hidup sehingga tarikh matang pelan Takaful beliau, manfaat Takaful akan dibayar kepadanya mengikut cara yang berikut: I Jumlah terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta II Bahagian keuntungan daripada pelaburan dalam Dana Pelaburan Perserta, jika ada III Jumlah sumbangan yang dibayar oleh peserta IV Peruntukan lebihan bersih dari dana Risiko Peserta, jika ada
I, II dan IV
Apakah risiko yang berkaitan dengan pelaburan di bawah pelan takaful berkaitan pelaburan? I Kehilangan sebahagian atau kesemua modal pelaburan awal II Risiko kadar pulangan pelaburan tidak menepati jangkaan pelabur III Risiko kadar pulangan pelaburan yang sentiasa turun naik mengikut kadar faedah IV Risiko pasaran yang memberi kesan kepada keseluruhan pasaran; umpamanya perubahan peraturan, keadaan pasaran dll
I, II, III dan IV
Berikut adalah standard minimum yang ditetapkan didalam Garis Panduan mengenai Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan: I Memenuhi keperluan individu untuk mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan swasta dengan cara yang manusabah dari skop komersial kepada kebanyakan penduduk II Menetapkan tahap perlindungan yang bersesuaian untuk peserta III Memastikan perniagaan yang mampan melalui dasar penentuan harga dan pengunderaitan yang kukuh IV Menggalakkan persaingan sihat dalam industrI untuk membolehkan penduduk umum mendapat pelbagai pilihan yang berpatutan dengan Perlindungan Kesihatan dan Perubatan V Memastikan kecekapan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA)
I, II, III dan IV
Manakah antara berikut adalah kekurangan kepada pelanggan yang timbul daripada Penggantian Sijil I Sijil peserta hendaklah memulakan semula tempoh kelayakan sebelum kontrak baru akan menjadi bukan - pelucuthakan II Sumbangan untuk sijil baru akan lebih tinggi daripada sijil yang sedia ada III Peserta menampung beban kos permulaan sijil Takaful Keluarga sebanyak dua kali IV Klausa bunuh diri dan fasal yang tidak dapat dipertikai (jika ada) bermula sekali lagi dengan sjil yang baru
I, II, III dan IV
Manakah antara penyataan berikut berkenaan dana berkaitan pelaburan ke atas pertukaran adalah BETUL? I Aktiviti pelaburan di mana unit dari satu dana dijual dan hasil daripada jualan itu dilaburkan semula dalam dana lain II Membenarkan pelabur mengambil peluang daripada keadaan pasaran III Satu cara yang mudah dan cepat untuk mengalihkan satu dana ke dana yang lain IV Cara yang mudah bagi pelabur untuk melindungi pelaburan mereka daripada turun naik pasaran
I, II, III dan IV
Penyerahan sijil menyediakan ejen dengan peluang - peluang berikut I Menyediakan asas untuk berhubung semula dengan pelanggan II Memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan III Memberi penekanan terhadap komitmen yang berterusan ejen - ejen takaful IV Mendapatkan senarai nama rujukan pelanggan
I, II, III dan IV
Setelah analisis maklumat lengkap, pengunderait (underwriter) pada asasnya mempunyai pilihan - pilihan berikut: I Menerima permohonan II Meluluskan permohonan dengan beberapa syarat dikenakan III Menolak permohonan IV Menawarkan produk lain kepada pelanggan
I, II, III dan IV
Suatu tuntutan boleh timbul di bawah mana - mana salah satu dari situasi berikut: I Kematian orang yang dilindungi II Pada tarikh matang sijil takaful III Penyakit orang yang dilindungi IV Hilang upaya orang dilindungi
I, II, III dan IV
Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai Takaful Penyakit Kritikal?
I, II, III dan IV
Di Malaysia, peraturan perniagaan takaful dicapai melalui pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Takaful 1984. Penguatkuasaan Akta adalah dibawah kuasa Gabenor Bank Negara yang juga Ketua Pengarah Takaful. Tujuan utama Akta tersebut diperkenalkan termasuklah: I Melindungi kepentingan awam II Melindungi kepentingan kerajaan III Mengutamakan keadilan dan kesaksamaan IV Memainkan peranan kearah pembangunan
I, III dan IV