BAB 8-DOKUMENTASI

Lakukan tugas rumah & ujian kamu dengan baik sekarang menggunakan Quizwiz!

MAKLUMAT PENTING BAHAN RUJUKAN

•Nama penulis, editor, penterjemah, penyusun, atau penyunting. •Judul bahan. •Tahun diterbitkan. •Penerbit dan tempat terbit. •Halaman permulaan dan akhir artikel dalam jurnal atau dalam buku yang diedit. •Halaman tempat kutipan diambil. •Tempat bahan diperoleh. •Alamat laman web tempat memperoleh bahan. •Tarikh capaian bahan sekiranya diperoleh secara online. •Mencatat nombor rujukan bahan di perpustakaan. •Maklumat lain yang akan membantu semasa merujuk atau mencari semula bahan sekiranya perlu.

et al.

•Penggantian nama bagi lebih dari seorang pengarang untuk kali pertama atau kali kedua dalam sesebuah teks (tidak boleh digunakan dalam senarai rujukan). •3 - 5 orang pengarang Kali pertama: Catat kesemua nama pengarang Kali kedua : Memadai menulis nama pengarang pertama, diikuti dengan et al. •6 - lebih orang pengarang Terus tulis nama pengarang pertama, diikuti dengan et al.

LATIHAN ILMIAH

Adam Mohd. Harith. (2005). Membaca fikiran dan minda dari konsep wacana. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitkan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

MAKLUMAT TAMBAHAN PENTERJEMAH

Ary, D. R., & Creemers, B. (2005). Persidangan Meja Bulat: Bahasa Inggeris mendepani cabaran (Hazamaratul Damrah Syariat, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 2004)

LEBIH SEORANG PENGARANG

Azam Said, & Saharudin Salleh. (2004). Sukan dan rekreasi: Panduan untuk pelajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

MAKLUMAT TAMBAHAN EDITOR ATAU PENYUNTING

Azhar Abu Bakar. (2003). Taksiran dan percukaian: Amalan di Malaysia (Narimah Atan, Peny.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tempat Merekod

Dalam teks penulisan •Penulis hendaklah merekod dokumen yang digunakan sama ada menggunakan rujukan primer atau skunder dalam teks penulisan. •Rekod dokumen tersebut boleh menggunakan kaedah kutipan (sama ada kutipan 1, 2 atau 3) dan kaedah rujukan teks. •Penulis hendaklah mempelbagaikan gaya merekod dokumen (tidak hanya tertumpu pada sesetengah gaya sahaja). Dalam senarai rujukan •Setiap dokumen yang direkod dalam teks penulisan, mestilah direkod dalam senarai rujukan, begitulah sebaliknya. •Dokumen yang ada dalam teks penulisan tetapi tidak ada dalam senarai rujukan dianggap 'plagiat'. •Dokumen yang ada dalam senarai rujukan tetapi tidak ada dalam teks penulisan dianggap sebagai 'rujukan palsu'.

BUKU

Elthon, T. (2002). Philosophy of language (2nd ed.). Massachessetts: Addision Wesley.

MAKLUMAT TAMBAHAN EDISI DAN BILANGAN

Fairclough, N. (2002). New labour, new language, 3rd ed. (8). New York: MacMillan Company.

ARTIKEL DARI BUKU YANG DIEDIT

Frege, J. M, & Grice, G. Z. (2004). Situations and attitudes. In J. Barwise, & R. Carnap (Eds.), Studies in the way of words, 4th ed. (pp. 201-229). Chicago: Chicago University Press.

Terbitan berkala - buletin

Hassan Ismail. (2006, April). Khasiat buah-buahan tempatan. Buletin FAMA, 7, hlm. 5.

ARTIKEL DARI INTERNET

Hinkle, L. (1993). Teaching English or science and technology. Retrieved May 23, 2006, from http://www.elc.ttc/restro.com

Laporan penyelidikan

Hishamudin Isam. (2005). Peribahasa sebagai medium menyerlah potensi diri kanak-kanak luar bandar. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia.

JURNAL

Idris Aman. (2003). Analisis wacana kritis perutusan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Jurnal Bahasa, 3 (1), 48-79

Terbitan berkala - majalah

Indah Hj. Taip. (2006, Mei). Tiada pekerjaan atau terlalu memilih: Dilema siswa masa kini. Siswa, 25, h. 4.

MEDIA KASET

Kahn, R., & Perlin, S. (speaker). (2002). Stresslife events: Relationships on health. (Cassette Recording No. 2212). New York: Wiley Co.

Ensiklopedia

Kalter, N. (2004). Sosial readjustment. In The Psychosomatic Encyclopedia, 5 (pp. 631-633). New York: Meredith.

Terbitan berkala - surat khabar

Lue Kang Heng. (2006, 29 Mei). Pergeseran MCA: Tanggungjawab siapa? Sin Chew Jit Poh, h. 4.

PENGARANG

Milgrams, S. (2005). The experience living in cities. New York: Basic Books. Fadilah Abd. Rahman. (2005). Penyelidikan kualitatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. TAJUK ITALIC

KAMUS

Noresah Baharom. (Ed.). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. s":[],"�

PROSES MEREKOD DOKUMEN

Perkara penting yang perlu diingat! •2 jenis rekod - rujukan primer - rujukan skunder •2 tempat merekod - dalam teks penulisan - dalam senarai rujukan

BAHAN MEDIA

Tiara Eu Abdullah. (Penerbit). (2005). Puteri Gunung Ledang. [filem] Kuala Lumpur: Eternity Sdn. Bhd.

Panduan Ringkas Penyediaan Senarai Rujukan

§Mulakan dengan halaman baru. §Taipkan perkataan "Rujukan" di bahagian tengah dan atas halaman tersebut. §Langkau satu @ dua baris antara kemasukan §Jangan nomborkan senarai rujukan §Baris kedua setiap kemasukan, inden (anjak) 5 atau 7 ruang §Tajuk buku, nama jurnal, diitalikkan •Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan •Susun nama pengarang mengikut abjad •Dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama •Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal - ikut kronologi •Susun berdasarkan abjad tajuk jika pengarang dan tahun sama

Ciri-ciri Kutipan 3

•Ayat penyata •Nama pengarang (tahun) •Penyataan - seperti berikut: •Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah melebihi 40 patah perkataan, sama ada ayat lengkap atau menggunakan kaedah elipsis. Ayat tersebut hendaklah ditulis dalam bentuk blok. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalikkan) •Tanda titik diletak selepas ayat kutipan (sebelum merekod halaman) •(halaman)

Ciri-ciri Kutipan 1

•Ayat penyata •Nama pengarang (tahun) •Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) •Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah lengkap dari titik ke titik, dan ayat yang dikutip tidak melebih 40 patah perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) •(halaman) •Tanda titik selepas merekod halaman

Ciri-ciri Kutipan 2

•Ayat penyata •Nama pengarang (tahun) •Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) •Ayat yang dikutip (penggunaan elipsis sama ada ... atau .... , dan ayat yang dikutip tidak melebih 40 patah perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) •(halaman) •Tanda titik selepas merekod halaman

DEFINISI ISTILAH-Rujukan

•Bahan-bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis di dalam teks penulisan. •Contohnya, sekiranya anda menggunakan sebuah buku yang dijadikan rujukan dalam penulisan anda, maka buku tersebut dianggap sebagai bahan rujukan dan perlu didokumentasikan dalam penulisan anda.

KONSEP DOKUMENTASI

•Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan penting dan perlu dimuatkan dalam sesebuah buku ilmiah / buku pengajian tinggi. Mengandungi beberapa perkara penting seperti rujukan, nota, kutipan, bibliografi. •Fulwiller & Hayakawa Menghargai hasil kerja pengarang lain dan mengenal pasti sumber yang dirujuk. •Ellis & Hopkins Mengenal pasti sumber dan membuat rujukan atas setiap sumber yang dipilih di dalam sesebuah penulisan penyelidikan.

Rujukan teks

•Mengambil idea penulis lain dan dimasukkan ke dalam tulisan. •Mengambil idea bermaksud, penulis telah melakukan beberapa pengubahsuaian seperti pemilihan perkataan dan struktur ayat. •Penulis tidak sama sekali mengubah maksud asal dan fakta yang telah sedia ada. •Penulisan rujukan teks tidak memasukkan tanda kutipan dan halaman dalam teks.

KEPENTINGAN DOKUMENTASI

•Mengenal pasti sumber yang digunakan oleh penulis. •Mendapatkan bahan yang dirujuk oleh penulis untuk membuat rujukan lebih lanjut. •Menjamin kredibiliti pengarang. •Mengelak daripada dituduh plagiat. Kepada Pembaca •Membantu para pembaca mengetahui sumber yang digunakan oleh penulis •Membantu pembaca membuat rujukan tambahan •Membantu pembaca mendapatkan bahan tersebut dengan mudah. Kepada Penulis •Menjamin kredibiliti pengarang •Menguatkan hujah •Pengarang tidak dituduh memplagiat hasil kerja orang lain •Memastikan keaslian hasil penulisan ilmiah

AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (2001)

•Menggunakan sistem dokumentasi nama (pengarang) dan tahun - penekanan dibuat terhadap tahun terbitan kerana sistem ini mengutamakan bahan terbitan semasa. •Menyenaraikan nama semua pengarang dalam senarai rujukan sebagai tanda penghargaan •Menggunakan sistem dokumentasi nama (pengarang) dan tahun - penekanan dibuat terhadap tahun terbitan kerana sistem ini mengutamakan bahan terbitan semasa. •Menyenaraikan nama semua pengarang dalam senarai rujukan sebagai tanda penghargaan

Kutipan

•Mengutip / mengambil / memetik pendapat-pendapat yang berwibawa untuk menyokong sesuatu pendapat yang dikemukakan. •Kutipan yang dipilih bertujuan untuk memberi huraian atau penerangan lanjut. •Terdapat tiga cara kutipan iaitu kutipan 1, kutipan 2 dan kutipan 3. •Setiap kutipan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Kaedah Menulis Senarai Rujukan

•Nama penulis •Tahun terbit (dalam tanda kurungan) •Judul bahan •Maklumat tambahan (sekiranya ada) •Tempat terbit •Nama penerbit

PENULIS DAN MANUSKRIP AKHIR

•Pengarang artikel jurnal akan menghasilkan manuskrip kopi yang akan diterbitkan sebagai artikel typeset. •Pengarang tesis, disertasi atau tugasan akan menghasilkan manuskrip akhir. •Perbezaan antara dua cara menghasilkan manuskrip ini menerangkan bahawa tugasan pelajar tidak semestinya sama dengan keperluan manuskrip yang perlu dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal. •Contoh ( pengarang artikel) •Tahap 1: sebelum diterbitkan -Hubert, K.W. (2000, July). How to deliver a quality "thank you". The Toastmaster, 27. •Tahap 2 : selepas diterbitkan. -Hubert, K.W. (2000, July). How to deliver a quality "thank you". The Toastmaster, 27. : 16155"

Elipsis

•Pengguguran perkataan dalam sesuatu ayat yang ditandai dengan tiga titik (...) atau empat titik (....). •3 titik - terdapat pengguguran perkataan dalam 1 ayat yang dikutip. •4 titik - terdapat pengguguran perkataan antara 2 ayat yang dikutip. •Elipsis hanya boleh digunakan dalam kutipan 2 dan kutipan 3 (sekiranya ingin memendekkan ayat).

TANGGUNGJAWAB PENULIS

•Penulis mesti bertanggungjawab atas hasil tulisannya. •Penulis mesti memilih satu sistem dokumentasi yang sesuai dan perlu akur dengan gaya dokumentasi yang diamalkan. •Penulis mesti menyeragamkan hasil tulisan mengikut gaya dokumentasi yang dipilih.

Rujukan Primer

•Rujukan primer ialah rujukan langsung. •Ini bermakna, penulis mengambil, mengutip, mencatat secara langsung dari bahan rujukan yang digunakan. •Bahan rujukan tersebut ditulis dengan idea pengarang asal itu sendiri. •Contohnya, buku A ditulis (dengan idea sendiri) oleh pengarang bernama Siti. Sekiranya penulis hendak mengambil idea Siti dari buku A, maknanya, penulis sedang menggunakan rujukan primer. •Rujukan primer boleh digunakan dalam kutipan (1, 2 dan 3) atau dalam rujukan teks.

Bibliografi

•Satu senarai yang disediakan oleh penulis untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan-bahan tambahan •Senarai bahan tersebut tidak digunakan oleh penulis untuk membuat rujukan tetapi sekadar senarai bahan bacaan tambahan semata-mata

PENGENALAN

•Sebagai seorang penulis, anda perlu akur dengan tuntutan pihak yang akan menerbitkan hasil tulisan anda. •Sesebuah organisasi yang terlibat dengan penerbitan akan mengeluarkan panduan kepada para penulis yang berminat supaya wujud keseragaman dari segi penyediaan bahan untuk diterbitkan.

Nota rujukan

•Senarai bahan yang dirujuk tetapi sukar didapati. •Perlu disenaraikan dalam helaian yang berbeza dari teks. •Contohnya bahan bacaan dari Arkib Negara - tidak boleh dibeli atau dirujuk di mana-mana perpustakaan.

Nota kaki kandungan/hujungan/endsnotes

•Senarai yang digunakan untuk menyampaikan idea tambahan dan sepatutnya hanya satu idea sahaja dan diletakkan di helaian yang berbeza daripada teks. •Berbeza dengan nota kaki (Gaya Dewan) yang memasukkan pelbagai maklumat di helaian yang sama dalam teks.

Rujukan Sekunder

•Ungkapan yang dipetik dan dicatatkan dlm penulisan, tetapi penulis tidak membaca buku yang ditulis sendiri oleh penulis yang dirujuk tadi. •Contoh: anda telah memetik ungkapan Ahmad Zahid dan mencatatkannya dalam penulisan anda. Walau bagaimanapun, anda tidak membaca sendiri buku tersebut. Sebaliknya anda telah memetik pendapat tersebut daripada tulisan Mohd. Adam Ali. •Memandangkan anda mengambil bahan bukan berdasarkan rujukan asal, istilah yang digunakan ialah rujukan sekunder.


Set pelajaran terkait

CCNA Routing and Switching Essentials Chapter 10: DHCP

View Set

Acitivity Mobility 12e Nclex Review

View Set

Final Exam Practice Question Bio Lab

View Set

chapter 34: Care of Patients with Dysrhythmias

View Set

Simpson Children from birth to age 2

View Set