MALAY PERIBAHASA

Ace your homework & exams now with Quizwiz!

Berapa tinggi terbang bangau , akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

-walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga -walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga

Seperti tikus jatuh ke beras

- orang yang mendapat kedudukan yang mewah - seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahj menceritakannya

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

-Bagaimana perintah,begitulah yang harus dituruti -bagaimana perbuatan/perkataan demikianlah balas dan jawapannya

Bagaimana acuan,begitulah kuihnya

-Seorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya -keadaan sesuatu itu menurut asalnya

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

-apabila kita menetap di sesebuah negara kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat itu -segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati

Malu berkayuh,perahu hanyut

-kalau tidak berusaha, tentulah susah - akan membuat kesilapan kalau segan

Biar putih tulang, jangan putih mata

-mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam -lebih baik mati daripada menanggung malu

Hilang adat tegal muafakat

Adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat

Sekali air bah, sekali pasir berubah

Apabila bertukar ketua atau pemerintah, cara hidup pun berubah

Kusut di hujung, bawa ke pangkal

Apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah

Cakap siang pandang-pandang , cakap malam dengar-dengar

Berhati-hati apabila bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat buruk

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai(sepakat)

Berani kerana benar, takut kerana salah

Bertindak kerana berada di pihak yang benar atau menegakkan kebenaran

Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

Cerdik dan rajin

Ada gula,adalah semut

di mana ade rezeki, di situlah ramai orang

Biduk lalu kiambang bertaut

Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak-saudara kerana akhirnya akan berbaik semula

Besar kapal besar gelombang

Makin tinggi pangkat, makin besar perniagaan, makin lebih tanggungjawab

Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya

Manusia jujur sentiasa menyimpan janji dan boleh dipercayai

Laut mana yang tidak berombak , bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya

Bagai menelan mestika embun

Mendengar nasihat yang baik

Pagi tidak dibuang , senja tidak dikejar

Menggunakan masa sepenuhnya

Burung terbang dipipiskan lada

Merancang sesuatu yang belum pasti akan dapat

Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun

Besar periuk besar keraknya

Orang yang berpendapatan besar, besar pula perbelanjaannya

Jauhari juga yang mengenal manikam

Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang

Jika asal benih yang baik, jatuh ke lautvmenjadi pulau

Orang yang mulis akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,baik juga di negeri sendiri

Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang , negeri sendiri juga yang lebih baik

Hati gajah sama dilapah , hati kuman sama dicecah

Pembahagian yang sama rata dan adil . Menikmati kesenangan dan kesusahan bersama

Umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

Pendiam tetapi cekap bekerja dan pandai

Cubit paha kanan , paha kiri pun terasa juga

Penganiayaan terhadap keluarga senditi akan dirasai ahli keluarga lain

Alah bisa tegal biasa

Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak terasa lagi kesukarannya

Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

Perkataan yang lembut juga dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah

Cari-cari bulu ayam , lama-lama bercantum juga

Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula

Ditatang bagai minyak yang penuh

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah kerana kehilangan pemimpin atau pengharapan

Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

Semalin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri dan tidak sombong

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

Sementara menunggu apa yang baik , lakukanlah kegiatan yang berfaedah

Baik membawa resmi ayam betina

Seorang itu sentiasalah harus merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci orang lain

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Seseorang itu hidup di dunia mestilah berbuat baik pada sendiri dan berjasa kepada orang lain

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

Seseorang itu yang bodoh sekalipun,jika diajar betul-betul akan menjadi pandai

Garam jatuh ke air

Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pelajaran yang diberikan kepadanya

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau hanya satu pihak yang memulakannya

Tak lekang dek panas , tak lapuk dek hujan

Sesuatu yang baik dan mulia alan kekal sepanjang masa

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Susah orang melihat penderitaan tetapi lebih sukar dan tidak sama bagi yang menanggungnya dan menderita

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Tiada berguna menasihati orang

Ada kerak, adalah nasi

Tiap perbuatan tentulah ada kesannya

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya

Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya

Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

Dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuan

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Diam seorang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia

Takut titik lalu tumpah

Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta

Ringan tulang berat perut

Jika rajin , mudahlah rezeki

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Jika tidak boleh capai persetujuan, selidiki kembali pokok persoalannya

Tiada rotan akar berguna

Kalau tiada yang baik sekali , yang kurang baik pun berguna

Bagai hujan jatuh ke pasir

Kebaikan yang sia-sia atau tidak berbalas

Air pun ada pasang surutnya

Kehidupan tidak tetap , kadangkala senang tetapi ada kalanya susah

Harapkan(mendengar) guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum ditentu, barang yang tersedia dilepaskan

Tangan mencencang bahu memikul

Kesalahan yang dilakukan harus ditanggung sendiri


Related study sets

Macroeconomics Exam 2: Chapter 6-10

View Set

Brachial (Anterior&Posterior) Muscles

View Set

section 2- acid-base theories ch.14

View Set

Marketing Chapter 1-7 Questions and Terms

View Set

Zerwekh Ch. 14- Delegation in the Clinical Setting

View Set

Anat Lab Final BB Extra credit quiz skin

View Set