Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban

Ace your homework & exams now with Quizwiz!

Tokoh-tokoh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC)

> Dato Onn Jaafar > Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz > Tun Tan Cheng Lock > C.C. Tan > E.E.C Thuraisingham.

Kes Kelantan: Tapak Integrasi, Ruang Pertemuan Komuniti dan Budaya

> Negeri Kelantan sebagai sebuah Tapak Integrasi. > Majoriti Melayu-Muslim (94% penduduk Kelantan) > Minoriti (Pecahan daripada 6% penduduk) : Cina Peranakan Kelantan, Siam Kelantan(15,000 pada 2010), Orang Asli, India Muslim.

Maksud Perlembagaan

Kumpulan peraturan berkaitan pentadbiran sesebuah negara.

Apakah undang-undang tertinggi dan sumber rujukan Malaysia?

Perlembagaan Persekutuan

Prinsip Proses Pertemuan

Tawar-menawar (Bargaining), Perundingan(Negotiating) dan Pengantaraan(Mediation).

Negeri yang membuat Perlembagaan mereka sendiri semasa pentadbiran British

1. Negeri Johor (1895) 2. Negeri Terrengganu (1911)

Contoh Terkini Penyatupaduan

> Penyelesaian Perbalahan mengenai ICERD > Penyelesaian Konflik Kuil Seafield Maha Mariammam, Subang Jaya

Meso (Bawah ke atas)

> Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan. > NGO agen pemantauan perlaksanaan program untuk minoriti.

Perlembagaan Persekutuan berasaskan

Kontrak sosial antara raja bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan serta pihak-pihak yang mewakili pelbagai etnik dan kumpulan, yang dipilih menerusi proses pilihan raya.

Akomodasi

Majoriti dan minoriti sedar dan menghormati norma dan nilai masing-masing. cth Siam Kelantan: Agama (Theravada Buddism), adat resam dan bahasa Siam.

Pilihan Raya Umum 1955 adalah

Pilihan Raya Umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.

Tapak Integrasi

Sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni.

Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

Sebuah suruhanjaya bebas yang penubuhannya diperkenan oleh Baginda Ratu dan raja-raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

Tiga Institusi Pentadbiran Negara

1. Badan Perundangan 2. Badan Eksekutif 3. Badan Kehakiman

Ciri-ciri umum Islam Agama bagi Persekutuan

1. Islam agama persekutuan 2. Islam dan raja Islam urusan negeri 3. Islam bermula dari sejaran - warisan dan tradisi. 4. Perundangan, perlaksanaan dan pentadbiran Islam menurut perlembagaan. 5. Kebebasan beragama.

Ciri-ciri umum Negara Persekutuan

1. Mempunyai perlembagaan bertulis. 2. Layanan samarata antara negeri-negeri. 3. Perkongsian kedaulatan. 4. Mahkamah paling tinggi yang mentafsir perlembagaan. 5. Negeri-negeri diberikan kuasa autonomi sebagaiman dipersetujui.

Cabaran menjadikan Perlembagaan sebagai tapak integrasi dan wadah penghayatan etika dan peradaban bagi Malaysia

1. Mengekalkan kelangsungan elemen-elemen tradisi dalam perlembagaan. 2. Mengekalkan kelangsungan Sistem Negara Berpesekutuan. 3. Mengekalkan kedudukan agama secara umum dan Islam sebagai Agama Negara. 4. Mengekalkan kestabilan negara dengan menjaga kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. 5. Menghadapi gelombang hak asasi dan orde baru dunia. 6. Mengekalkan keamanan negara dengan mengawal dan menghapuskan aktiviti subversif dan Jenayah terancang

8 Kerangka Asas Perlembagaan Persekutuan

1. Negara Persekutuan 2. Islam Agama bagi Persekutuan 3. Perlembagaan undang-undang tertinggi 4. Elemen Warisan 5. Kewarganegaraan bersama 6. Kebebasan Asasi 7. Pindahan Perlembagaan 8. Perkara Subversif dan Darurat.

Syarat-syarat umum Prosedur Pindaan Perlembagaan

1. Perkara 159 2. Majoriti mudah 3. 2/3 majoriti 4. 2/3 majoriti + Perkenan Majlis Raja - Raja 5. 2/3 majoriti + Perkenan Yang di Pertua Negeri 6. Perkara 161 E 2/3 majoriti + persetujuan TYT Sabah dan Sarawak 7. Undi 2/3 Majoriti pada Bacaan Kedua dan Ketiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negera serta Perkenan Majlis Raja-Raja hendaklah diperoleh dalam proses pindaan Perkara di bawah: Perkara10(4); undang-undang yang dibuat di bawah Perkara10(4); Bahagian III; Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, 153 dan 59(5)

Ciri Tapak Integrasi

1. Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata. 2. Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik. 3. Proses pertemuan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. 4. Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak 5. Ada yang berjaya, ada yang tidak 6. Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah Penyatupaduan.

Ciri-ciri umum Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Tertinggi

1. Semua undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah. 2. Perlembagaan adalah rujukan pertama sebagai sumber perundangan dan pentadbiran. 3. Semua polisi atau dasar pentadbiran negara hendaklah selaras dengan Perlembagaan dan tidak boleh bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. 4. Rukun Negara ke-3; Keluhuran Perlembagaan

Makro (Dari atas ke bawah)

> Kawasan Rukun Tetangga, bersifat kelompok strategik > Wujud semenjak 1970, bilangan 8,500 seluruh negara > Mekar dan matang, dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan: > Politik (Federalisme, Coalition, Perlembagaan) > Pendidikan (sistem kebangsaan, vernakular, antarabangsa) > Agama (Pelbagai agama aktif serentak, dilindungi perlembagaan)

Sebab tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

> Kedaulatan Raja-Raja Melayu dilenyapkan, kecuali dalam hal ehwal berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu. > Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. > Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. > Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

Fungsi Perlembagaan

> Menjadi penanda aras kepada kewujudan sistem pentadbiran negara yang khusus dan sekaligus merupakan lambang kedaulatan bagi negara. > Menyediakan asas kenegaraan Malaysia, termasuklah agama bagi negara, kumpulan dan institusi-institusi yang mempunyai salasilah sejarah seperti institusi beraja. > Mempunyai peruntukan yang mengambil kira kepentingan semua komuniti yang membentuk bangsa bagi negara ini. > Mempunyai peruntukan yang diasaskan kepada penerimaan masyarakat, termasuk peruntukan berkaitan budaya dan salasilah etnik, hal kewarganegaraan, kepentingan ekonomi dan kebebasan asasi tanpa melupakan hal berkaitan ketenteraman awam, keselamatan negara dan hubungan antara etnik. >Berperanan menentukan idelogi negara, sistem pentadbiran negara dan seterusnya meletakkan idealisme masa depan negara.

Ciri-ciri umum Elemen Warisan

> Perkara 32, 38, 70, 72, 181 Institusi Beraja - Raja-raja di negeri; Yang di-Pertuan Agong; Majlis Raja-Raja > Perkara 3, 11(4), 12(2), Jadual Keempat Agama Islam > Perkara 153 Keistimewaan Melayu; dan kepentingan sah komuniti-komuniti lain > Perkara 152 Bahasa Melayu

Terma Lantikan Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

> Satu Kerakyatan > Negara Persekutuan dengan tumpuan kuasa kepada kerajaan Persekutuan > Menjamin kedudukan orang-orang Melayu dan kepentingan sah komuniti lain > Menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu > 1.Parlimen yang mempunyai 2 Dewan 2.(Dewan Rakyat & Dewan Negara)

Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 1 Februari 1948:

> Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. > Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. > Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officier. > Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. > Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. > Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Ciri-ciri Malayan Union

> Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan > Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. > Kedaulatan raja² Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. > Hak kerakyatan sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. - sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu. Jus Soli.

Para ilmuwan dalam bidang perlembagaan Suruhanjaya Reid terdiri daripada

> Sir Ivor Jenning (UK) > Sir William Makell (Australia) > Hakim B. Malik (India) > Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Mikro (Inisiatif Akar Umbi)

> Street Wedding: beribu-ribu di seluruh negara pada hujung minggu > Kedai Mamak - Mamakization (Third Place Concept) > Inisiatif kumpulan tempatan yang berjaya untuk tujuan ekonomi, sosio-budaya.

Tujuan Malayan Union diperkenalkan

>Menyatukan negeri² dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. NNS, NNMB, NNMTB > British ingin melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu sebab mereka anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. > Asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

Amalgamasi

Asimilasi biologi antara majoriti dan minoriti, khususnya melalui perkahwinan. cth. Siam Kelantan: perkahwinan campur berlaku

Ciri-ciri umum Kewarganegaraan

Bahagian III Perlembagaan Persekutuan > Peruntukan yang digandingkan dengan keistimewaan Melayu > Empat cara mendapatkan kewarganegaraan 1. Operasi undang-undang 2. Pendaftaran 3. Naturalisasi 4. Gabungan wilayah > Hilang/dipecat kewarganegaraan - hilang taat setia

Maksud Elemen Warisan

Elemen asal dan telah sekian lama menjadi pengenalan atau identiti bagai negara; Elemen-elemen asal dna tradisi yang dikekalkan dalam Perlembagaan dengan peranan-peranan tertentu.

Bagi tujuan menggantikan Perlembagaan Malayan Union, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada Julai 1946 terdiri daripada

Empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British

Tunku Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri pertama telah membentuk kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu

Enam(6) orang Melayu, tiga(3) orang Cina, dan seorang(1) India.

Apakah bukti wujud sistem pemerintahan yang tersusun di Tanah Melayu, walaupun tidak menggunakan istilah 'perlembagaan'?

Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu

Perlembagaan direka bentuk atas

Kerangka asal Tanah Melayu bersandarkan kepada sejarah, budaya, dan amalan negara.

Asimilasi

Kumpulan minoriti menerima dan menghayati unsur budaya utama kumpulan majoriti. cth: Siam Kelantan: Bahasa, dialek Kelantan, status Bumiputera dan perakuan pemerintah kolonial, undang-undang tanah

Nama dan Jawatan Pengerusi Suruhanjaya Reid

Lord William Reid, seorang hakim Mahkamah Rayuan England.

Peringkat Tapak Integrasi

Makro, Pertengahan(Meso) dan Mikro

Tujuan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) ditubuhkan

Membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan khas (special position) orang Melayu serta dasar pendidikan.

Tujuan umum undang-undang

Mengawal tingkah laku masyarakat dan menyediakan garis panduan atau tatacara kelakuan masyarakat supaya mereka hidup aman tenteram serta harmoni dan bersatu padu.

Usaha penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik

Menyelesaikan sesetengah masalah perundangan, terutamanya berkaitan perlembagaan, politik dan ekonomi.

Bilakah British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

Pada Disember 1947

Ciri-ciri umum Kebebasan Asasi

Perkara 5 - 13 Perlembagaan Persekutuan 1. Merangkum jaminan kepada hak-hak sivil dan politik, seperti hak untuk hidup, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, hak kepada pendidikan dan harta. 2. Kebebasan yang tidak mutlak; mengambil kira keadaan fabrik masyarakat Malaysia - menjaga kedudukan khas orang Melayu dan kepentingan sah komuniti lain. 3. Kebebasan tidak mutlak; tertakluk kepada ketenteraman dan keselamatan negara yang menjaga aspek kewarganegaraan, kedudukan raja, Bahasa Melayu.

Akulturasi

Pinjam-meminjam unsur budaya di kalangan etnik berbeza, majoriti dan minoriti. cth: Siam Kelantan: Makanan, kesenian, seni busana.

Perlembagaan Persekutuan

Sebuah dokumen bertulis yang diluluskan melalui proses perundangan. Ia adalah undang-undang tertinggi bagi Malaysia. Perlembagaan adalah juga simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. > Sebuah manifestasi kesetiakawanan, penerimaan antara satu sama lain dan persefahaman yang akhirnya membuahkan suasana harmoni dan muhibbah sehingga membentuk integrasi dalam kalangan komuniti berbeza. > Direkabentuk berdasarkan kerangka asal pentadbiran negara yang telah dipersetujui dan wujud sebelum merdeka lagi. Oleh itu pemahaman dan penghayatan kepada setiap peruntukan Perlembagaan hendaklah bersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara.

Perlembagaan merupakan

Suatu undang-undang tertinggi yang menjadi sumber kepada undang-undang lain dan juga menjadi sumber rujukan dalam membuat dan melaksanakan polisi. >Ini termasuklah undang-undang dan polisi berkaitan pembinaan negara dan bangsa yang mempunyai persefahaman, persetujuan, kesepaduan dan perpaduan yang merupakan antara elemen utama kepada pembentukan etika dan peradaban Malaysia.

Kontrak sosial di Malaysia

Tidak timbul daripada wacana falsafah politik berkaitan natural freedom....sebaliknya (kontrak sosial di Malaysia) lahir daripada kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hak serta warisan asal mereka sebagai penduduk atau kaum pribumi Tanah Melayu.

Sejarah dan Garis Waktu Gubalan Perlembagaan Persekutuan

Undang-Undang Sebelum Kedatangan Penjajah V Malayan Union V Persekutuan Tanah Melayu, 1948 V Kerjasama Etnik; CLC, Pilihanraya, Perikatan V Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid) V Jawatankuasa Kerja V Perisytiharan Perlembagaan


Related study sets

Chapter 3 (Legal Concepts of the Insurance Contract)

View Set

Mosby's Review Chapter 14: Periodontics

View Set

LHA Virginia EXAMFX Practice Exam

View Set

Diabetes and Endocrine Disorders Saunders NCLEX

View Set

Most Common English Words (Set 2)

View Set