TITAS Bab3: Tamadun Melayu

Ace your homework & exams now with Quizwiz!

Agama dan Adat istiadat Melayu

-Berdasarkan sejarah, tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam di mana Islam dan adat Melayu telah menjadi struktur penting kemelayuan dan ketamadunan Malaysia. -Pengaruh tersebut berkekalan hingga kini di mana: Islam menjadi agama Persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia. -Adat Melayu juga mempengaruhi cara berpakaian, jenis pakaian, pengucapan dan tingkah laku.

KESIMPULAN

-Masyarakat Melayu secara umumnya mempunyai cara hidup, atau adat yang bercirikan nilai-nilai peradaban yang tinggi. -Ciri-ciri peradaban yang tinggi ini menjadi landasan utama bagi masyarakat Melayu untuk meneruskan kewujudan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terus mengekalkan identiti mereka sehingga kini.

Budaya

-Merangkumi sistem kepercayaan, nilai, adat resam, tingkah laku, dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan digunakan untuk urusan sesama mereka. -Perkara2 yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui pembelajaran

Dinamisme

-Percaya kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang boleh yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada manusia. -Wujudnya pawang, bomoh dalam kalangan masyarakat Melayu. -Pawang dan bomoh juga menjadi penghubung dengan roh nenek moyang yang dipercayai wujud dalam kalangan masyarakat Melayu.

Peranan Bahasa Melayu

-Sejarah Ketamadunan Melayu juga berkembang disebabkan peranan bahasa Melayu pada waktu itu sebagai alat penyebaran agama Islam. -Peranan bahasa Melayu pada waktu itu yang dibantu dengan huruf jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kitab-kitab agama dan bahasa karya sastera. Bahkan bahasa yang digunakan olah para pendakwah pada masa itu sebagai media komunikasi mereka. -Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam kalangan pedagang. -Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa persatuan dan kesatuan Melayu pada waktu itu. -Berdasarkan sejarah tersebut, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia

Kesenian

-Seni tari -Seni Muzik -Seni ukir dan khat -Seni bela diri -Seni pertukangan -Seni tenunan, sulaman dan anyaman -Seni Kulinari

Anamisme

-percaya bahawa setiap benda (objek) ada jiwa, roh dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri. -Wujud pantang larang yang menjadi peraturan dalam masyarakat Melayu.

Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam

1. Sistem kepercayaan berasaskan 'anamisme' dan 'dinamisme'. 2. Kedatangan Hindu-Buddha

Sains dan Teknologi

1. Teknologi Pertanian: Bajak, Sistem saliran 2. Teknologi Alam Bina: Rumah, masjid 3. Teknologi tekstil dan warna : Mencanting batik, Mesin tenun 4.Sains Ukuran, Timbangan dan sukatan: -Jengkal-hasta -Mayam, saga -Cupak, gantang -Pekan, purnama, musim

Bahasa

Kajian bahasa mengelaskan beberapa kumpulan bahasa utama. Bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan bahasa Austris(Nusantara).

Asas Pembentukan Tamadun Melayu

-kemunculan tamadun Melayu dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian -nilai-nilai baru diterima penduduk hasil daripada interaksi dengan tamadun2 luar buktinya: i. Pengaruh hindu Buddha awal abad ke-6 ii. Pengaruh Islam awal kurun ke-12 iii. Pengaruh kuasa barat pada akhir kurun ke-19.

Akidah Islam

1. Orang Melayu berpegang pada akidah Islam sebagai Asas pandangan semestanya 2. Mementingkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T 3. Mentaati segala yang disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah adalah tuntutan imam 4. Pandangan semesta orang Melayu berunsur tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.

Pencapaian Tamadun Melayu

1. Persuratan 2. Kesenian 3. Sains dan Teknologi

Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

-Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat Melayu. -Ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan/Raja telah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu sejak zaman awal tamadun lagi -Masyarakat Melayu sangat menghormati pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu

Pembentukan Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam

-Kedatangan Islam membentuk zaman kegemilangan Tamadun Melayu. -Penerimaan masyarakat Melayu terhadap Islam bersifat menyeluruh. -Istana menjadi pusat pengembangan ilmu dan agama Islam. -Perkembangan ilmu yang terhasil dalam Tamadun Melayu Islam membolehkan bahasa Melayu tersebar ke Kepulauan Melayu & Asia Tenggara.

Kesan kedatangan Islam pada tamadun melayu

-Lahir tokoh-tokoh alim ulama: Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syekh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari, Raja Ali haji, Wali Songo. -Muncul karya-karya: Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Adat Raja-Raja Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al Salatin -Sistem pentadbiran: Wujud sistem perundangan yang berlandaskan Islam dan adat resam Melayu dangan terhasilnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

Berpegang teguh kepada Adat Resam

-Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi -Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan turun-temurun - Antara adat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan

-Masyarakat Melayu mewujudkan tamadun2 awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi maritim. -3 empayar Melayu yang terbesar ialah Empayar Funan, Empayar Srivijaya dan Langkasuka, Beruas. -Dipengaruhi hindu-Buddha (seni bina, bahasa, sistem tulisan, sistem pemerintahan).

Kedatangan Hindu-Buddha

-Masyarakat Melayu mula melakukan ucapara penyembahan secara tersusun. -Dari segi politik dan pentadbiran wujud kepercayaan kepada dewa yang bertujuan meningkatkan status raja-raja sebagai luhur, suci dan kudus. -Kitab-kitab suci Hindu-Buddha dipelajari namun lebih berfokus kepada aspek kesenian, keindahan, keromantisan, keagungan yang terdapat di dalam kitab,

Sistem Perundangan

-Sistem pentadbiran tamadun Melayu dahulu dikukuhkan lagi dengan sistem perundangan tradisional yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah. -Sistem perundangan tradisional ini telah dilanjutkan kepada politik Malaysia dalam perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri

kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia

-Tamadun Malaysia yang ada kini wujud hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah Arkeologi. -Jelas sekali paksi dan landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu: 1. Asas sistem pemerintahan 2. Sistem Perundangan 3. Agama Adat Istiadat 4. Peranan Bahasa Melayu

Nilai ketamadunan Melayu bersumber maritim

1. Kewujudan pelabuhan seperti Pelabuhan di Kuala Selinsing, Perak bukti wujud aktiviti perdagangan jarak jauh. 2. Juga membuktikan wujudnya nilai ketamadunan dari segi susunan masyarakat kompleks. 3.Dan bukti nilai ketamadunan Melayu dari segi kebolehan berinteraksi dengan masyarakat dalam dan luar.

Nilai ketamadunan Melayu bersumber Islam

1. Politik (Kesultanan Melayu) 2. Ekonomi (Ekonomi Islam) 3. Sosial (adat istiadat islam) 4. Pendidikan (Pendidikan Formal Sultan menuntut ilmu dengan ulama) 5. Bahasa dan Kesusasteraan (Karya sastera berpaksikan negara Arab) 6. Keundangan (Kesultanan Melayu)

Konsep Melayu

1. Ras Genetik/Biologi 2. Bahasa 3. Budaya

Asas Sistem Pemerintahan

1. Tamadun Melayu sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik Kesultanan Melayu Melaka Johor Riau-Lingga membentuk sistem pemerintahan yang tersendiri dan terbukti menjadi sebuah kerajaan yang berjaya. 2. Setiap kuasa Melayu tersebut diperintah oleh raja atau Sultan yang mana akhirnya telah menyumbang kepada sistem pemerintahan raja berpelembagaan dalam Tamadun Malaysia hari ini. 3. Sistem Raja berperlembagaan di negara ini Yang di-Pertian Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menjadi komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 4. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuan tiga badan: -Badan perundangan -Badan pemerintahan -Badan kehakiman.

Asal usul penduduk Tanah Melayu

1. zaman batu (Paleo, Meso, Neolitik) 2. Bangsa Austronesia Dari Yunan China i. zaman logam gangsa (Kedatangan Melayu Proto) ii.zaman logam besi (Kedatangan Melayu Deutro, nenek moyang bangsa melayu kini)

Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Akidah Islam: -Taat kepada Raja -Adat Resam -Memulia kan orang tua -Hubungan keluarga -Saling menghormati -Meraikan tetamu -Bertimbang rasa -Berso-pan santun -Bermuafakat -Gotong -royong

Ras genetik/ biologi

Kajian Antropologi menggolongkan kepada enam kelompok manusia terbesar di dunia berdasarkan ciri fizikal, bentuk hidung, rambut, genetik, linguistik dan budaya. 1.Caucasoid (kulit putih) 2.Negroid (Kulit hitam) 3.Mongoloid 4.Australoid 5.Red Indian 6. Polinesia -Melayu

Tamadun Melayu

Merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia Melayu, tertumpu kepada satu wilayah yang dikenali sebagai : -Gugusan Kepulauan Melayu -Gugusan kepulauan Melayu Indonesia, -Nusantara, -Alam Melayu -Tanah Jawi

Persuratan

i. Sebelum Islam: berbentuk sastera lisan : Mahsuri, Sang Kancil. ii. Selepas Islam: -Berbentuk bertulis -Kitab perubatan -Sastera kitab -Astronomi -matematik


Related study sets

Life 120 Chapter 8 Study Module: Photosynthesis

View Set

Módulo 8: Portugal e o mundo da Segunda Guerra Mundial ao início da década de 80 - opções internas e contexto internacional

View Set

PSYC 350A: Sexual Identity and Orientation

View Set

Chapter 6 Chemistry Test Study Guide

View Set

Grays questions Anatomy- Head and neck

View Set