BIO BAB 4

¡Supera tus tareas y exámenes ahora con Quizwiz!

muatan haba tentu air

-Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi iaitu sebanyak 4.2 kJ kg-1 °C-1. -4.2 kJ tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air sebanyak 1 °C. -Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil. Ciri ini sangat penting untuk mengekalkan suhu badan organisma.

Asid nukleik

-Asid nukleik merupakan satu atau dua rantaian polimer yang terdiri daripada monomer nukleotida. -Asid nukleik terbentuk daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan fosforus. -Setiap nukleotida terdiri daripada gula pentosa (gula 5 karbon), bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang digabung bersama melalui proses kondensasi

Kepentingan asid nukleik dalam sel

-DNA adalah penting sebagai pembawa maklumat pewarisan dan penentuan ciri dalam organisma hidup. -DNA mengandungi kod genetik yang dibawa oleh bes bernitrogen (A, G, C dan T) untuk sintesis polipeptida yang membentuk protein. -Kod genetik ditulis sebagai satu siri urutan tiga bes yang menentukan urutan asid amino dalam protein yang akan disintesiskan. -Urutan tiga bes pada DNA ditranskripsi pada kodon mRNA yang kemudiannya ditranslasi kepada urutan asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida. Ini bermakna urutan nukleotida dalam DNA menentukan urutan asid amino dalam rantai polipeptida yang membina protein yang berkaitan.

Daya lekitan dan daya lekatan air

-Daya lekitan:Molekul air melekat antara satu sama lain -Daya lekatan:molekul air melekat pada permukaan lain -Kedua-duanya menghasilkan tindakan kapilari yang membolehkan air memasuki dan bergerak di sepanjang ruang yang sempit,

protein

-Dipeptida terdiri daripada dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi. -Dalam proses ini, satu molekul air disingkirkan. -Kondensasi seterusnya boleh merangkai lebih banyak asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida.

cnth monosakarida

-Glukosa ialah gula dalam tumbuhan seperti padi dan gandum serta buah- buahan seperti anggur. Glukosa ialah monosakarida yang paling lazim didapati dan kebanyakan polisakarida terbentuk daripada gula ini. -Fruktosa ialah gula yang terdapat dalam madu dan buah-buahan manis. -Galaktosa terdapat dalam susu.

Persamaan lemak tepu dan lemak tak tepu

-Kedua-duanya terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen. -Kedua-duanya mempunyai gliserol dan asid lemak. -Kedua-duanya adalah molekul tidak berkutub.

Pembentukan kromosom daripada DNA dan protein

-Kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida DNA yang berpintal dengan protein yang disebut histon. -Molekul DNA dengan protein histon membentuk nukleosom. -Nukleosom akan berpintal membentuk struktur kromosom.

Kepentingan lipid dlm sel

-Lemak berfungsi sebagai simpanan tenaga bagi haiwan. -lemak juga berfungsi sebagai pelapik untuk melindungi organ-organ dalaman -lemak bertindak sebagai penebat haba bagi haiwan. -Lilin merupakan komponen penting dalam kutikel yang menutupi epidermis daun dan sebum yang dirembeskan oleh kulit kita. -glikolipid adalah untuk memastikan kestabilan membran plasma dan membantu dalam proses pengenalpastian sel. -Kolesterol pula penting bagi sintesis hormon steroid.

Lemak

-Lemak dan minyak ialah trigliserida. -Trigliserida ialah sejenis ester yang terbentuk melalui kondensasi satu molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak. -Trigliserida boleh dihidrolisiskan semula kepada asid lemak dan gliserol melalui tindak balas hidrolisis. Gliserol ialah sejenis alkohol tiga karbon yang mengandungi tiga kumpulan hidroksil

Lipid

-Lipid merupakan sebatian hidrofobik yang wujud secara semula jadi di dalam tisu tumbuhan dan haiwan. -Seperti karbohidrat, lipid terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen tetapi nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen adalah jauh lebih tinggi. -Lipid tidak larut dalam air tetapi larut dalam larutan organik lain, misalnya, alkohol, eter dan kloroform.

Disakarida

-Molekul disakarida terhasil apabila dua molekul gula ringkas (monosakarida) bergabung melalui kondensasi untuk membentuk satu unit disakarida. -Proses ini melibatkan penyingkiran satu molekul air. -Proses ini melibatkan penyingkiran satu molekul air. -maltosa dan laktosa juga gula penurun tetapi sukrosa bukan gula penurun

monosakarida

-Monosakarida ialah monomer karbohidrat iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas. -Monosakarida boleh bergabung membentuk polimer melalui tindak balas kondensasi. -Kebanyakan monosakarida rasanya manis, boleh membentuk hablur dan larut dalam air. -Monosakarida mempunyai kuasa penurunan iaitu berupaya memindahkan hidrogen kepada sebatian lain. Proses ini dinamakan penurunan. -Apabila monosakarida dipanaskan dalam larutan Benedict, monosakarida akan menurunkan kuprum (II) sulfat biru kepada mendakan kuprum (I) oksida yang berwarna merah bata dan tidak larut dalam air. -Semua monosakarida boleh melakukan tindak balas ini dan dikenali sebagai gula penurun.

polisakarida

-Polisakarida ialah gula polimer yang terdiri daripada monomer monosakarida. -Seperti disakarida, polisakarida terbentuk melalui proses kondensasi dan melibatkan beratus-ratus monosakarida untuk membentuk rantai molekul yang panjang. -Polisakarida tidak larut dalam air kerana saiz molekulnya yang besar. -Polisakarida tidak mempunyai rasa manis dan tidak menghablur. -Polisakarida juga boleh diurai melalui hidrolisis dengan bantuan asid cair, pendidihan dan tindakan enzim. -Polisakarida memainkan pelbagai peranan di dalam organisma.

Kepentingan protein dalam sel

-Protein digunakan untuk membina sel baharu, membaiki tisu yang rosak dan untuk sintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin. -membentuk bahan binaan seperti keratin pada kulit, kolagen pada tulang dan miosin pada tisu otot. -Penguraian protein atau polipeptida oleh enzim pencernaan memberikan kita tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. -Polipeptida akan diuraikan kepada asid amino. -asid amino ini digunakan semula untuk membina molekul protein yang diperlukan oleh badan.

Protein

-Protein ialah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. -Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus. Semua protein terdiri daripada satu atau lebih polimer yang dikenali sebagai polipeptida. -polipeptida. Setiap polipeptida pula dibina oleh monomer atau unit kecil yang dikenali sebagai asid amino. -Suatu polipeptida boleh terdiri daripada lima puluh sehingga beribu-ribu molekul asid amino. Asid amino terangkai bersama melalui proses kondensasi.

jenis jenis RNA utama

-RNA pengutus (mRNA) -RNA ribosom (rRNA) -RNA pemindah (tRNA).

kepentingan karbohidrat dlm sel

-Sebagai sumber tenaga, contohnya glukosa -Sebagai simpanan makanan, contohnya glikogen dalam sel haiwan dan kanji dalam sel tumbuhan -Sebagai simpanan makanan, contohnya glikogen dalam sel haiwan dan kanji dalam sel tumbuhan

Karbohidrat

-Sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon. -Sebatian yang besar dan kompleks membentuk makromolekul. Kebanyakan makromolekul ialah polimer yang terdiri daripada molekul-molekul kecil yang dikenali sebagai monomer (binaan asas). -Karbohidrat, protein dan asid nukleik merupakan molekul polimer sebatian organik. -Karbohidrat adalah penting sebagai sumber tenaga dan bahan asas struktur sesetengah organisma. -karbohidrat terdiri drpd unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) dalam nisbah 1:2:1 dan formula kimia (CH2 O)n

protein

-Setiap dipeptida boleh diuraikan kepada asid amino melalui hidrolisis. Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi. -Pelbagai jenis molekul polipeptida dapat dibentuk daripada 20 jenis asid amino. -Ini adalah kerana setiap jenis protein berbeza dari segi urutan asid amino dalam rantai polipeptidanya.

Bes bernitrogen

-adenina(A) -guanina(G) -sitosina(C) -timina (T) -urasil (U)

kekutuban air

-air merupakan sebatian x organik yg trdiri drpd unsur unsur hidrogen dan oksigen -Molekul air ialah molekul berkutub kerana elektron yang dikongsi di antara oksigen dan hidrogen akan tertarik ke arah oksigen yang lebih elektronegatif -Kekutuban ini menghasilkan ikatan hidrogen dan membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta. -Sifat pelarut semesta air membolehkan zat terlarut seperti glukosa dan elektrolit diangkut merentasi membran plasma ke dalam sel untuk tindak balas biokimia.

Jenis asid nukleik

-asid deoksiribonukleik (DNA) -asid ribonukleik (RNA)

sifat dan kepentingan air dlm sel

-kekutuban air -daya lekatan dan daya lekitan air -muatan haba tentu air

jenis lipid

-lemak -lilin -fosfolipid -steroid

Asid deoksiribonukleik (DNA)

-mengandungi gula deoksiribosa. -DNA terdiri daripada dua rantaian polinukleotida yang berpintal membentuk heliks ganda dua -Kumpulan bes bernitrogen pada kedua-dua rantai polinukleotida berpadanan dan diikat bersama oleh ikatan hidrogen. -Bes bernitrogen DNA ialah ATCG -A dan T berpasangan manakala C dan G berpasangan

Asid ribonukleik (RNA)

-mengandungi gula ribosa -Struktur RNA pula merupakan rantai polinukleotida tunggal dan lebih pendek berbanding dengan DNA -bes bernitrogen RNA ialah AUCG -Ketiga-tiga RNA terlibat dalam proses sintesis protein.

Jenis-jenis karbohidrat

-monosakarida (gula ringkas) -disakarida -polisakarida (gula kompleks)

Jenis gula pentosa

-ribosa -deoksiribosa.

Perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu

1)Ikatan LT:ikatan tunggal LTT:sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara karbon. 2)atom hidrogen LT:Tidak membentuk ikatan kimia dengan atom hidrogen tambahan kerana semua ikatan antara atom karbon tepu LTT:Ikatan ganda dua masih boleh menerima satu atau lebih atom hidrogen tambahan kerana atom karbon tidak tepu. 3)bentuk dlm suhu bilik LT:pepejal LTT:cecair 4)sumber LT:mentega dan lemak haiwan LTT:minyak zaitun dan minyak ikan

fosfolipid

Fosfolipid merupakan komponen utama membran plasma dan terdiri daripada satu molekul gliserol yang bergabung dengan dua molekul asid lemak dan satu kumpulan fosfat.

Lilin

Lilin mengandungi satu molekul alkohol yang bergabung dengan satu molekul asid lemak dan bersifat kalis air.

streroid

Steroid ialah sebatian lipid yang tidak mengandungi asid lemak. Contoh steroid ialah kolesterol, testosteron, estrogen dan progesteron.


Conjuntos de estudio relacionados

Sécurité des Systèmes d'Information ( SSI )

View Set

english 11a - unit 4: fight for your right

View Set

Online Health Test Physical Health

View Set

What Is the Story of Hello Kitty questions

View Set

Network Defense and Countermeasures Ch. 9

View Set