KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

¡Supera tus tareas y exámenes ahora con Quizwiz!

Budaya

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya Kebendaan - seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Budaya Bukan Kebendaan - kepercayaan, adat istiadat dan undangundang.

Ras

Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

Stereotaip

Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Contoh : Orang Belanda itu bersifat kedekut.

KONSEP MASYARAKAT

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnosentrisme

Merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

Etnisiti

Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.

Prejudis

Pandangan negatif mengenali ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata. Ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Berkait rapat dengan konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi.

Diskriminasi

Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik sematamata.

Segregasi

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Contoh : Dasar Apartied di Afrika Selatan (1948-1994)

Akomodasi

Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing. Formula : A+B+C = A+B+C Pelbagai kumpulan etnik hidup harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Contoh : Negara Malaysia & Switzerland

Integrasi

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendi dikan dan politik.

Akulturasi

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi

Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Formula : A+B+C = A Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Contoh : Masyarakat Jawa, Cina Kelantan dan Baba dan Nyonya (Malaysia) & orang Melayu di Thailand.

Pluraliti

Satu proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke-5 Masihi lagi.

Amalgamasi

Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur aduk untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama melalui perkahwinan campur. Formula : A+B+C = D Contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu dan budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Etnik

Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap etnik.


Conjuntos de estudio relacionados

Marketing 341 UNL exam 3 Chapter 12

View Set

Foundations Proctored Exam Pt #2

View Set

Chem unit 10 electron configuration

View Set

Medical Surgical Nursing - Endocrine and Metabolic Disorders

View Set