KONSEP ALAM MELAYU DARI SEGI GEOGRAFI , BAHASA DAN BUDAYA
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Alam melayu meliputi kawasan dari madagaskar ke tanah melayu , papua new guinea ,australia , new zealand , kepulauan pasifik dan sampai ke taiwan
Abdul Hadi Haji Hassan
Alam melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan melayu sehingga selatan thailand
Sutan Takdir Alisjahbana
Bahasa melayu telah digunakan secara meluas di alam melayu sejak awal masihi lagi. Sifat orang melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi bahasa melayu ke alam melayu. Tambahan pula sifat bahasa melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di alam melayu
Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar
Bahasa serumpun di alam melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu. Apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun ini ,terdapat pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini dengan bahasa melayu
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussein
Dunia melayu meliputi selatan vietnam ,kemboja,selatan myanmar, segneting kra,malaysia ,indonesia,brunei dan filipina
Profesor Dr. Ding Choo Ming
Dunia melayu merupakan sebuah kawasan yang meliputi malaysia,indonesia ,brunei ,singapura,selatan thailand dan filipina
Alfred Russel Wallace
Kepulauan melayu meliputi tanah melayu hingga tenasserim dan kepulauan nicobar,filipina dan kepulauan solomon hingga papua new guinea
Dato' A.Aziz Deraman
Sejak awal lagi,budaya di alam melayu ini telah berkembang maju dengan munculnya beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian. Antaranya termasuklah pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri. Kedua-kedua kepandaian ini merupakan ciptaan asli di alam melayu. Selain itu, nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat alam melayu terutamanya gotong royong. Dalam aspek seni persembahan pula,muncul wayang kulit di kelantan dan pulau jawa