MORAL

Pataasin ang iyong marka sa homework at exams ngayon gamit ang Quizwiz!

Empat contoh jenayah siber

1)Buli siber 2)Judi siber 3)Penyebaran berita/maklumat palsu 4)Penggodaman (hacking)

Buktikan bahawa kerajaan telah memberikan kebebasan rakyat untuk menganut agama masing-masing(3)

1)Cuti diberikan untuk menyambut perayaan pelbagai kaum dan agama 2)Membenarkan pembinaan rumah biadat pelbagai agama 3)Memanjangkan waktu rehat pada hari Jumaat agar orang Islam dapat melaksanakan solat Jumaat

Kepentingan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal.(2)

1)Dapat memperkasakan kempen kitar semula dengan mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah 2)Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjamin kesihatan rakyat.Pelaksanaan mandatori pengasingan sisa pepejal isi rumah mampu mengurangkan sebanyak 40% jumlah sisa yang dihantar ke tapak-tapak pelupusan sampah.

Perayaan di Sarawak dan Sabah(2)

1)Gawai Dayak(Sarawak) 2)Pesta Kaamatan(Sabah)

Kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan(3)

- imej organisasi/badan kerajaan terpelihara - tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan - dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan

Cara-cara untuk mengatasi aktiviti pemerdagangan manusia oleh kerajaan (3)

-Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket dan memerangi aktiviti ini - Menguatkuasakan undang-undang - Penyiasatan yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk mengenali mangsa atau tanda-tanda pemerdagangan

Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana:(3)

1)Anak ialah kurniaan Tuhan dan mereka harus disayangi dan penderaan bertentangan dengan ajaran mulia agama 2)Boleh menjejaskan perkembangan fizikal dan mental anak-anak 3)boleh menyebabkan berlakunya kecacatan/ kecederaan/kematian

Peranan Jabatan Pembangunan Wanita

1)Bernaung di bawah KPWKM 2)matlamat-meningkatkan keupayaan wanita untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program pembangunan yang cekap dan berkesan.

Mengapakah murid sekolah tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam pilihan raya?(2)

1)Boleh menimbulkan hura-hara kerana pelajar masih berjiwa mentah dan mereka mudah memberontak. 2)Tanggungjawab utama pelajar adalah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh

Bentuk penjajahan alaf baharu(4)

1)Budaya 2)Kepercayaan 3)Ekonomi 4)Minda

Contoh Badan Sukarela yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara.(3)

1)Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 2)JPAM/ Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 3)St. John Ambulans Malaysia

Hak-hak Pekerja (4)

1)Hak berhenti bekerja 2)Hak mendapatkan cuti sakit 3)Hak mendapatkan perlindungan KWSP 4)Hak mendapatkan pulangan mengikut jumlah jam bekerja

Hak-hak pengguna (4)

1)Hak mendapat maklumat yang tepat dan benar 2)Hak mendapat pampasan dan ganti rugi 3)Hak mendapat pendidikan kepenggunaan 4)Hak membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan

Sebab kerenggangan hubungan antara anggota keluarga (3)

1)Ibu bapa yang sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga sehingga mengabaikan keperluan anak-anak dari segi emosi. 2)Perselisihan faham antara anggota keluarga kerana kurang berinteraksi dan memahami antara satu sama lain 3)Sikap anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab iaitu sikap bena tak bena tentang masalah keluarga.

Selain Jalur Gemilang,berikan dua lambang atau identiti negara kita yang lain

1)Jata Negara 2)Lagu Negaraku

Peraturan-peraturan yang digubal di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekitar(3)

1)Kenderaan Bermotor 1977 (Kawalan Pelepasan Asap) 2)Kumbahan dan Efluen Perindustrian 1979 3)Pembakaran Terbuka 2000

Ramalkan tiga kesan sekiranya negara kita tidak mengamalkan sikap keterbukaan dalam menangani sesuatu masalah

1)Kepercayaan rakyat terhadap pucuk pimpinan negara akan tergugat 2)Rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat kerana mungkin ada pihak yang menyalahgunakan kuasa meraka untuk menganiaya/menindas rakyat 3)Kegiatan rasuah berleluasa

4 inisiatif MESTECC

1)Melaksanakan mekanisma baharu bagi pengurusan buangan peralatan elektrikal dan elektronik terjadual(Scheduled E-Waste) 2)Menambah baik proses Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar 3)Mewujudkan prosedur bagi permohonan lesen fasiliti rawatan kenderaan disahkan 4)Reformasi Undang-Undang dan Penggubalan Rang-Rang Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar

Peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada OKU(3)

1)Melantik mereka untuk memegang jawatan dalam organisasi awam 2)Menyediakan kemudahan khas untuk mereka(parkir OKU,tandas khas) 3)Menerima mereka untuk belajar di IPTA atau IPTS

Terangkan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh remaja bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah gejala sosial

1)Mematuhi peraturan dan undang-undang Elakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang salah di sisi undang-undang seperti dadah. 2)Harga Diri Remaja sepatutnya menjaga maruah diri. 3)Rasional Remaja sepatutnya boleh berfikir tentang kesan penglibatan dalam gejala sosial.

Cara pihak majikan boleh mengamalkan nilai menghormati hak wanita (2)

1)Memberi layanan yang adil kepada pekerja wanita sepertimana yang diberikan kpd pekerja kaum lelaki 2)Memberi peluang kenaikan gaji dan pangkat yang sama kpd pekerja wanita dan bukannya mengutamakan pekerja lelaki.

Akta Kerja 1955 bertujuan untuk(2)

1)Memberi pelindungan kepada pekerja 2)Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini ditandatangani

Golongan bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan cara:(3)

1)Memberi sokongan moral dan suntikan semangat untuk menenangkan mangsa banjir dan memberikan semangat supaya tidak berputus asa 2)memberi bantuan kewangan contohnya derma wang 3)memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian, makanan dan barang keperluan asas

Peranan Persatuan Pengguna (3)

1)Memperjuangkan hak dan kepentingan pengguna 2)Memberikan pendidikan kepenggunaan kepada pengguna 2)Menyiasat untuk memperoleh maklumat yang benar tentang sesuatu aduan pengguna

Tiga kesalahan yang dibincangkan di bawah Akta Jenayah Komputer

1)Memperoleh sesuatu maklumat dengan biat untuk melakukan penipuan,ketidakjujuran atau kecederaan 2)Mengubah kandungan komputer tanpa kebenaran 3)Menyampaikan sesuatu maklumat seperti nombor,kod,kata laluan seseorang tanpa kebenaran

Cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia(1)

1)Mempraktikkan amalan rumah terbuka sebagai suatu wahana pemupukan perpaduan dan muhibah antara kaum

Nyatakan tiga usaha Konsep Pembangunan Mapan

1)Mencari alternatif sumber tenaga seperti penjanaan kuasa hidroelektrik 2)Menghasilkan tenaga biomas melalui proses pereputan dan pembakaran hasil buangan pertanian 3)Penggunaan tukun tiruan (artificial reef) tayar buruk sebagai kawasan pembiakan ikan

Kebaikan penggunaan Internet kepada murid(4)

1)Mendapat informasi dengan lebih cepat dan terkini.Segala perkara yang berlalu di dunia ini akan diperoleh melalui hujung jari. 2)Merapatkan jurang digital antara murid di bandar dengan murid di luar bandar. 3)Mewujudkan dan melahirkan budaya penggunaan Internet dalam kalangan murid.Untuk melahirkan modal insan yang bertaraf dunia,murid mestilah memiliki kemahiran ICT supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan mereka di negara yang lebih maju.

Senarai hak kanak-kanak yang perlu dilindungi(4)

1)Mendapat pendidikan yang sempurna 2)Mendapat nama dan kewarganegaraan 3)Mendapat keperluan asas(makanan,pakaian dan tempat tinggal) 4)Hak mendapat kemudahan kesihatan yang sempurna

Tiga peranan media massa dalam memupuk perpaduan kaum

1)Mendidik rakyat supaya rakyat bijak dan matang serta tidak dipengaruhi oleh maklumat yang palsu 2)Media massa hendaklah sentiasa bersandarkan Perlembagaan Malaysia agar konsep asas perpaduan terpelihara 3)Memperkukuh dan meningkatkan penguasaan dan kefasihan rakyat dalam Bahasa Kebangsaan

Sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda dapat mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara luar? (4)

1)Mengadakan lawatan diplomatik 2)Mewujudkan kedutaan di negara luar 3)Menggunakan cara rundingan jika berlakunya konflik antara negara 4)Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain 5)Nilai hidup bersama secara aman

Peranan anda untuk memastikan tradisi kekeluargaan diteruskan:(3)

1)Mengamalkan tradisi kekeluargaan sebagai cara hidup dengan cara menyambut perayaan bersama-sama keluarga 2)Menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan supaya mereka tidak melupakan tradisi mereka. 3)Menjadi suri teladan kepada generasi muda dengan cara mengajar tradisi kekeluargaan kepada mereka.

Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangaa ragut?(4)+Langkah kerajaan(2)

Penguatkuasaan yg lebih ketat seperti hukuman/denda penjara yg maksimum kepada peragut

Dua cara terbaik untuk menghargai jasa wanita yang telah berbakti kepada negara

1)Menganugerahkan pingat atau gelaran kepada mereka seperti "Tokoh Wanita Negara","Tan Sri" dan "Dato" 2)Mencatatkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records supaya kejayaan meraka boleh menjadi inspirasi kepada individu lain

Kebaikan hubungan dagangan antara Malaysia dengan negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat (4)

1)Mengeratkan hubungan diplomatik antara negara 2)Meningkatkan ekonomi negara kerana pengeksportan barangan tempatan bertambah 3)Dapat mempelajari ekonomi moden daripada negara maju 4)Pertukaran kemahiran sains dan teknologi

Tiga contoh amalan kitar semula di rumah

1)Menggunakan air basuhan untuk menyiram pokok 2)Menggunakan beg plastik dari pasar raya untuk membungkus sampah 3)Mengasingkan sampah sarap yang boleh dikitar semula

1)Berikan dua cadangan anda menanggani masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh aktiviti perindustrian. 2)Jelaskan tiga ciri yang ada pada tokoh pejuang negara dalam perjuangan menentang penjajah. 3)Mengapakah generasi masa kini perlu mencontohi semangat perjuangan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut?(2) 4)Ramalkan dua kesan yang akan berlaku jika semangat patriotisme ini tidak lagi diamalkan

1)Menggunakan penapis asap Membina cerobong asap(chimney) yang lebih tinggi 2)Sayang dan setia kepada negara Rela berkorban untuk negara Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri 3)Menanamkan rasa tanggungjawab untuk mengisi kemerdekaan Meneruskan perjuangan untuk memelihara kedaulatan dan keharmonian negara 4)Negara hilang kedaulatan Negara bakal dijajah oleh negara asing

Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk Batu Pahat untuk mengelakkan kejadian banjir yang lebih serius berlaku. Jawapan anda mestilah disokong dengan contoh-contohyang sesuai.(5)

1)Menguruskan sampah sarap domestik dengan lebih berhemah [1 m] - buang di tapak pembuangan dan pelupusan sampah yang dibenarkan - bukannya dibuang di dalam sungai atau longkang. Tindakan ini dapat mengelakkan longkang tersumbat atau air sungai melimpah ketika hujan. [1 m] 4)Memohon kepada majlis bandaran untuk menyediakan lebih banyak tong sampah di tempat awam. [1 m] Papan tanda amaran yang melarang penduduk membuang sampah merata-rata harus didirikan di tempat awam dengan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut. [1 m] 3)Melibatkan diri dengan kempen kitar semula. [1 m] Mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula mengikut jenisnya [1 m] 4)Menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman. [1 m] Penduduk boleh bekerjasama untuk membersihkan longkang yang tersumbat dan sungai yang dicemari oleh sampah sarap untuk memperbaiki sistem saliran di kawasan mereka. [1 m] 5)Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak yang membuang sampah ke dalam sungai atau longkang [1 m] supaya tindakan segera dapat diambil terhadap mereka yang bersalah. [1 m]

Ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah (5)

1)Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil 2)Menolak rasuah 3)Sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur 4)Menyimpan rahsia dan maklumat sulit 5)Menunaikan janji

Cara untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara

1)Menulis artikel/ rencana tentang pengorbanan mereka 2)Menyambut Hari Pahlawan 3)Menderma kepada tabung Hari Pahlawan

Cara pihak majikan boleh mengamalkan nilai melindungi hak pekerja(3)

1)Menyediakan tempat kerja yang selesa dan selamat 2)Membela keselamatan pekerja daripada gangguan seksual 3)Mengiktirafkan sumbangan pekerja berdasarkan kebolehan dan bukannya mengikut jantina

Tiga peranan Mahkamah Antarabangsa (Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa)

1)Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan 2)Menjaga kebajikan negara-negara kecil 3)Memberi nasihat kepada negara-negara yang bertelagah

Aspek Pengorbanan Untuk Negara

1)Nyawa-pasukan tentera dan polis sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan keselamatan negara 2)Harta benda-rakyat sanggup menderma wang untuk meringankan beban keluarga perajurit yang terkorban kerana mempertahankan negara 3)Tenaga-rakyat bersedia menyumbangkan tenaga secara sukarela untuk membantu mangsa banjir 4)Masa-

Cara-cara mewujudkan keluarga bahagia

1)Peka terhadap keperluan dan perasaan anggota keluarga 2)berinteraksi dgn baik sesama anggota keluarga 3)mengadakan perbincangan keluarga untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Langkah-langkah untuk menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja (3)

1)Pelbagai pihak hendaklah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan pada setiap tahun kerana remaja kini kurang menghayati erti kemerdekaan 2)Pihak kerajaan hendaklah menerbitkan buku,filem dokumentari,rencana atau risalah tentang perjuangan tokoh-tokoh yang telah berjaya membawa kemerdekaan negara dan juga pemimpin yang telah memajukan serta memodenkan negara 3)Stesen televisyen hendaklah menayangkan filem atau cerita yang memaparkan semangat patriotisme yang tinggi sepanjang tahun dan bukannya pada bulan kemerdekaan sahaja bagi memastikan semangat kebangsaan tumbuh subur sepanjang masa.

Tiga amalan konsep BCA

1)Pemakaian tanda nama 2)Manual prosedur kerja 3)Sistem kad perakam waktu

Nyatakan dua pengurusan sistematik oleh Jabatan Perhutanan

1)Penebangan pokok dihadkan kepada pokok yang matang sahaja 2)Menjalankan penghutanan semula dengan menanam pokok daripada spesies yang cepat tumbuh.

Terangkan dua aktiviti harian manusia yang boleh menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. (2)

1)Penerokaan dan penebangan hutan. Ketiadaan pokok-pokok akan menyebabkan gas karbon dioksida kekal di ruang udara bumi. Ini akan menghalang pembebasan haba ke ruang angkasa 2)Pengeluaran asap berbahaya dari kenderaan,kilang-kilang,dan pembakaran terbuka.Pembakaran terbuka berlebihan yang dilakukan akan menyebabkan gas metana dibebaskan yang dapat memerangkap panas.

Contoh amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. (3)

1)Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk luar bandar. 2)Penyediaan rumah kos rendah kepada golongan rakyat miskin 3)Pemberian biasiswa kepada pelajar memerlukan bantuan kewangan/layak mendapat bantuan

Nyatakan sumbangan wanita dalam pembangunan negara (3)

1)Penyumbang tenaga dalam sektor ekonomi 2)Menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan penuh komitmen 3)Membina institusi kekeluargaan yang teguh dan bahagia

Kesan hubungan renggang antara remaja dan anggota keluarga (3)

1)Remaja terjebak dalam kancah gejala sosial 2)Remaja tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga lain seperti melawan percakapan ibu bapa 3)Perpecahan keluarga / pergaduhan dengan anggota keluarga -keluarga kucar-kacir

Dua cara ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak ke dalam kancah gejala sosial (2)

1)Sentiasa memantau aktiviti anak-anak di luar rumah -Mengenali rakan-rakan anak agar dapat mengelakkan anak daripada terpengaruh oleh aktiviti yang tidak baik seperti merokok. 2)Meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka berasa lebih disayangi- anak-anak berasa selesa dan dapat berkongsi masalah dengan ibu bapa. -Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sekaligus dapat menjaga maruah keluarga.

Sebab penderaan kanak-kanak berlaku.

1)Tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.Ibu bapa melepaskan tekanan dan geramnnya di rumah dengan cara bergaduh sendiri sehingga mencederakan anak-anak mereka

Cara rakyat dapat mengamalkan sikap saling menghormati agama kaum lain.(3)

1)Tidak membantah kemudahan yang disediakan kepada penganut agama lain supertitles tempt beribadat 2)Bertolak ansur dengan penganut agama lain semasa pelaksanaan sesuatu upacara keagamaan 3)Tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang kebisingan sebagai akibat daripada perayaan kaum lain.

Mengapakah industri pembuatan dapat membimbing negara kita ke arah negara maju?Berikan (3) alasan.

1)Tidak perlu mengharapkan bantuan kewangan daripada IMF atau Bank Kewangan Dunia untuk menyelesaikan masalah kewangan negara kerana mempunyai sumber pendapatan sendiri. 2)Malaysia tidak perlu bergantung kepada sektor import untuk mengukuhkan ekonomi negara 3)Tidak perlu bergantung kepada bantuan negara lain untuk membuat prototaip/kajian/model barangan/produk yang dihasilkan

Nyatakan tiga peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)

1)Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia 2)Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan multimedia 3)Untuk menggalakkan kawal selia dalam industri komunikasi dan multimedia

Orang sanggup membuang bayi mereka kerana:(3)

1)anak yang dilahirkan cacat dan tidak sanggup berdepan dengan anak tersebut 2)Masalah kewangan - kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu 3)tidak mahu menanggung malu kerana melahirkan anak luar nikah

Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari (3)

1)berusaha sendiri 2)tidak bergantung kepada orang lain 3)menghadapi masalah / rintangan dengan positif dan tabah hati

Tiga cara untuk memanfaatkan bahan buangan pertanian

1)boleh dijadikan baja organik 2)boleh dijadikan makanan haiwan 3)boleh dijadikan biogas

Mengapakah jenayah rasuah masih berleluasa?(4)

1)masalah kewangan / kesempitan hidup 2)sikap tamak 3)kurang didikan agama 4)pengaruh rakan sekerja

Dua peranan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)(2)

1)memberi perlindungan kepada warisan flora dan fauna 2)memantau tindakan manusia supaya tidak merosakkan sumber alam secara berlebihan

Usaha-usaha (langkah-langkah) bagi mengatasi masalah penderaan (3)

1)menguatkuasakan undang-undang dan menetapkan hukuman yang berat terhadap pendera 2)menganjurkan kempen kesedaran 3)menganjurkan kursus keibubapaan untuk memberi maklumat tentang peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa

Cara-cara rakyat Malaysia menunjukkan ketaatsetiaan kepada negara

1)menjauhi aktiviti subversif yang boleh mengancam keselamatan negara 2)mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan 3)tidak terpengaruh oleh berita luar negara yang memburuk-burukkan nama negara

Usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ialah:(2)

1)menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana bagi membantu mereka 2)mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup berdikari contohnya bengkel kraf tangan

Tiga peranan SUHAKAM

1)menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia 2)memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia 3)menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan yang berkaitan

Hidupan liar di negara kita dijaga dan dilindungi dengan:(4)

1)mewujudkan taman negara 2)kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi spesies-spesies yang hampir pupus seperti penyu belimbing, badak sumbu 3)peranan melindungi hidupan liar yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperti PERHILITAN 4) peranan melindungi hidupan liar yang dimainkan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan World Wildlife Fund (WWF)

bagaimanakah keadilan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat? (2)

1)orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 2)hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama

Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari (3)

1)pembedahan "telinga bionik" di UKM 2)pelancaran satelit "MEASAT" 3)teknologi pertanian - mencipta kaedah kacukan tanaman

Sebab-sebab pengguna mudah ditipu dan dieksploitasi oleh peniaga (3)

1)pengguna tidak mempunyai ilmu kepenggunaan-tidak tahu langkah yang perlu diambil setelah ditipu 2)persatuan pengguna kurang menjalankan kempen kepenggunaan-pengguna tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan sebelum membuat sesuatu pembelian. 3)pengguna tidak bekerjasama dengan persatuan pengguna-pengguna tidak melaporkan peruncit atau peniaga yang melakukan penipuan

Sikap yang perlu ada pada masyarakat majmuk bagi menjamin keharmonian kaum (3)

1)sikap bertolak ansur antara satu sama lain 2)saling memahami cara hidup antara kaum 3)saling menghormati adat resam kaum lain

Masalah pembuangan bayi masih berlaku kerana:(3)

1)tiada sifat belas kasihan 2)pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan 3)kurangnya pendidikan agama dan moral

Bentuk eksploitasi pensaga dan pendelaar ke atas pengguna (3)

1)tidak meletakkan tanda harga pada barang 2)memberikan timbagan dan sukatan yang tidak betul 3)menjual barang yang telah tamat tarikh luputnya

Sumbangan anda dalam meningkatkan kualiti alam sekitar:(3)

1)turut serta dalam kempen kesedaran alam sekitar yang diadakan 2)melaporkan kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa/JAS 3)melibatkan diri dalam program penjagaan alam sekitar contohnya penanaman pokok, kitar semula

Manfaat melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial/kerja-kerja sukarelawan

1. Memupuk kerjasama dan perpaduan sesama anggota sukarela dan masyarakat setempat 2.Mewujudkan budaya penyayang antara ahli masyarakat dengan sentiasa ringan tulang membantu orang lain dengan ikhlas 3. Mewujudkan sikap prihatin tentang kepentingan membentuk masyarakat penyayang 4.Mendapat banyak pengalaman yang berguna tentang ilmu kemasyarakatan kerana membantu masyarakat pelbagai kaum

Nyatakan akta untuk pemerdagangan manusia dan kepentingannya

Akta Antipemerdagangan Orang 2007 -Mencegah sindiket penjenayah antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke negara penerima

1)Nyatakan akta yang digubal untuk menjamin keselamatan negara daripada diancam oleh bahaya dadah 2)Anda dapati salah seorang ahli keluarga anda telah terlibat dalam masalah ketagihan dadah. Nyatakan tindakan yang akan anda lakukan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 -di bawah akta ini, hukuman mati mandatori dikenakan ke atas pengedar-pengedar dadah 2)Menasihati dan membantu mereka untuk berhenti seperti menghantar mereka ke Pusat Pemulihan Dadah kerana ini dapat membantu mereka mengurangkan ketagihan.

Nyatakan akta yang digubal untuk menjaga dan mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act,ISA) 1960 -di bawah akta ini, seseorang yang didapati mengancam keselamatan negara boleh ditahan tanpa perbicaraan

Akta berkaitan dengan penjagaan alam sekitar:(3)

Akta Kualiti Alam Sekitar 1997 Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 Akta Perhutanan Negara 1984

Namakan Akta untuk membanteras kegiatan penyeludupan di Malaysia.

Akta Pencegahan Penyeludupan -memastikan bahan larangan seperti dadah dan senjata api tidak dibawa masuk ke dalam negara

Nyatakan akta rasuah dan 2 peranan SPRM

Akta Pencegahan Rasuah 1997

Langkah-langkah rakyat ketika ekonomi meleset:(3)

Berjimat cermat dalam perbelanjaan Menyokong kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia" Melancong dalam negara

Cara menghindarkan rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan:(3)

Bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah. Pekerja harus melaksanakan tugasnya dengan baik. Majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja.

Contoh individu yang mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.(2)

Dr. Sheikh Muzaffar Shukor- angkasawan Jimmy Choo - Pereka kasut

Maksud Maruah diri

Kehormatan diri yang perlu kita pelihara.

Kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaaan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di Malaysia. (3)

Kempen Masyarakat Penyayang Kempen Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang Kempen Rumahku Syurgaku

~Negara huru-hara lantas mengancam keselamatan rakyat ~ Ekonomi negara merosot kerana pelabur-pelabur asing hilang kepercayaan untuk melabur dalam negara. ~ Pentadbiran negara menjadi lemah dan kurang berkesan lantas negara tidak maju

Kesan rasuah terhadap negara(3)

Kesan-kesan kemusnahan kawasan perhutanan

Kesan-kesan kemusnahan kawasan perhutanan Hakisan tanah Perubahan cuaca Gangguan ekologi Kekurangan kawasan tadahan air

Kesan buruk penggunaan sumber alam secara berlebihan(3)

Keseimbangan ekosistem terjejas Kepupusan flora dan fauna Kehabisan sumber alam semula jadi

usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membela kehidupan golongan tua yang terbiar dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling?(4)

Kita boleh memberikan bantuan dari segi material seperti bantuan berupa makanan,pakaian, dan ubat-ubatan kepada golongan tua yang terbiar. Kita boleh membina dan menyediakan rumah kebajikan untuk golongan tua yang malang dan tidak terbela. Kerajaan boleh menyediakan rawatan percuma di hospital. Kementerian Pengangkutan boleh memberikan tambang separuh harga untuk penggunaan pengangkutan awan kepada golongan tua yang terbiar.

langkah yang patut anda lakukan untuk menjaga maruah diri?(3)

Kita harus sentiasa mengamalkan ajaran agama untuk menjaga maruah diri kerana ajaran agama bertindak sebagai perisai mustajab yang mampu menangkis segala godaan duniawi. Selain itu, kita harus sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa untuk menjaga maruah diri supaya tidak menyesali sesuatu keputusan atau tindakan yang telah dilakukan Seterusnya, kita harus memilih kawan yang berakhlak mulia untuk menjaga maruah diri supaya tidak terjebak ke kancah maksiat akibat daripada pengaruh negatif rakan sebaya.

Nyatakan satu laporan yang perlu disediakan oleh pihak berkaitan sebelum memulakan sesuatu projek pembangunan.

Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar [EIA]

Dua organisasi untuk menegakkan keadilan di Malaysia :

Mahkamah SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)

Kebaikan Etika Alam Sekitar

Memastikan tanggungjawab kita kepada pengurusan, perlindungan dan pembangunan alam sekeliling kita

Muzium Negara

Memberi khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui aktiviti seperti pameran tetap tentang adat resam dan budaya pelbagai kaum

Tiga cara rakyat Malaysia boleh menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Membuat aduan dengan menulis surat atau melaporkan kepada pihak berkenaan Mendapatkan permit kebenaran untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Melalui media massa menulis dalam media cetak atau siaran di media elektronik dengan memberikan pandangan tentang sesuatu isu.

Tujuan kerajaan mengenakan cukai.

Menambah pendapatan negara Membiayai perbelanjaan kerajaan Melindungi industri muda Mendapatkan dana/ sumber kewangan untuk projek pembangunan negara

Matlamat Dasar Wanita Negara(5)

Mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, sosial, politik dan budaya Memberi peluang untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara Menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang saksama antara lelaki dan wanita Mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.

Peranan Kesatuan Sekerja(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia/Malaysian Trades Union Congress(MTUC) (3)

Menerima aduan pekerja dan menjadi perantara dalam perundingan antara pekerja dengan majikan Menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka. Merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak berjaya.

Tanggungjawab ibu bapa dalam sesebuah keluarga(4)

Mengambil berat terhadap pelajaran anak - mengulangkaji bersama anak Menyediakan keperluan asas untuk anak - makanan, pakaian Memahami perasaan dan masalah yang dihadapi - mengambil berat terhadap anak- anak Membantu anak yang menghadapi masalah - berbincang dengan anak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

Tindakan kerajaan terhadap pesalah alam sekitar

Menggantung lesen operasi bagi kilang Denda dalam bentuk wang tunai Hukuman penjara Menanggung kos pembersihan dan pembaikpulihan kawasan yang dicemari.

peranan rakyat dalam memajukan negara(3)

Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan Merealisasikan dasar / kempen / program negara Memelihara diri daripada gejala negatif

Contoh amalan berdikari dalam kehidupan(pelajar) (3)

Mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan Mengemaskan bilik tidur setiap hari Bekerja sambilan pada masa cuti

Cara rakyat berkorban untuk negara:(3)

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pebagai bidang Mempertahankan sistem sosial dan budaya kita daripada ancaman budaya asing Menyumbang khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan

Matlamat Kempen Satu Rumah Satu Komputer

Meningkatkan tahap celik komputer dalam masyarakat

Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat. (3)

Menjaga kebajikan rakyat Menyelesaikan masalah rakyat Memajukan ekonomi masyarakat setempat

Kepentingan Undang-undang Laut Antarabangsa

Menjamin keamanan dan kesejahteraan perairan.Contohnya,melarang bahan berbahaya seperti sisa toksik dibawa ke laut

Peranan Mahkamah Perusahaan:(2)

Menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja Melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan

Arkib Negara

Menyimpan rekod penting khazanah negara yang berunsur sejarah dan kebudayaan dan menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan kepada orang ramai

Batasan terhadap aktiviti pembangunan negara

Nepotisme,iaitu pelantikan ahli keluarga untuk memegang jawatan penting dalam organisasi Penyelewengan wang organisasi kerajaan atau swasta Jenayah rasuah Penyalahgunaan kuasa

Etika Pengguna Internet(3)

Pastikan maklumat benar sahaja disebarkan Tidak menyebarkan isu sensitif Tidak mencetuskan konfrontasi atau rasa tidak puas hati pihak lain

Maksud 'Konsep Pembangunan Mapan'

Pembangunan seimbang yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang

Perlindungan-perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955(4)

Pembayaran gaji Hari rehat Tempoh jam bekerja Cuti Tahunan

Kejayaan Negara dalam bidang sains dan teknologi:(3)

Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) Satelit MEASAT dan Tiungsat Teleperubatan

Maksud program 3R

Reduce - mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad Reuse - mengguna semula Reycle - mengitar semula

Kaum peribumi di Sabah dan Sarawak

Sabah Murut - Bajau - Kadazan - Dusun Sarawak - Iban - Bidayuh - Melanau - Penan - Kelabit

Aktiviti yang boleh dilakukan di peringkat sekolah untuk melahirkan sikap taat setia kepada raja dan negara.(3)

Sambutan Bulan Kemerdekaan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Melafaz ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan rasmi

Kawasan eko-pelancongan negara yang popular:

Taman Negara Pulau Sipadan, Sabah Tasik Kenyir, Terengganu

Taman Negara yang terdapat di negara kita :

Taman Negara Endau-Rompin Taman Negara Bako Taman Negara Mulu

Contoh tokoh wanita dan sumbangan mereka dalam bidang tertentu

Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz,Governor Bank Negara Malaysia(ekonomi) Datuk Nicol Ann David(sukan skuasy) Pandalela Rinong(sukan terjun)

Ciri-ciri keunikan masyarakat majmuk Malaysia.(3)

Terdapat pelbagai tempat beribadat contohnya masjid, gereja, kuil, tokong Pelbagai jenis perayaan keagamaan disambut bersama contohnya Hari Raya Puasa, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas Rakyat mampu bertutur dalam pelbagai bahasa contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil

Tujuan Bersih,Cekap dan Amanah(BCA)

Tujuan BCA ialah pekerja memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan amanah.

Matlamat Program ACAP (2)

Untuk menjalankan kempen pada peringkat antarabangsa tentang perlindungan hidupan liar terutamanya harimau dan badak sumbu Menjalankan kempen pendidikan awam yang bertujuan mengurangkan pembelian dan penggunaan produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies terancam

Maksud "Ekopelancongan"

Usaha memajukan sektor pelancongan dengan memanfaatkan alam sekitar supaya tidak berlaku kerosakan teruk.

Peranan bagi menjayakan program kitar semula(pengguna dan pengeluar)

a) pengguna -mengurangkan penggunaan plastik dan kertas -memberi sokongan kepada kempen kitar semula b) pengeluar - mematuhi undang-undang alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 -menggunakan bahan mesra alam dalam pembungkusan -menghasilkan barang yang bersifat biodegradasi

Akta yang memberikan perlindungan kepada pengguna(3)

a)Akta Kawalan Harga 1946 b)Akta Kawalan Bekalan 1961 c)Akta Timbang dan Sukat 1972

Kepentingan nilai kebebasan suara kepada rakyat(3)

a)Menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan secara aman melalui saluran yang betul b)Menyumbangkan idea untuk pembangunan negara c)Memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan

Kesan kanak-kanak yang terabai dalam aspek pendidikan.(3)

buta huruf menghadapi masa depan yang gelap mudah ditipu / dieksploitasi

Tiga cara pihak majikan boleh mengiktiraf sumbangan pekerja

i)Majikan boleh memberikan anugerah cemerlang kepada pekerja yang layak supaya mereka berasa diri mereka dihargai dan sanggup bekerja dengan lebih keras lagi. ii)Majikan boleh memberi kenaikan pangkat serta bonus kepada para pekerja yang telah bertungkus lumus bekerja supaya mereka bermotivasi untuk menyumbangkan tenaga terhadap pekerjaan mereka. iii)Majikan mengiktiraf pekerja dengan memberi kenaikan gaji supaya mereka lebih komited terhadap pekerjaan mereka.

Peranan negara/kerajaan dalam usaha memelihara kualiti alam sekitar. (2)

memastikan sektor perindustrian mengurangkan pembebasan asap toksik ke udara. melakukan pembangunan secara terancang tanpa mengganggu ekosistem alam sekitar./mengamalkan konsep pembangunan mapan

Tiga contoh jasa atau peranan ibu bapa

memberi pendidikan yang sempurna bekerja keras untuk menyara keluarga/mencari nafkah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang

Kepentingan program kitar semula:(3)

mengelakkan pencemaran alam sekitar menjimatkan penggunaan sumber asli mengurangkan kos pelupusan sampah

Kepentingan menyambut hari istimewa dalam sesebuah keluarga.(3)

mengeratkan hubungan kekeluargaan - wujud keluarga bahagia mempertemukan anggota keluarga yang tinggal berjauhan - sentiasa makan bersama-sama / adakan hari keluarga menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa contohnya menyambut hari hari ibu bapa/ hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa

Kebaikan memberi pengiktirafan terhadap bakat dan potensi kanak-kanak(4)

menjadi satu bentuk motivasi agar mereka dapat berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi kanak-kanak lain meneladani penerima anugerah yang diiktiraf agar mereka juga berupaya mencapai kejayaan sedemikian. sebagai satu ruang dan peluang kepada kanak-kanak agar dapat mengasah bakat masing-masing / menampilkan imej positif. dapat membentuk pemikiran yang matang agar menjadi individu yang lebih berketrampilan

Definisi pertubuhan sukarela

organisasi yang menyediakan perkhidmatan sosial untuk masyarakat dalam bidang pendidikan,kesihatan dan kemasyarakatan

Bentuk pengiktirafan terhadap kanak-kanak(3)

pengiktirafan secara lisan, cth: melalui pujian, kata-kata motivasi pengiktirafan secara bertulis, cth: melalui pemberian sijil pengiktirafan secara kebendaan, cth: hadiah, wang ringgit

Cara kerajaan menangani rasuah(3)

~Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan menjauhi rasuah ~Menggubal undang-undang dengan menetapkan hukuman berat terhadap pemberi dan penerima rasuah seperti merampas harta mereka ~ Menguatkuasakan hukuman yang berat seperti melucutkan jawatan individu yang didapati bersalah mengamalkan rasuah.

Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) (3)

~Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara ~Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan ~Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Kesan rasuah terhadap diri(5)

~Menjejaskan nama baik diri dan menjatuhkan maruah diri lantas dipandang serong oleh masyarakat ~Kehilangan kepercayaan masyarakat lantas susah mendapat pekerjaan ~Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti kemurungan -Akan didakwa atas tuduhan pecah amanah dan dihukum -Kehilangan punca pendapatan

kepentingan mengurus masa(3)

~dapat mengelakkan pembaziran masa - masa dapat diguna secara optimum ~dapat mengelakkan kerja tertangguh - kerja dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan ~dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan dan membaca


Kaugnay na mga set ng pag-aaral

Programming Logic and Design, Chapter 13

View Set

US History Colonial New Amsterdam

View Set

Intro to Sociology - Chapter 11 Review

View Set

EXAM 2 (CH 6) ~ International Employment Law, Labor Standards, and Ethics ~ GLOBAL HRM

View Set

Microbiology, Ch 25, Nester's 9th

View Set