PQS 5227 tingkatan 4
Wahyu (b.)
1. Al-Ilham al-Fitri (yang diberi oleh Allah kepada manusia biasa seperti yang diberi kepada ibu Nabi Musa) , 2. Al-Ilham al-gharizi (yang diberi oleh Allah kepada haiwan seperti yang diberikan kepada lebah), 3. Isyarat pantas (yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya), 4. Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia, 5. Perintah Allah kepada para malaikat
Ulum al-Quran (i.)
Al-Quran - Kalamullah yag bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadat bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Ulum al-Quran - Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulannya, sabab an-Nuzul, al-Maki walmadani an-Nasakh walmansukh.
Hadis (b.)
Baru
JIhad
Berasal dari perkataan arab iaitu jahada yang bererti keberatan dan kesusahan.
Mukjizat (b.)
Berasal daripada kata kerja a'jaza-yu'jizu-I'jazan bermaksud melemahkan.
Al-Khabar (b.)
Berita yang disampaikan.
Taaruf
Berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Hadis Mutawatir (b.)
Berterusan atau berturutan
An-Nur
Cahaya yang menerangi kegelapan.
Orientalis
Golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang Yahudi, Kristian, atheis, dan lain-lain yang membenci agama Islam.
Hadis hasan lighairihi
Hadis dhaif yang sederhana kedhaifannya, tetapi ia disokong oleh riwayat yang lebih kuat atau setaraf dengannya.
Hadis Sahih lighairihi
Hadis hasan yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya.
Hadis Sahih lizatihi
Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabit, bersambung sanad, tiada illah serta tiada shaz.
Hadis Ahad (i.)
Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat- syarat hadis mutawatir.
Hadis hasan
Hadis yang memenuhi syarat-syarat hadis sahih seperti perawi yang adil, sanadnya bersambung, tiada shaz dan tiada 'illah tetapi kurang sempurna dari segi dhabitnya sahaja.
Hadis hasan lizatihi
Hadis yang memenuhi syarat-syarat hadis sahih seperti perawi yang adil, sanadnya bersambung, tiada shaz dan tiada 'illah tetapi kurang sempurna dari segi dhabitnya sahaja.
Wahyu (i.)
Kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul sebagai ajaran agama mengikut cara yang khusus.
Masa lapang
Keadaan seseorang itu tiada sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan.
Khurafat
Kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran Islam.
Al-Asar (b.)
Kesan atau bekas daripada sesuatu.
Matan
Lafaz-lafaz hadis yang membentuk perngertian sesudah sanad atau dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w.
Ikhlas
Melakukan ibadat dengan niat yang benar kerana Allah.
Menziarahi jenazah
Melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan kematian salah seorang ahli keluarga.
Nahi Munkar
Mencegah daripada melakukan kemungkaran atau maksiat.
Al-Mubin
Menerangkan sesuatu.
Khusyuk
Menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah di dalam hati.
Mempersendakan ajaran agama
Menjadikan ajaran tersebut sebagai bahan mainan dan senda gurau, atau melaksanakan perintah agama secara olok-olok.
Isnad
Menyandarkan sesuatu hadis melalui rangkaian perawi.
Syirik
Menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.
Amar Makruf
Menyeru manusia melakukan kebaikan.
Mukjizat maknawi
Mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata hati.
Mukjizat hissi
Mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera.
Musnad
Nama sejenis kitab hadis yang disusun berdasarkan nama sahabat Rasulullah s.a.w. secara berturutan.
Rawi
Orang yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w.
Musnid
Orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada mengetahui ilmu hadis atau tidak.
Al-Furqan
Pemisah antara hak dan batil.
At-Tanzil
Penurunan.
Dhabit kitab (tulisan)
Perawi hadis yang mampu menjaga tulisan-tulisan dan catatan hadis yag diterima dengan baik tanpa berlaku sebarang kerosakan pada tulisannya.
Dhabit hifz (ingatan)
Perawi hadis yang mampu meriwayatkan hadis-hadis kepada sesiapa pada bila-bila masa yang diperlukan serta mengingati daripada siapa setiap hadis ini diterima.
Akhlak
Perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Sosial
Perhubungan di antara manusia dalam masyarakat dengan tujuan menjaga kepentingan bersama.
Az-Zikru
Peringatan.
As-Sunnah (b.)
Perjalanan, gaya, dan tingkah laku dalam kehidupan.
Mukjizat (i.)
Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang Rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh mereka kepada umat manusia.
Irhas
Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul.
Sihir
Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Hadis (i.)
Perkataan, percakapan dan perkhabaran, perbuatan, taqrir, atau sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ilham
Perolehan sesuatu idea oleh manusia sama ada secara spontan, melalui mimpi atau proses berfikir.
Ma'unah
Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu malapetaka atau bencana.
Al-Huda
Petunjuk.
Nuzul al-Quran
Proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara- cara yang tertentu.
Sanad
Rangkaian perawi-perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada Rasullullah s.a.w. (Jalan yang menghubungkan kepada matan hadis).
Hadis Ahad (b.)
Satu
Al-Kitab
Sebuah kitab.
Hadis Aziz (b.)
Sedikit dan jarang-jarang.
Ibadah khusus
Semua ibadat fardu dan sunat seperti solat, puasa dan sedekah.
Ibadah umum
Semua perkara harus yang dilakukan dengan niat ibadat seperti makan,minum dan mencari rezeki.
Karamah
Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan bertaqwa.
Istidraj
Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi kesesatan mereka.
Silap mata
Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan oleh manusia melalui kepantasan tangan dan teknikal.
Al-Khabar (i.)
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dari perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan), sifat peribadi dan sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau at-Tabi'in sama ada perkataan atau perbuatan.
Al-Asar (i.)
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dari perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan), sifat peribadi dan sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau at-Tabi'in.
As-Sunnah (i.)
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. dari perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan) atau sifat sama ada sebelum perutusan atau selepas perutusan. Sunnah juga dinisbahkann kepada sahabat atau at- Tabi'in sama ada perkataan atau perbuatan.
Hadis masyhur (i.)
Suatu hadis yang diriwatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap hadis mutawatir.
Hadis Aziz (i.)
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi dari setiap peringkat.
Hadis Sahih
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, dhabit, bersambung sanad, tiada illah serta tiada shaz.
Hadis Mutawatir (i.)
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah mustahil mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Rasulullah s.a.w.
Hadis Gharib (i.)
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada setiap atau mana-mana peringkat.
Hadis dhaif
Suatu hadis yang tidak memenuhi suatu atau lebih daripada syarat-syarat hadis maqbul iaitu hadis sahih dan hasan.
Ilmu hadis riwayah
Suatu ilmu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. secara khusus sama ada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku.
Ilmu hadis dirayah
Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut diterima atau ditolak yang berhubung kait dengannya. Ilmu hadis dirayah juga dikenali sebagai:- - Ulum al-Hadis - Usul al-Hadis - Musthalah al-Hadis
Ulum al-hadis
Suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan sama ada diterima atau ditolak.
Sihat
Suatu keadaan seseorang itu tidak mengahadapi sebarang penyakit.
Dhabit
Suatu ketetapan pada seseorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan dan tiada perubahan tulisan jika diriwayatkan melalui penulisan.
Kemudahan awam
Suatu tempat, bangunan atau peralatan yang disediakan untuk kegunaan orang awam sama ada secara percuma atau dengan bayaran.
Adab
Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syariat Allah.
Tempat rekreasi
Tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi menyegarkan kembali kesihatan badan serta melapangkan fikiran seperti beristirahat, menghiburkan hati atau beriadah.
Tiada shaz
Tiada percanggahan antara riwayat perawi yang siqah dengan perawi yang lebih siqah daripadanya.
Tiada 'illah
Tiada sesuatu kecatatan atau kelemahan yang tersembunyi dan tidak dapat dikesan dengan mudah.
Hadis Gharib (b.)
Tunggal
Ulum al-Quran (b.)
Ulum - kata jamak bagi perkataan ilmu yang bermaksud pengetahuan Al-Quran - bacaan
Hadis masyhur (b.)
Yang termasyhur atau terkenal
Ar-Rahmah
Kerahmatan.