Struktur Kata (Tatabahasa)
Ujian lisan diadakan untuk menguji ____________________ murid-murid dalampengucapan lisan. a) kecekapan b) kefasihan c) kemahiran d) kepintaran
b) kefasihan
Nelayan itu tidak dapat __________________ perahunya lalu terlanggar akan batu yang besar itu. a) mengawas b) mengawal c) memandu d) menarik
b) mengawal
Suriyana _____________________ rambut adiknya yang ikal itu dengan mesra. a) menyikat b) mengusap c) meramas d) memintal
b) mengusap
Setiap orang _______________________ mengeluarkan pendapatnya. a) wajib b) merdeka c) bebas d) harus
c) bebas
Saiful dan Mazlan _________________ budak yang barusedar daripada pengsan itu. a) menjinjing b) menjunjung c) memapah d) membimbit
c) memapah
Penjual sayur itu ________________________ dua bakul besar sayur kubis. a) menjunjung b) memikul c) mengandar d) mengusung
c) mengandar
Anak saya amat ________________________ permainan catur. a) memahami b) menceburi c) menggemari d) menyukai
c) menggemari
Pelajar yang melanggar disiplin akan ____________________ hukuman. a) diberikan b) dihadapkan c) dijatuhkan d) dikenakan
d) dikenakan
Kawasan hutan ini _______________________ kabus tebal. a) dibaluti b) dilindungi c) dikelilingi d) diselubungi
d) diselubungi
Kakak saya membuat __________________________ untuk berhenti kerja selepas bersalin. a) ketetapan b) kesimpulan c) kepastian d) keputusan
d) keputusan
huru-hara kacau-bilau hiruk-pikuk kucar-kacir
huru-hara= dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau. kacau-bilau= sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacau-balau; berkacau-bilau berkacau sangat. hiruk-piruk= keadaan yg riuh-rendah; sibuk dan bising; gempar. kucar-kacir= tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut.
Nota/Makna perkataan-perkataan struktur ayat. Menatang Mmenjunjung Membimbit Mengelek
menatang= membawa sesuatu di atas tapak tangan;menating menjunjung= membawa sesuatu di atas membimbit= membawa sesuatu dgn jari; menjinjing. mengelek= mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit.
merenjis merendam menyimbah
mengelek= mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit. merenjis= merenjiskan beberapa atau berulang kali. merendam= menaruh sesuatu dlm air.