1.4 PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT

अब Quizwiz के साथ अपने होमवर्क और परीक्षाओं को एस करें!

Jelaskan Waadat antara Sang Sepurba dengan Demang Lebar Daun.

1) Demang Lebar Daun membalas Sang Sepurba secara diplomatik 2) Rakyatnya akan patuh dan setia kepada raja dengan syarat rajanya sentiasa adil dan melindungi rakyat. 3) Dalam perjanjian ini, dinyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang rakyat terhadap raja DAN perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang raja terhadap rakyat. 4) Sekiranya mana-mana pihak melanggar perjanjian, akan menerima balasan sebagai akibatnya.

Mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja? [6]

1) Rakyat dilarang menderhaka kepada raja kerana pada zaman dahulu raja dianggap sebagai bayangan tuhan di muka bumi dan rakyat mempercayai konsep dewa-raja. 2) Derhaka kepada raja bererti menderhaka kepada tuhan. 3) Rakyat juga mempercayai kesaktian raja kerana adanya unsur mitos dan legenda tentang asal usul seseorang raja. 4) Raja juga merupakan simbol perpaduan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat. 5) Rakyat yang menderhaka akan ditimpa tulah. 6) Menderhaka juga dianggap sebagai tindakan biadab oleh masyarakat zaman dahulu.

KONSEP WAADAT

1) Rakyat yang bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain. 2) Perkaitan ini berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan. 3) Hubungan secara timbal balik ini mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan ini. 4) Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan diperintah.

Golongan pemerintah terdiri daripada _________________

Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama.

HUBUNGKAIT PEMERINTAH DAN RAKYAT DALAM SEJARAH MELAYU

Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya.

Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti ______________ Hamba pula terdiri daripada ______________

Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan. Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

Maksud TULAH

Tulah bererti kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja.

Maksud WAADAT

Waadat merujuk kepada perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun (yang mewakili golongan diperintah) dengan Sang Sapurba (yang mewakili golongan pemerintah).

PERANAN PEMBESAR [4]

• Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. • Mengutip hasil melalui sistem serah. • Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.

PERANAN SULTAN [4]

• Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda. • Mewujudkan perpaduan rakyat. • Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan. • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.

PERANAN RAKYAT

• Menunjukkan taat setia kepada pemerintah. • Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah. • Menjadi tentera. • Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. • Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong. • Menyumbang tenaga kerja sistem kerah seperti membina istana atau jalan.


संबंधित स्टडी सेट्स

202110 BSCI-3700-001 Professor Bugg Safety Test 1

View Set

The Iroquois Creation Myth: "The World on Turtle's Back"

View Set

AMH 2020 Prep 4th Exam Chapters 27 & 28

View Set

CompTIA A+ 801 and 802 Comprehensive Set

View Set

Enlightenment Guided Reading Questions

View Set

Systems Planning: Ch. 1 Intro to Systems Analysis and Design

View Set

Quiz 11 - Unit 11: Body Composition

View Set