Bab 2.2 - Reka Bentuk mekanikal
Jelaskan semua komponen mekanikal pada basikal
-Hendal Mengawal haluan basikal dan menggunakan galas bebola -Brek Memperlahan atau menghentikan basikal. Tuas digunakan pada pemegang pencengkam brek -Pedal Akan berpusing apabila dikayuh dan menjadikan basikal bergerak .Menggunakan komponen rantai dan gear untuk menghantar kuasa -Roda Membolehkan basikal bergerak lancar dengan menggunakan galas bebola
Jelaskan semua proses pembinaan gajet
-Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen Perincian lakaran dilakukan hingga menjadi suatu sistem yang lengkap. -Menyediakan komponen pembinaan Menggunakan komponen yang sesuai dan fungsi yang dikehendaki -Penghasilan komponen Menghasilkan komponen melalui pemesinan , tuangan atau kaedah lain yang sesuai. Bahan mentah akan diubah kepada bentuk lain yang sesuai dengan fungsinya -Pemasangan komponen Komponen dipassang hingga menjadi suatu model lengkap yang mempunyai fungsi tersendiri dan menyelesaikan sesuatu tugasm -Pengujian Pengujian dilakukan terhadap ketahanan dan kefungsian sesuatu produk. Terdapat dua jenis pengujian iaitu ujian makmal dan ujian parameter -Kemasan Kemasan dilakukan bagi menutup rupa dan kelemahan produk seperti karat , tajam dan berbahaya. Kemasan menambah nilia estetik dan menarik minat pemberi.
Analisis Kesesuaian Komponen merangkumi......
-Reka Bentuk Produk -Jenis Bahan Binaan yang digunakan -Kedudukan pemasangan komponen -Kemasan
Empat aspek penambahbaikan
-Rupa bentuk Rupa bentuk yang menarik menawan hati pembeli seperti rekaan futuristik dan mengikut trend terkini -Bahan Bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan fungsi komponen mekanikal. Penggunaan bahan terkini memberi kelainan kepada produk tersebut. -Fungsi Bermaksud tugas yang dilaksanakan oleh produk bertepatan dengan tujuan produk itu dicipta. -Kemasan Menutup kelemahan sesuatu produk seperti karat , tajam dan warna yang kurang sesuai.
Definisi sistem mekanikal
Beberapa komponen yang berfungsi sebagai penghantar bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah diprogramkan
Fungsi takal
Berfungsi mengangkat beban dengan mudah. Terdiri daripada roda dan gandar
Fungsi pautan
Berfungsi sebagai penghubung komponen
Proses pembinaan gajet
Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen - Menyediakan komponen pembinaan - Penghasilan komponen - Pemasangan komponen - Pengujian - Kemasan
Fungsi aci sesondol
Membuka dan menutup injap (valve)
Fungsi bindu
Memegang dan mencengkam mata gerudi
Fungsi gear
Memindahkan kuasa menggunakan gigi yang ada
Fungsi gelongsor
Mengurangkan gesaran dalam pemindahan beban. Gelongsor bergerak secara mendatar.
Fungsi galas bebola
Mengurangkan gesaran pada pergerakan . Banyak digunakan pada roda kenderaan .
Fungsi rantai
Sebagai perantara dua kuasa gear
Fungsi tuas
Sistem yang berkaitan daya , fulkrum dan beban
Tujuan analisis kesesuaian komponen
Untuk mengenal pasti kesesuaian komponen yang digunakan
Fungsi tali sawat
Untuk menghubungkan takal pemacu dan takal dipacu. Banyak digunakan dalam motosikal berkuasa tinggi