Sejarah, Bab 1, 1. Pengertian Sejarah
3 contoh peristiwa bersejarah
1. Mesyuarat Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diadakan pada 1897 2. Hari kelahiran 3. Hari perkahwinan
Sejarah dalam Bahasa Melayu :
Dalam bahasa Melayu, istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, "syajaratun" yang bermaksud pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul
Maksud Sejarah
Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu
Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai :
•asal usul (keturunan), salasilah •peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo •kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu
Dalam Bahasa Inggeris, sejarah ialah history :
•history bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, "historia" yang bererti peyelidikan