Peribahasa Men 2 (HML)
harapkan (mendengar) guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
takut titik lalu tumpah
hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun
jauhari juga yang mengenal manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
seperti tikus jatuh ke beras
a. orang yang dapat kedudukan yang mewah b. seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
a. pembahagian yang sama rata dan adil b. sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat)
lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
besar kapal, besar gelombang
makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula