Bahasa Melayu UP 2
Asertif
-kelakuan dan tindakan orang yang yakin pada diri dan haknya sebagai seorang indidvidu. -membuat keputusan sendiri berasaakan pandangan dan pendiriannya. -berani menyuarakan pandangannya dengan baik dan tegas tanpa menjejaskan hak dan perasaan orang lain. -Matlamat 'Win-Win Situation".
Pasif
-kelakuan dan tindakan yang tidak bertujuan untuk menegakkan hak dan pandangan kita -dilakukan demi menjaga dan memelihara perhubungan kita dengan orang, walaupun kita mungkin diperalatkan.
Komunikasi Mata
-membantu mendapatkan persepsi dan fahaman yang lebih tepat mengenai 'mesej' yang cuba disampaikan oleh teman berbicara -membantu mengekalkan ritma perbualan -mengesan minat atau daya tumpuan teman berbicara -menunjukkan rasa yakin dan hormat kepada teman berbicara
Sifat suara
-membantu meneruskan minat atau keinginan orang lain untuk berinteraksi dengan anda -menggambarkan kesungguhan, kegembiraan dan kesedihan -mempengaruhi penghantaran dan penerimaan mesej.
Ciri-ciri sifat suara
-menggunakan pelbagai nada suara -lontaran suara yang jelas dan berbaur dengan perasaan yang ikhlas -nada yang sesuai diiringi dengan perasaan bersahaja
Peraturan asas berbahasa-
1.Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab 2.Komunikasi Mata 3.Kedudukan Tubuh dan Pergerakan Badan 4.Mimik Muka/Ekspresi Muka 5.Sifat Suara 6.Menimbulkan Minat Orang Lain 7. Memberi Perhatian 8. Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan 9. Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit 10. Memahami Tabu/Larangan dalam Berbahasa 11. Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain 12.Bijak Memilih Perlakuan/Tindakan yang Sesuai dengan Matlamat 13. Mewujudkan Komunikasi Berkesan
sistem sapaan
1.Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap. 2.Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa nama peribadi. 3.Sebutan senarai orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga pangkat paling bawah. 4.Penggunaan kata ganti nama diri.
tiga perlakuan/tindakan yang wajar diperlihatkan kepada teman bicara
Agresif, Pasif, Asertif
Ular
Akar/pak belit
Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND II)
Awak ,engkau kamu, Tuan, encik, puan, cik, saudara, saudari, dsb
Tikus
Cek Ti, permaisuri, suri, seri dewi
Mati
Haiwan dan tumbuhan sahaja
Berlindung
Kerabat Diraja Negara Brunei Darusalam
Al-marhum
Kerabat Diraja lelaki
Al-marhumah
Kerabat Diraja perempuan
Allahyarham
Lelaki beragama Islam
Meninggal Dunia
Manusia/orang biasa
Mendiang
Mendiang Lelaki dan perempuan bagi orang bukan Islam
Wafat
Nabi-nabi dan para Rasul
Kembali ke Rahmatullah
Orang Islam sahaja
Harimau
Pak belang/sang belang
Allahyarhamah
Perempuan beragama Islam
Singa
Raja Rimba
Mangkat
Raja-Raja Melayu
Buaya
Sang bedal, bujang senang
Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND I)
Saya, aku kami, kita
Arwah
Secara umum untuk lelaki dan perempuan beragama Islam
Empangau (serangga perosak batang padi)
Tokngo, Pakngo, sang api
1.Yang Dipertua Negeri (Melaka, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang) 2.Duta Besar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi & Perwakilan Negara-negara Asing
Tuan Yang Terutama
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Bekas Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri, Tun, Toh (tidak menjadi wakil rakyat/senator)
Yang Amat Berbahagia
Hakim Besar atau Hakim
Yang Arif
Gelaran Kurniaan Kerajaan: Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi, Datuk Amar, Datin Paduka, Datuk, Datin (tidak menjadi wakil rakyat/senator)
Yang Berbahagia
Ketua-ketua Jabatan, Pengarah, Ketua Pengarah, Setiausaha, Pengurus Besar, Pengurus, Pegawai Daerah, Prof., Prof Madya, Dekan, Pemangku Ketua, Penghulu
Yang Berbahagia Yang Berusaha
1.Setiausaha Kerajaan Negeri 2.Pegawai Kewangan Negeri 3.Penasihat Undang-undang Negeri
Yang Berhormat
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Tempat keras
ada puaka/penunggu
Budi Bahasa
adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara
Anak itik
anak angkat
Bulan kesiangan
anak dara tua
Kesesuaian
bentuk penggunaaan bahasa yang sesuai dari segi skop yang diperkatakan, persekitaran, tahap pengetahuan, penerimaan dan bentuk hubungan antara penutur berkenaan.
Etika
berkaitan dengan kepatuhan terhadap prinsip moral atau akhlak dalam hubungan interpersonal
Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND III)
dia, beliau, baginda, mereka,
berdiri sambil mencekak pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kaki terbuka luas, dan ketika duduk tangan diletakkan di atas paha dengan badan condong ke hadapan
keadaan siap sedia/tidak sabar untuk bertindak
Agresif
kelakuan dan tindakan yang berupaya mencapai matlamat dengan cepat. Perlakuan dan tindakan ini perlu dimanfaatkan sekiranya matlamat lebih penting daripada perhubungan dengan orang lain.
ketika berbicara mata berkelip-kelip lebih pantas daripada biasa
kemungkinan besar dia sedang berdusta
Peraturan Linguistik
ketepatan bentuk dan binaan bahasa (sebutan, intonasi dan tatabahasa)
Sopan santun
membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku
badan condong ke hadapan dalam keadaan santai sambil tersenyum
menandakan sifat mesra, bersikap terbuka, bersedia mendengar atau menerima pendapat orang lain
Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab
mencerminkan peribadi yang mulia,menunjukkan rasa hormat kepada teman berinteraksi atau berbicara, mencirikan perlakuan manusia yang bertamadun,merupakan norma berbahasa dalam sesuatu masyarakat
berpeluk tubuh
menggambarkan ketegasan atau tidak mahu mengubah pendirian/keputusan, serta tidak bersedia menerima pandangan/pendapat orang lain
berdiri atau duduk dalam posisi positif (tegak), bersedia, bertenaga serta bergerak secara natural
menggambarkan keyakinan diri
berpeluk tubuh dan bersilang kaki
menggambarkan sifat agresif, defensif dan tidak berminat untuk bertolak ansur
Peraturan Sosiolinguistik
menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (konteks lisan), dan antara penulis dengan pembaca (konteks tulisan) eg:penggunaan kata sapaan yang betul, yakni kata ganti diri atau kata panggilan hormat menurut sistem dalam masyarakat
Etiket
menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam hubungan interpersonal
Budi Pekertii
merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang dipandang mulia oleh masyarakat
Adab Tertib
merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji
Tengku
panggilan kepada orang yang mempunyai gelar disebabkan keturunannya (khususnya keturunan raja yang bergelar tengku)
Tun, Toh, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato', Dato' Seri
panggilan kepada orang yang mempunyai gelar yang dianugerahkan oleh ketua negara (Yang di-Pertuan Agong) dan ketua negeri (Raja, Sultan dan Yang Dipertua Negeri)
Kesantunan bahasa
penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Peraturan Pragmatik
penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
Pertautan (koheren)
penggunaan bahasa yang yang mewujudkan pemahaman yang baik dan rapi serta mudah difahami oleh penerima (wujud kesinambungan antara idea/ayat).
mata bergerak ke sana ke mari dan pandangan tidak menumpu kepada teman berbicara
penutur itu tidak berminat untuk berbicara dengan kita atau tentang topik yang dibicarakan
Sirkumlokusi
perbahsaan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk melembutkan suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara
menutup mulut dengan tangan sambil berkata-kata
rasa tidak berkeyakinan, mungkin berdusta, ragu-ragu dan berkecenderungan untuk memutar belit kenyataan/fakta
berdiri sambil mencekak pinggang, lambat menjawab dengan tangan bertaut di hadapan dan sering menyuarakan 'mm...mm','oh ya!','aa...aa'
seseorang itu berasa dirinya lebih berkuasa dan berkedudukan lebih tinggi daripada teman berbicara
mendengar dengan penuh minat, tetapi mata disempitkan dan dahi berkerut
tandanya dia berminat, tetapi tidak menaruh kepercayaan
ketika berbicara mata memandang ke arah lain, atau melihat dagu, hidung, bibir, dahi atau leher
tandanya seseorang itu berminat, tetapi malu atau berasa tidak tenteram
Anak gajah
terlalu gemuk
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
•Duli Yang Maha Mulia •Tuanku
Yang di-Pertuan Agong
•Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong •Tuanku
Raja Muda, Tengku Mahkota, Raja Di-Hilir Perak
•Duli Yang Teramat Mulia Tuanku •Yang Teramat Mulia Tuanku
Raja Permaisuri Agong
•Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong •Tuanku
Mewujudkan Komunikasi Berkesan
•Kesesuaian •Nilai •Pertautan (koheren)
Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan
•Soalan tertutup/ringkas •Soalan terpimpin untuk mempengaruhi pendapat/perasaan •Soalan terbuka
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
•Yang Amat Berhormat (Rakyat biasa) •Yang Amat Berhormat Mulia (Kerabat Diraja)
Ketua Polis Negara
•Yang Amat Setia •Yang Berbahagia Ketua Polis Negara
Kadi
•Yang Arif Tuan Kadi •Sahibul Fadilah Tuan Kadi
Mufti
•Yang Berbahagia Tuan Mufti •Sahibul Samahah
Ustaz, Ustazaf, Imam
•Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah •Yang Berbahagia Tuan Imam
Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
•Yang Berhormat (Rakyat Biasa) •Yang Berhormat Mulia (Kerabat Diraja)
1. Pengerusi Majlis 2. Haji, Hajah
•Yang Mulia Tuan/Puan/Saudara/Saudari Pengerusi Majlis •Yang Mulia Tuan Haji/Puan Hajah
penggunaan tabu/larang
•anggota badan manusia •fungsi anggota badan khususnya yang berkaitan dengan seks dan perkumuhan •kepercayaan tradisional yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, dewa-dewi, kuasa magis/ghaib pada haiwan dan orang yang berwibawa
panduan ketika kita melontarkan suara
•intonasi harus berubah-ubah mengikut tujuan dan perkara yang diperkatakan •intonasi yang mendatar boleh menimbulkan rasa bosan •mutu suara harus diselang-seli kenyaringannya •vokaliser sepert 'ok', 'ya', 'umm', 'eer', 'aee' dan sebagainya yang terlalu kerap boleh mengganggu kelancaran pertuturan anda dan boleh mengganggu kejelasan mesej anda
Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit
•jelas dan tepat •tidak terlalu abstrak dan meleret-leret •tidak 'menghentam'/menyentuh peribadi •tidak menghukum (bersifat judgemental) •positif dan terbuka •berbincang/bukan mencapai keputusan secara meluru
Menimbulkan Minat Orang Lain
•melibatkan pendengaran aktif •gaya dan isi perbualan boleh menghibur •mengenal pasti keistimewaan orang lain untuk merapatkan hubungan •membicarakan topik perbualan yang anda mahir
Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain
•menghapuskan pemikiran (prejudis), perasaan dan keunggulan diri •memupuk keyakinan orang tentang keikhlasan kita •memupuk kepercayaan orang terhadap kemahiran dan ketrampilan kita yang diharapkan oleh rakan berbicara •memupuk kemesraan atau rapport semasa berinteraksi
Memberi Perhatian
•wujudkan pertembungan mata •betulkan kedudukan badan •berikan maklum balas yang wajar •bertanya untuk mendapatkan penjelasan
Nilai
-Positif - santun dan sempurna -Negatif - kasar/menyinggung kewibawaan orang lain -Neutral - pada tahap biasa/tidak menggugat perasaan orang lain
Eufemisme
-bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar/kesat -pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang mendengar/teman bicara